Setiap anak dilahirkan dengan keunikan tersendiri – termasuk daripada segi genetik. Salah satu keadaan genetik yang jarang berlaku tetapi penting untuk difahami oleh ibu bapa ialah sindrom Turner kromosom.
Setiap anak dilahirkan dengan keunikan tersendiri – termasuk daripada segi genetik. Salah satu keadaan genetik yang jarang berlaku tetapi penting untuk difahami oleh ibu bapa ialah sindrom Turner kromosom.

Sindrom ini memberi kesan kepada perkembangan anak perempuan dan memerlukan pemahaman serta sokongan yang berterusan daripada keluarga.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Sindrom Turner bermaksud keadaan genetik yang hanya dialami kanak-kanak perempuan. Ia berlaku apabila salah satu kromosom X yang sepatutnya ada, hilang sepenuhnya atau tidak lengkap.
Biasanya, perempuan mempunyai dua kromosom X. Namun dengan sindrom Turner hanya ada satu kromosom X sahaja, atau satu lagi tidak sempurna.
Apakah penyebab sindrom Turner ini?
Sindrom ini boleh dikesan sama ada semasa bayi masih dalam kandungan atau selepas lahir, bergantung kepada tanda-tanda yang muncul.
Simptom sindrom Turner boleh berbeza antara individu. Ada yang menunjukkan simptom sejak bayi, manakala ada pula hanya dikesan semasa kanak-kanak tidak mencapai akil baligh seperti biasa.
Antara ciri-ciri yang biasa diperhatikan termasuklah:
Selain itu, sesetengah anak mungkin mengalami kesukaran dalam kemahiran spatial (seperti matematik atau membaca peta) dan kemahiran sosial. Walau bagaimanapun, kebolehan intelek secara amnya adalah normal.

Sindrom Turner boleh dikesan melalui ujian genetik untuk melihat sama ada kromosom X hilang atau tidak normal.
Ujian ini boleh dibuat:
Doktor juga mungkin akan buat ujian jika anak:
Walaupun tiada penawar untuk sindrom Turner, rawatan awal dan pemantauan berterusan dapat membantu anak menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna.
Antara bentuk rawatan yang biasa diberikan:
Sebagai ibu bapa, sokongan anda sangat penting dalam membantu anak dengan sindrom Turner kromosom untuk membesar lebih yakin, sihat dan berdaya saing.
Berikut ialah beberapa peranan penting ibu bapa:
Langkah pertama adalah dapatkan maklumat tentang sindrom Turner. Pastikan ia daripada sumber dipercayai atau tanya terus kepada doktor pakar.
Bila anda faham keadaannya, lebih mudah untuk membantu anak dalam rawatan, pembelajaran dan kehidupan seharian.
Beritahu anak tentang keadaannya dengan cara sesuai dengan usianya. Sebaiknya, gunakan bahasa yang lembut dan membina keyakinan. Biar anak tahu, walaupun dia ada sedikit perbezaan, dia tetap istimewa dan disayangi.
Anak mungkin rasa sedih, berbeza atau kurang yakin, terutama berkaitan penampilan fizikal atau lewat akil baligh.
Anda boleh membantu dengan:

Sesetengah kanak-kanak dengan sindrom Turner ada masalah dalam subjek seperti matematik atau kemahiran motor halus. Anda boleh:
Rawatan untuk sindrom Turner bukan sahaja melibatkan ubat, tetapi juga pemantauan berterusan terhadap kesihatan. Bantulah dengan:
Antara ciri-ciri sindrom Turner adalah anak boleh alami masalah kesuburan apabila dewasa. Adakah ini bermakna individu dengan sindrom Turner tidak boleh mengandung?
Anak dengan sindrom Turner mungkin menghadapi masalah untuk mengandung bila dewasa nanti.
Namun dengan teknologi moden seperti rawatan kesuburan dan IVF, ada pilihan untuk mereka jadi ibu suatu hari nanti. Jadi, bantulah anak anda merancang masa depan mereka dengan penuh keyakinan.

Jangan terlalu melindungi anak. Beri mereka peluang untuk membuat keputusan sendiri, berdikari dan belajar urus diri ikut tahap umur mereka. Ini membolehkan mereka jadi lebih berani, yakin dan bersedia menghadapi dunia luar.
Dengan diagnosis awal, rawatan sesuai dan sokongan daripada ibu bapa serta penjaga, anak dengan sindrom Turner boleh menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan berjaya.
Sindrom Turner kromosom bukanlah penghalang kepada kehidupan yang bermakna. Kuncinya ialah kesedaran, pemahaman, dan kasih sayang – semua ini bermula dari rumah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
27/08/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa