backup og meta

AWAS, Makanan Biasa Tapi Boleh Buat Braces Tercabut! Jangan Langgar Pantang Ini Ya!

Memakai gigi braces atau pendakap gigi bukan sekadar tentang meluruskan gigi atau mencantikkan senyuman. Ia juga memerlukan disiplin dalam penjagaan harian – termasuklah dari segi pemakanan. 

AWAS, Makanan Biasa Tapi Boleh Buat Braces Tercabut! Jangan Langgar Pantang Ini Ya!

Ramai yang tidak sedar bahawa jenis makanan yang dimakan boleh memberi kesan besar kepada keselesaan dan keberkesanan rawatan. 

Salah pilih makanan, bukan sahaja boleh menyebabkan sakit gigi, malah wayar atau bracket mudah tercabut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Pemakaian braces

Tujuan utama pemakaian pendakap gigi bukan sekadar untuk mendapatkan senyuman yang cantik, tetapi juga demi kesihatan gigi dan rahang dalam jangka panjang. 

Gigi braces membantu meluruskan susunan gigi yang tidak sekata, memperbaiki gigitan (bite) yang salah dan mengelakkan masalah seperti gigi haus, sakit rahang atau kesukaran mengunyah makanan.

Namun, di sebalik manfaat estetik dan kesihatan yang dibawa, pemakaian braces menuntut disiplin yang tinggi – terutama dari segi penjagaan harian dan pemilihan makanan.

Ramai tidak menyedari makanan yang salah boleh menjejaskan keberkesanan rawatan, malah boleh menyebabkan wayar atau bracket tercabut. Oleh itu, penting untuk tahu apakah makanan ‘pantang’ yang perlu dielakkan semasa memakai braces.

Masalah biasa pemakai braces

Antara masalah biasa pemakai braces termasuk sariawan, bibir melecet dan ulser di sekitar mulut. Masalah ini biasanya berlaku akibat geseran antara bracket dengan bahagian dalam pipi. 

gigi braces
Ulser mulut biasa berlaku.

Kadangkala, pemakai juga mengalami gusi bengkak atau gigi terasa longgar – ini tanda normal semasa rawatan berjalan.

Namun, jika gigi braces terasa terlalu ketat atau wayar sering tercabut, sebaiknya segera berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.

Penjagaan semasa pendakap gigi

Aspek paling penting dalam rawatan ini adalah penjagaan gigi semasa pakai braces. 

Pastikan anda memberus gigi selepas setiap kali makan menggunakan berus khas untuk braces. Floss juga sangat penting untuk membersihkan sisa makanan yang terperangkap di celah wayar.

Selain itu, elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula boleh menyebabkan plak dan karies gigi – menjadikan gigi braces lebih sukar dibersihkan.

Makanan yang perlu dielak semasa pakai braces

Bagi anda yang baru memakai braces, pemilihan makanan memainkan peranan penting dalam memastikan rawatan berjalan lancar dan selesa.

Jom lihat senarai makanan yang perlu dielak semasa pakai braces, supaya anda tidak tersilap langkah ketika menikmati hidangan harian.

1. Makanan keras & rangup

Makanan jenis ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada bracket dan wayar braces seperti:

  • Kacang
  • Ais batu
  • Popcorn
  • Kerepek keras
  • Biskut keras
  • Jagung rebus yang digigit terus
gigi braces
Waspada semasa makan popcorn.

2. Makanan melekit & bergula

Jenis ini bukan sahaja mudah melekat pada braces, tetapi juga boleh menggalakkan pembentukan plak dan kaviti, seperti:

3. Makanan berserat 

Makanan berserat tinggi seperti daging liat atau sayuran panjang boleh tersangkut pada braces dan sukar dibersihkan, seperti:

4. Makanan besar atau perlu gigit terus

Menggigit makanan besar boleh menyebabkan bracket depan longgar atau tercabut, seperti:

  • Burger tebal
  • Kerak pizza keras
  • Epal
  • Jambu

5. Makanan & minuman asidik

Makanan atau minuman berasid boleh menghakis enamel gigi dan menyebabkan ketidakselesaan, seperti:

  • Minuman bergas
  • Jus limau
  • Asam
  • Jeruk

Menjaga pemakanan bukan sekadar untuk elak wayar tercabut, tapi juga untuk hasil gigi selepas pakai braces yang lebih sihat dan sekata. 

Jadi, bagi anda yang baru memakai pendakap gigi disarankan untuk tahu tip makan untuk pemakai braces baru supaya proses rawatan lebih selesa dan berkesan.

Tip makan untuk pemakai braces baru

Untuk mereka yang baru mula memakai braces, rasa tidak selesa dan gusi sensitif adalah perkara biasa. Jadi, tip makan untuk pemakai braces baru adalah memilih makanan lembut seperti bubur, sup, tauhu atau kentang lenyek.

Elakkan menggigit makanan besar secara terus – potong kecil-kecil terlebih dahulu sebelum makan. 

Ini bukan sahaja memudahkan kunyahan tetapi juga membantu mengelak kerosakan pada gigi braces.

Gigi selepas pakai braces

Ramai yang tidak sabar menantikan hasil gigi selepas pakai braces, senyuman yang lebih teratur dan yakin. 

gigi braces
Usah memberus gigi dengan kuat.

Namun, selepas rawatan selesai, penting untuk terus menjaga kebersihan dan memakai retainer mengikut nasihat doktor. Ini membantu mengekalkan bentuk gigi supaya tidak kembali ke kedudukan asal.

Ingat, walaupun pendakap gigi sudah ditanggalkan, rutin penjagaan gigi sihat harus diteruskan sepanjang masa.

Kesimpulan

Pemakaian gigi braces memerlukan kesabaran, perhatian dan disiplin yang tinggi. 

Menjaga pemakanan, kebersihan dan rutin pemeriksaan berkala bukan sahaja mempercepatkan hasil rawatan, tetapi juga mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Jadi pastikan anda mengetahui jenis makanan yang perlu dielak semasa pakai braces dan sentiasa amalkan penjagaan gigi semasa pakai braces agar perjalanan anda menuju senyuman sempurna lebih lancar dan selesa. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What Can I Eat with Braces? A Comprehensive Guide. https://aaoinfo.org/blog/what-can-i-eat-with-braces/. Accessed on Nov 4, 2025.
  2. teeth and brace-friendly – food and drink. https://bos.org.uk/wp-content/uploads/2022/03/British-Orthodontic-Society-Food-and-DrinkMarch2019.pdf. Accessed on Nov 4, 2025. 
  3. Foods you can and can’t eat with braces. https://orthodonticsaustralia.org.au/safe-foods-braces/. Accessed on Nov 4, 2025. 
  4. What Foods to Eat and Avoid with Braces. https://www.hampsteadortho.co.uk/blog/what-foods-to-eat-and-avoid-with-braces. Accessed on Nov 4, 2025.
  5. Caring for braces. https://orthodonticsaustralia.org.au/caring-for-braces/. Accessed on Nov 4, 2025. 

Versi Terbaru

07/11/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Pakai Braces Untuk Gigi Tersusun Rapi, Tapi Berapa Lama Tempoh Memakai Pendakap Gigi?

Trend Pemakaian Braces Terhad Untuk Orang Muda Saja Ke? Tak Sesuai Untuk Golongan Berusia?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 07/11/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?