Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh. Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak. Sila ambil peduli!

Kepentingan penjagaan gigi susu

Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi si manja sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba masanya untuk ia tanggal secara semula jadi.

Gigi yang tumbuh ketika masih bayi ini penting untuk memupuk tabiat pemakanan baik melalui teknik kunyahan yang betul. 

Selain itu, gigi tersebut juga berfungsi dalam membantu perkembangan pertuturan si manja. 

Umumnya, kehilangan gigi susu bermula pada usia 5 atau 6 tahun bagi kebanyakan kanak-kanak dan akan selesai sekitar usia 12 tahun.

Selalunya, gigi si manja akan mula hilang secara semula jadi mengikut urutan ia tumbuh. Biasanya 2 gigi depan bahagian bawah akan tanggal terlebih dahulu.

Akar pada gigi susu ini akan pecah mengikut proses disebut sebagai resorpsi ketika gigi kekal menolaknya.

Gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu yang hilang dalam tempoh beberapa minggu

Ia adalah 1 proses penting kerana gigi yang tumbuh ketika bayi ini berfungsi sebagai penahan ruang untuk gigi kekal atau gigi dewasa tumbuh. 

Tetapi bagaimana pula kalau si manja alami gigi rosak dan perlu dicabut sebelum masanya?

gigi susu anak rosak

Gigi rosak jejaskan pertumbuhan gigi

Kanak-kanak yang hilang gigi susu lebih awal daripada waktunya berikutan gigi rosak akan mengalami kesan seperti di bawah:

1# Gigi di sebelah kanan dan kiri akan tumbuh dan bergerak untuk menutupi  ruang yang ditetapkan untuk gigi kekal tumbuh dalam masa beberapa tahun. Kesannya gigi kekal akan tersumbat di dalam tulang.

2# Melambatkan pertumbuhan gigi kekal atau menyebabkan gigi kekal pramatang tumbuh sebelum masanya.

3# Kehilangan panjang lengkungan gigi menyebabkan ruang yang tinggal sempit untuk gigi kekal tumbuh. Kesannya menyebabkan gigi berlapis atau pertumbuhan gigi yang sesak.

4# Hubungan antara gigi geraham dan gigi taring akan terganggu sehingga memerlukan rawatan lebih kerap serta penggunaan pendakap gigi (braces).

5# Bahagian gigi tengah akan beralih ke bahagian kosong tersebut

6# Gigi bertentangan dengan ruang kosong akan lebih panjang dan berlebihan

7# Perkembangan aktiviti dan tabiat otot yang tidak normal menjejaskan proses gigitan

8# Kecacatan pertuturan 

9# Tabiat pemakanan dan nutrisi yang lemah

10# Gigi rosak yang dicabut sebelum masanya akan menimbulkan masalah estetik dan emosi kepada anak

Cara kekalkan ruang pada gigi rosak yang dicabut

Ibu bapa perlu berunding dengan pakar ortodontik dalam situasi ini bagi menentukan rawatan pencegahan yang perlu untuk mengelakkan si kecil berdepan situasi yang lebih rumit.

Selalunya, ruang kosong selepas gigi yang rosak itu dicabut mesti ‘disimpan’. Namun ia bergantung kepada usia anak dan lokasi gigi tersebut.

rawatan pergigian
sumber: Dr Michael’s Dental Clinic

Kebiasaannya doktor gigi akan memasukkan space maintainer (alat pengekal ruang) bagi menggantikan gigi rosak yang dicabut sehinggalah gigi kekal tumbuh.

Alat tersebut akan menghalang gigi lain daripada memasuki ruang kosong tersebut.

Jika dibiarkan, gigi lain akan mencerobohi ruang itu dan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan sebaiknya. Akibatnya ia mungkin tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya.

Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan kesan domino dengan mengganggu kedudukan gigi lain dan menyebabkan pertindihan atau kesesakan gigi.

Keadaan gigi yang tidak teratur akan menyukarkan proses membersihkan gigi, sekali gus meningkatkan risiko untuk anak mengalami masalah gigi berlubang.

Tip hindari gigi rosak

Untuk mengelakkan gigi anak daripada rosak, sudah tentu ia memerlukan penjagaan kesihatan oral yang baik, seperti:

  1. Pemeriksaan gigi berkala

Garis panduan daripada American Academy of Pediatric Dentistry mengesyorkan kanak-kanak melakukan pemeriksaan pergigian pertamanya sebaik saja gigi susu pertama keluar atau paling maksimum, ketika mencapai usia 12 bulan. 

gigi rosak

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa gagal untuk membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan gigi.

Kesannya mengakibatkan masalah gigi rosak yang teruk dan memerlukan rawatan pergigian lebih komprehensif seperti mencabut gigi. 

  1. Rawatan awal

Dapatkan rawatan awal jika anak mengadu sakit gigi.

Sentiasa dapatkan nasihat pakar pergigian secepat mungkin apabila wujud masalah dan bukannya menunggu sehingga keadaan menjadi lebih kronik.

Ia akan memberikan lebih banyak pilihan untuk melakukan pemulihan sederhana pada gigi anak. 

Sudah tentu tindakan tersebut dapat mengelakkan anak daripada terpaksa menjalani prosedur rawatan pergigian yang lebih menyakitkan.

  1. Amalkan kebersihan mulut 

Memberus gigi 2x sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida (jumlah penggunaannya berbeza mengikut usia anak), floss gigi serta amalan diet rendah gula adalah cara terbaik mengurangkan risiko gigi rosak.

Aspek penjagaan penting

Kesimpulannya, ajar anak cara menjaga kebersihan gigi yang betul agar gigi susu dapat dikekalkan sehingga waktunya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

Pernah tak apabila rakan anda berkongsi gambar makanan tengah harinya di media sosial, tiba-tiba, anda juga teringin memakannya. Sudah terpengaruhkah anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/02/2020 . 3 minit bacaan

Memecahkan Rekod, Ke Arah Sifar Kaviti

Dengan penyertaan 3,245 pelajar, rekod baru telah berjaya dicipta. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ke arah sifar kaviti 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 17/10/2019 . 3 minit bacaan

Alamak! Jadi Vegetarian Akan Jejaskan Senyuman Anda?

Ramai orang fkir golongan vegetarian adalah sihat. Pun begitu, tahukah anda bahawa menjadinya boleh menjejaskan kesihatan mulut anda? Hello Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 11/10/2019 . 2 minit bacaan

Gigi Susu Punca Gigi Berlapis?

Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/10/2019 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

maksud flos gigi

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
cara hilangkan sakit gigi

Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
persoalan tentang penyusuan

Sedang Menyusukan Si Kecil? Ini 7 Persoalan Sering Bermain Di Fikiran Ibu – #3 Paling Penting

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/04/2020 . 4 minit bacaan
memberus gigi

Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/03/2020 . 3 minit bacaan