#3. Elak makanan yang liat atau melekit
Makanan seperti kismis, buah-buahan kering, bar granola, oatmeal, mentega kacang, karamel, madu, dan sirap akan melekat pada gigi, sehingga sukar bagi air liur untuk menghilangkannya.
Sekiranya anak anda ada memakan jenis makanan ini, minta mereka untuk menggosok gigi sebaik sahaja selepas makan.
#4. Hidangkan makanan manis sebagai pencuci mulut, bukannya sebagai snek
Sekiranya anda bercadang untuk memberi makanan manis kepada anak anda, berikannya sebagai pencuci mulut setelah makan.
Biasanya, terdapat peningkatan jumlah air liur di dalam mulut ketika waktu makan, menjadikannya lebih mudah untuk menanggalkan makanan daripada gigi.
Minuman pada waktu makan juga boleh membantu membersihkan zarah makanan daripada melekat pada gigi.
#5. Kurangkan kekerapan pengambilan snek

Kekerapan pengambilan makanan ringan jauh lebih penting daripada kuantiti yang dimakan.
Waktu di antara waktu makan membolehkan air liur membersihkan zarah makanan yang akan menarik bakteria.
Makan makanan ringan dengan kerap, tanpa memberus gigi selepas makan, akan menjadi sumber makanan bagi bakteria pada gigi.
Ia boleh menyebabkan pengembangan plak dan kerosakan gigi.
Cuba hadkan pengambilan makanan ringan sebanyak mungkin iaitu tidak lebih daripada satu atau dua hidangan snek dalam satu hari.
Sekiranya boleh, gosok gigi kanak-kanak sebaik sahaja selepas mereka memakan makanan ringan.
#6. Jangan tidurkan kanak-kanak bersama botol susu atau minuman lain
Tabiat seperti ini hanya akan menyebabkan gigi kanak-kanak menjadi lebih cepat rosak kerana keberadaan gula yang berpanjangan pada gigi mereka.
Jika anak-anak memerlukan botol susu sewaktu sebelum tidur, isikannya dengan air kosong sahaja.
#7. Berikan air kosong, kurangkan minuman bergula
Jus dan juga susu mengandungi kandungan gula walaupun anda tidak menambahkan gula tambahan ke dalamnya.
Air kosong pula tidak membahayakan gigi dan membantu membersihkan zarah makanan yang mungkin melekat pada gigi anak anda.
#8. Berikan anak anda makanan yang tinggi kandungan kalsium
Kalsium sangat diperlukan bagi kekuatan tulang dan juga gigi.
Anda boleh memberikan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan kalsium kepada anak anda seperti susu, yogurt dan juga brokoli.
#9. Berikan telur dalam hidangan
Telur adalah sumber kalsium, protein, dan vitamin D yang sangat baik, yang merupakan mineral penting untuk kesihatan mulut.
Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium, yang membina dan mengekalkan gigi yang kuat dan sihat.
#10. Saderi dan juga lobak merah
Sayur-sayuran yang rangup ini mengandungi banyak kandungan air dan memerlukan banyak kunyahan yang boleh membantu menggosok permukaan gigi.
Air dan serat dalam sayur-sayuran ini juga membantu menyeimbangkan gula dan membantu membersihkan gigi.
#11. Berikan kekacang atau bijian

Asid boleh menghilangkan enamel gigi.
Makanan dengan jumlah kalsium dan fosforus yang tinggi, seperti badam, kacang tanah dan kacang gajus dapat membantu melindungi gigi kanak-kanak dengan mengembalikan semula mineral penting tersebut.
Guna kekreatifan untuk tarik minat anak anda
Kanak-kanak boleh menunjukkan protes jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan.
Jika mereka sudah biasa makan snek yang tidak sihat, maka mereka mungkin akan memprotes apabila anda menghentikan pengambilan makanan tersebut dengan drastik.
Anda perlu memikirkan cara untuk memberi makanan berkhasiat kepada si manja dengan cara yang lebih kreatif dan bijak.
Mungkin anda boleh mulakannya dengan membuat snek yang lebih sihat tetapi menyelerakan bagi menarik minat mereka untuk makan secara sihat.
Sudah pasti, makanan yang sihat dan bernutrisi adalah untuk kesihatan gigi mereka dalam tempoh jangka masa panjang.