Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak

Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak

Bila kali terakhir anda meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak anda? Siang tadi, semalam atau hujung minggu lepas? Ramai ibu bapa yang masih belum faham apakah yang dimaksudkan dengan masa berkualiti bersama anak. Ada yang menganggap waktu bercuti bersama anak dipanggil masa berkualiti, malah ada juga yang menganggap sarapan pagi bersama keluarga tadi adalah masa berkualiti. Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dan apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sepanjang masa berkualiti tersebut?

Bagaimana meluangkan masa berkualiti bersama anak

Kebanyakan ibu bapa menganggap dengan menyediakan keperluan asas untuk anak seperti makan dan juga pendidikan sudah mencukupi untuk menunjukkan bahawa mereka bertanggungjawab kepada anak mereka. Ini adalah tidak benar sama sekali! Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah penting. Anda bukan sahaja perlu menyediakan keperluan asas untuk mereka sebaliknya anda juga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

Masa berkualiti bukanlah masa yang anda luangkan bersama anak-anak anda dengan terlalu banyak aktiviti. Cukup dengan hanya anda meluangkan masa bersama-sama ketika makan, berborak, bermain atau memeluk si manja. Semasa melakukan perkara ini, elakkan gangguan-gangguan luar seperti merendahkan bunyi radio, televisyen ataupun telefon. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada anak anda buat seketika. Tinggalkan segala masalah kerja anda dan dapatkan emosi yang sihat semasa meluangkan masa berkualiti bersama anak anda.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama anak anda.

Berborak: Ia boleh dilakukan setiap hari. Hanya berbual kosong tentang perkara-perkara mudah. Mungkin bagi anda ianya remeh tetapi amat bermakna buat si kecil. Contohnya, “Adik makan apa tengah hari tadi?” atau “Cikgu cakap apa kat sekolah?” Hal ini secara tidak langsung membuatkan anak anda rasa disayangi dan tahu anda mengambil berat tentang dirinya. Semasa melakukan perkara ini, sebaik-baiknya tataplah wajah anak anda supaya dia boleh merasa ‘lebih dekat’ dengan anda. Jika anda tiada kesempatan untuk berborak-borak dengan anak pada setiap hari, anda boleh lakukan cara ini sekali-sekala; selitkan nota yang berunsur kata-kata semangat dan nasihat pada bekal sekolah anak anda.

Buat kerja bersama: Kebanyakan ibu bapa melarang anak daripada mengacau mereka semasa menyiapkan kerja harian di rumah. Jangan begitu, Mama! Kerja di rumah seperti menyapu, melipat kain baju atau memasak boleh menjadi masa berkualiti anda bersama si kecil.

Aktiviti seni bersama: Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti seni seperti melukis, menconteng atau mewarna. Ini juga boleh dijadikan aktiviti bermanfaat bersama anak dengan meluangkan masa bersama mereka semasa melakukan aktiviti tersebut.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.naeyc.org/our-work/families/spending-quality-time-with-your-child

thenewageparents.com/how-to-spend-more-quality-time-with-your-children

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x