backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hamil 3 Bulan Tapi Masih Tak Nampak Baby Bump? Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 05/12/2023

    Hamil 3 Bulan Tapi Masih Tak Nampak Baby Bump? Ini Sebabnya!

    Ada kemungkinan anda mungkin akan mula menampakkan bentuk perut hamil 3 bulan dengan sedikit benjolan (bump). Namun proses perkembangan setiap wanita adalah berbeza.

    Jika keadaan perut yang rata walaupun sudah mengandung beberapa bulan membimbangkan anda, pastikan anda terus membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Bentuk perut hamil 3 bulan kecil, normal ke?

    Ya, ia adalah normal untuk mempunyai bentuk perut dengan bonjolan (baby bump) kecil.

    Anda mungkin berasa diri tidak kelihatan seperti wanita hamil walaupun sudah memasuki trimester kedua.

    Perkara yang lebih penting adalah untuk bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan berat badan kehamilan anda berada di landasan yang betul.

    Tidak dinafikan sesetengah wanita dengan usia kehamilan 3 hingga 4 bulan, mungkin sudah menampakkan baby bump dengan sangat ketara.

    bentuk perut hamil 3 bulan

    Amnya keadaan tersebut boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

  • Ini kehamilan pertama anda. Wanita yang mengandung buat kali pertama mungkin akan sedikit lambat menampakkan baby bump kerana otot mereka tidak diregang oleh kehamilan terdahulu
  • Ketinggian. Wanita tinggi atau mempunyai batang tubuh yang panjang mungkin bonjolan perutnya akan kelihatan lebih kecil, kerana terdapat lebih banyak ruang untuk bayi ā€“ secara memanjang
  • Bayi di dalam rahim berada dalam posisi yang meminimumkan bonjolan perut
  • Anda mempunyai otot teras yang kuat. Wanita dengan keadaan ini cenderung menunjukkan baby bump lebih lambat
  • Saiz badan ibu yang besar memerlukan lebih banyak masa untuk menampakkan baby bump
  • Keadaan perut semasa kehamilan

    Wanita yang pertama kali hamil biasanya tidak menyedari kewujudan bonjolan perut sehingga memasuki tempoh kehamilan sekurang-kurangnya 16 minggu.

    Pun begitu, bagi kebanyakan bakal ibu, tempoh ini boleh menjadi lebih lama lagi.

    Biasanya baby bump yang muncul sekitar minggu ke-12 kehamilan adalah disebabkan kembung perut. Ia juga boleh berlaku apabila usus ditolak ke atas dan keluar daripada pelvis semasa rahim mengembang.

    Jika anda sering mendengar komen seperti bentuk perut hamil 3 bulan tapi masih kecil atau sangat besar, jangan berkecil hati atau bimbang. Tiada saiz perut yang spesifik melibatkan kehamilan kerana setiap individu adalah berbeza.

    Baca juga:

    Bentuk perut hamil 3 bulan: Bila baby bump akan kelihatan?

    Tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana setiap kehamilan dan badan setiap wanita adalah berbeza. Selain itu, saiz bayi dalam kandungan juga masih agak kecil.

    Anda mungkin menyedari perut tampak lebih membulat pada bahagian tengah. Walau bagaimanapun, keadaan itu mungkin masih belum dapat dilihat oleh individu lain.

    Jika pada awal kehamilan anda kerap loya dan keadaan itu semakin reda, pastinya selera makan akan mula meningkat, sekali gus membantu diri menambah berat badan.

    Ia secara tidak langsung dapat membantu untuk membolehkan baby bump kelihatan lebih cepat.

    bentuk perut hamil 3 bulan

    Mengukur tumbesaran perut

    Pada trimester pertama, ob-gyn akan mula menggunakan pelbagai ukuran untuk memastikan tumbesaran bayi berada di landasan yang betul dan bukannya berdasarkan bentuk perut hamil 3 bulan.

    Anda mungkin diminta untuk melakukan pemeriksaan pelvis bagi menilai saiz rahim yang semakin membesar atau perlu menjalani ultrasound untuk melihat saiz bayi.

    Bermula tempoh kandungan 20 minggu ā€“ selepas melepasi tanda kehamilan empat bulan, doktor akan mula mengukur dan menjejaki ketinggian fundus (fundal height) ā€“ jarak daripada tulang kemaluan ke bahagian atas rahim ā€“ bagi menganggarkan saiz bayi, kadar pertumbuhan dan kedudukan.

    Ultrasound imbasan anatomi 20 minggu memberikan lebih banyak maklumat tentang cara bayi anda membesar.

    bentuk perut hamil 3 bulan

    Jika ukuran rahim atau bayi benar-benar lebih kecil daripada biasa mengikut usia kehamilan, ob-gyn akan memantau anda dan bayi dengan teliti untuk sekatan pertumbuhan dalam rahim (intrauterine growth restriction) ā€“ keadaan yang berlaku apabila bayi kelihatan lebih kecil daripada jangkaan.

    Tiada apa perlu dirisaukan

    Jika ini merupakan kehamilan pertama anda dan bentuk perut hamil 3 bulan masih belum kelihatan, usahlah berasa bimbang. Ini kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza.Ā 

    Ramai wanita, khususnya jika mereka mempunyai otot teras yang kuat, hanya akan mula menampakkan baby bump apabila kandungan memasuki usia 4-5 bulan.

    Pokoknya, usah membandingkan saiz perut kandungan ibu hamil lain dengan diri sendiri. Nikmatilah tempoh kehamilan sebaiknya dan pastikan kesihatan diri sentiasa di tahap terbaik.Ā 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 05/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan