backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Si Kecil Lambat Bercakap? Ibu, Ini 7 Cara Potty Train Anak Speech Delay, Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 07/12/2022

    Si Kecil Lambat Bercakap? Ibu, Ini 7 Cara Potty Train Anak Speech Delay, Berkesan!

    Semasa anak mula belajar untuk menggunakan bilik air, mereka juga akan mempelajari perbendaharaan kata yang berkaitan dengan latihan tandas atau potty train. Tetapi bagaimana cara potty training anak speech delay, ya?

    Usah bimbang wahai ibu ayah sekalian, Hello Doktor akan kongsikan cara potty train anak dengan masalah kelewatan pertuturan ini.Ā Ā 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Cara potty training anak speech delay

    Latihan tandas adalah fasa yang harus dilalui oleh setiap ibu bapa. Tetapi adakah proses ini menjadi lebih sukar jika si kecil mempunyai masalah lewat pertuturan?

    Seperkara yang perlu anda fahami, latihan tandas bagi anak dengan kelewatan pertuturan mungkin berlaku lewat sedikit berbanding kanak-kanak tanpa masalah ini.

    Biasanya apabila seorang kanak-kanak belajar menggunakan tandas, dalam masa yang sama mereka turut akan belajar perkataan berkaitan dengan keperluan untuk ke bilik air.

    Namun bagi anak dengan speech delay, si kecil mungkin tidak dapat memberitahu anda bila mereka perlu ke tandas atau apabila ā€˜terbabasā€™ ā€“ kencing di dalam seluar.

    Anak mungkin tidak dapat menyatakan secara lisan, tetapi hakikatnya mereka akan tetap memberitahu anda dengan cara yang tersendiri ā€“ menggunakan bahasa isyarat bukan lisan.

    Berikut antara cara potty train anak lewat pertuturan yang boleh dijadikan panduan parents di luar sana:

    Baca juga:

    Gunakan carta penilaian sebagai cara potty training anak speech delay

    Melengkapkan cara penilaian pergerakan usus adalah tip berguna untuk mengetahui sama ada anak bersedia secara fizikal untuk memulakan latihan tandas atau tidak.

    Jika anak suka menyampaikan keinginan diri mereka, adalah sukar bagi anda menentukan kesediaan anak untuk potty training.Ā 

    Dengan mengetahui kekerapan mereka membuang air kecil, anda boleh memulakan rutin ke tandas berdasarkan maklumat yang terkumpul.

    Jadual tandas

    Sediakan jadual untuk anak menggunakan bilik air. Sebagai contoh situasi, sesudah anak selesai makan dan minum, bawa mereka ke bilik selepas 45 minit. Jika tidak berlaku apa-apa, ulang pergi ke tandas selang beberapa minit.Ā 

    Pastikan anda konsisten dengan jadual yang ditetapkan ini. Sekiranya anak terbabas kencing, bawa mereka ke bilik air secepat mungkin dan cuba pastikan si kecil tetap menghabiskan proses membuang air di dalam tandas.

    cara potty training anak speech delay

    Ajar anak memakai seluar dalam

    Salah satu tip penting dalam cara potty train anak adalah dengan menggalakkan si kecil untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin.Ā 

    Kedengaran menakutkan, betul tak? Apatah lagi jika si kecil masih belum mampu ke tandas dengan sendiri.

    Tetapi percayalah, membiarkan anak terus memakai lampin akan menyebabkan mereka mungkin tidak menyedari telah membuang air kecil.

    Jadi jika mereka telah dipakaikan seluar dalam, ia boleh membantu mengaitkan keadaan kencing dalam seluar dengan ketidakselesaan kerana kebasahan yang dirasai.

    Cara potty training anak speech delay #Gunakan petunjuk lisan dan visual

    Ajari anak untuk menggunakan petunjuk visual seperti foto, lukisan gambar atau imej mahupun tanda, bunyi dan perkataan secara konsisten apabila ingin ke tandas.

    Cara ini dapat membantu si kecil mengikuti rutin baharu dan menjadikan mereka lebih mudah untuk diramal.

    Penggunaan bahasa isyarat untuk perkataan dan frasa yang menunjukkan tandas juga boleh membantu mengukuhkan pembelajaran pertuturan mereka.Ā 

    cara potty training anak speech delay

    Persekitaran tandas, penting dalam cara potty training anak speech delay

    Amat penting untuk anak berasa tenang, selesa dan selamat semasa dalam latihan tandas.Ā 

    Sekiranya anda terus memulakan latihan dengan menggunakan tandas biasa, sediakan footstool dan children toilet seat untuk membantu anak berasa lebih yakin dan selamat.

    Penggunaan bangku kaki ini akan memberi sokongan tambahan pada kaki, sekali gus membolehkan anak mendapat posisi yang selesa untuk kencing dan membuang air besar.

    Pujian buat anak

    Terbabas kencing dalam seluar adalah perkara normal untuk berlaku kepada semua kanak-kanak semasa dalam fasa latihan tandas.Ā 

    Bahkan mungkin anda akan berdepan kes terbabas kencing lebih banyak berbanding ibu bapa lain. Tetapi percayalah, lama-kelamaan anda akan dapat memahami isyarat bukan lisannya.

    Paling penting, jangan memarahi anak kerana ia akan memberikan kesan tidak baik kepada proses latihan atau keyakinan dirinya. Perkara yang terjadi bukanlah disengajakan. Sebaliknya, berikan pujian atau kata-kata semangat kepada anak untuk tidak berputus asa.

    cara potty training anak speech delay

    7. Persediaan diri sendiri

    Bukan sahaja anak perlu bersedia untuk memulakan latihan tandas, anda juga perlu mempersiapkan diri. Ini kerana anda perlu mempunyai kesabaran yang tinggi semasa mencuba cara potty training anak speech delay.

    KesimpulanĀ 

    Fahamilah, proses latihan tandas untuk si kecil speech delay mungkin mengambil masa lebih lama.Ā 

    Usah gusar jika usia anak juga lebih tua berbanding umur purata kanak-kanak lain semasa memulakan potty training. Ini penting untuk memastikan mereka dapat memahami dan mengawal sistem tubuh serta boleh memaklumkan kepada anda keperluan ke tandas.

    Cara potty training anak speech delay ini bukan sahaja mengajar si kecil mengenai keperluan ke tandas, tetapi dalam masa yang sama ia juga satu usaha untuk mengembangkan kemahiran pertuturan, bahasa dan komunikasinya.

    Semoga perkongsian artikel ini membawa manfaat buat anda dan selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan