Ringkaskan
Walaupun sesetengah program pengenalan muzik adalah sesuai untuk kanak-kanak prasekolah, namun kebanyakan kanak-kanak pada usia ini lebih berminat kepada pengenalan instrumen muzik yang lebih kasual. Berikan mereka kayu ritma atau satu set loceng pada setiap belah tangan mereka dan kemudian mainkan. Anda juga boleh sediakan bijian, beras, manik, kacang ataupun objek kecil lain dan diletakkan dalam mangkuk atau kotak plastik, kemudian pasangkan lagu kegemaran anak anda dan mainkan mengikut irama lagu tersebut.
Berlatih menggunakan instrumen
Jika terdapat instrumen muzik di rumah, anda mungkin boleh menyuruh anak mula bermain bagi mencipta mood mereka. Anda boleh menggalakkan anak anda dengan cara memainkan muzik yang sesuai untuk anak anda ikuti. Corak latihan – menggunakan instrumen ritma atau tangan anda, dan ciptakan corak berirama pendek.
Terapkan anak anda untuk merasai muzik
Berikut terdapat beberapa cadangan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada muzik:
– Menyanyi atau mendengar lagu di dalam kereta, ataupun semasa anda melakukan kerja-kerja rumah dan semasa anak bermain. Gunakan instrumen muzik yang mudah untuk kanak-kanak dapati. Anda juga boleh membeli mainan muzik yang mesra kanak-kanak dan letakkannya di dalam bilik anak anda.
– Pastikan anak anda diberikan peluang untuk menyanyi dan bermain alat muzik ringkas, bergoyang mengikut muzik dan mencipta muzik. Anda boleh bertanyakan kepada guru mereka lagu yang sering dimainkan di kelas supaya anda juga boleh turut menyanyi bersama anak di rumah.
– Galakkan anak anda untuk menyertai kelas muzik di prasekolah.
– Bawa anak anda ke persembahan muzik ‘live’, terutama yang dibuat untuk kanak-kanak prasekolah. Dan, selepas menyaksikan konsert bersama-sama, rangsang anak anda untuk melakukan persembahan untuk anda sekeluarga di rumah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen