Hiperaktif BUKAN Satu-Satunya Tanda ADHD, Semak 12 Lagi Tanda Ibu Ayah Wajar Peka!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/12/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Definisi

Attention Deficit Hyperactivity Disorder, atau singkatannya ADHD adalah keadaan kronik yang menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak dan selalunya berlanjutan sehingga peringkat dewasa.

ADHD merangkumi gabungan masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran mengekalkan perhatian, hiperaktif dan tingkah laku impulsif.

Kanak-kanak dengan ADHD juga boleh bergelut dengan masalah rendah diri, hubungan yang bermasalah dan prestasi yang kurang baik di sekolah.

Kebarangkalian ADHD dalam masyarakat

ADHD adalah masalah besar di banyak negara di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju. Ia adalah gangguan tingkah laku yang dipercayai menjejaskan setiap 1 dari 20 kanak-kanak di negara maju.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Tanda ADHD adalah tak semudah yang anda jangka!

adhd adalah

Sangat sukar untuk mendiagnosis ADHD pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.

Ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak prasekolah mempunyai beberapa tanda seperti ADHD tetapi dalam pelbagai keadaan.

Juga, pembesaran kanak-kanak semasa tahun-tahun prasekolah adalah sangat cepat.

Terdapat tiga jenis ADHD sekunder yang dikelaskan:

  • Tidak dapat fokus: Kebanyakan tanda adalah tidak dapat menumpukan perhatian
  • Hiperaktif impulsif: Kebanyakan tanda adalah hiperaktif dan cenderung melakukan sesuatu dengan cepat
  • Kategori campuran: Ini adalah campuran kedua-dua tidak dapat fokus dan tanda hiperaktif impulsif

ADHD lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding perempuan, dan tingkahlaku antara kedua-dua jantina boleh jadi berbeza.

Sebagai contoh,lelaki cenderung menjadi hiperaktif manakala perempuan cenderung menjadi tidak dapat fokus secara senyap.

Ciri-ciri utama ADHD termasuklah kegagalan untuk fokus dan hiperaktif-impulsif. Ia bermula sebelum usia 12 tahun, dan pada sesetengah kanak-kanak, ia boleh dikesan seawal usia 3 tahun.

Gejala ADHD boleh menjadi ringan, sederhana atau teruk.

Tidak fokus: Seorang kanak-kanak yang menunjukkan corak ketidakpedulian sering kali:

  • Mempunyai masalah menumpukan perhatian terhadap tugas atau permainan
  • Gagal memberi perhatian terhadap perkara penting atau membuat kesilapan dalam kerja sekolah
  • Kelihatan tidak mendengar, walaupun bercakap secara langsung
  • Mengalami kesukaran mengikuti arahan dan gagal menyelesaikan kerja atau tugasan sekolah
  • Mengalami kesukaran menganjurkan tugasan dan aktiviti
  • Mengelak atau tidak suka tugasan yang memerlukan fokus pada mental seperti kerja rumah
  • Hilangkan barang yang diperlukan untuk tugasan atau aktiviti, misalnya mainan, peralatan sekolah, pensel
  • Mudah terganggu
  • Lupa melakukan beberapa aktiviti harian seperti kerja-kerja rumah

Hiperaktif dan impulsif: Seorang kanak-kanak yang menunjukkan corak hiperaktif dan gejala impulsif seringkali:

Isu-isu tambahan: Selain itu, kanak-kanak dengan ADHD mungkin mengalami:

  • Tanda-tanda yang berlangsung sekurang-kurangnya enam bulan
  • Beberapa tanya yang memberikan kesan negatif kepada kehidupan sekolah, rumah atau hubungan di mana lebih daripada satu persekitaran, seperti di rumah dan di sekolah
  • Kelakuan yang tidak normal untuk kanak-kanak yang sama usia yang tidak mempunyai ADHD

Bilakah saya patut berjumpa doktor saya?

Sekiranya anda prihatin bahawa anak anda menunjukkan tanda-tanda ADHD, jumpa pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Doktor boleh mensyorkan doktor pakar kepada anda, namun adalah penting untuk mendapatkan penilaian perubatan terlebih dahulu untuk memeriksa sebab-sebab lain yang menyebabkan kesusahan anak anda.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Penyebab ADHD adalah di antara tiga risiko utama

Faktor-faktor yang mungkin terlibat dalam perkembangan ADHD termasuklah:

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya pada ADHD?

Terdapat banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan ADHD dan ini adalah beberapa perkara biasa, termasuklah:

  • Saudara mara, seperti ibu bapa atau adik-beradik, dengan ADHD atau gangguan kesihatan mental yang lain
  • Pendedahan kepada toksin alam sekitar – seperti plumbum, ditemui terutamanya dalam cat dan paip di bangunan-bangunan lama
  • Ibu mengambil dadah, mengambil alkohol atau merokok semasa kehamilan
  • Kelahiran pramatang

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ADHD didiagnosis?

kanak-kanak adhd

Walaupun anak anda mungkin mempunyai beberapa gejala yang kelihatan seperti ADHD, ia mungkin sesuatu yang lain. Oleh yang demikian, anda memerlukan doktor untuk memeriksanya.

Tiada ujian khusus untuk ADHD. Sebaliknya, mendiagnosis adalah proses yang mengambil beberapa langkah dan melibatkan pengumpulan banyak maklumat dari pelbagai sumber.

Anda, anak anda, sekolah anak anda, dan penjaga-penjaga yang lain harus terlibat dalam menilai tingkah laku anak anda.

Doktor juga akan bertanya apa gejala anak anda ada, berapa lama gejala-gejala ini bermula, dan bagaimana tingkah laku itu mempengaruhi anak anda dan seluruh keluarga anda.

Doktor mendiagnosis ADHD pada kanak-kanak selepas seorang kanak-kanak telah menunjukkan enam atau lebih tanda khususnya gagal fokus atau hiperaktif secara kerap selama lebih dari 6 bulan dalam sekurang-kurangnya dua persekitaran.

Doktor akan mempertimbangkan bagaimana tingkah laku kanak-kanak itu dibandingkan dengan kanak-kanak lain pada usia yang sama.

Rawatan kanak-kanak ADHD

Rawatan standard untuk ADHD kanak-kanak termasuklah ubat-ubatan, pendidikan, latihan dan kaunseling.

Rawatan ini boleh membantu melegakan banyak gejala ADHD, namun ia sebenarnya tidak menyembuhkan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk menentukan apa yang paling sesuai untuk anak anda.

Ubat-ubatan

Pada masa ini, ubat-ubatan perangsang adalah yang paling kerap disyorkan untuk ADHD.

Ubat-ubat ini digunakan untuk merangsang dan mengimbangi tahap bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter.

Ubat-ubatan ini membantu memperbaiki tanda-tanda gagal fokus dan hiperaktif – kadang-kadang ianya berkesan dalam tempoh yang singkat.

Kadangkala, doktor anda akan mengubah jenis ubat mengikut keperluan dan kesesuaian anak anda.

Terapi tingkah laku ADHD

Kanak-kanak dengan ADHD sering mendapat manfaat daripada terapi tingkah laku dan kaunseling, yang mungkin disediakan oleh pakar psikiatri, psikologi, pekerja sosial atau profesional penjagaan kesihatan mental yang lain.

Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD juga mungkin mengalami keadaan lain seperti gangguan kebimbangan atau kemurungan. Dalam kes-kes ini, kaunseling boleh membantu ADHD dan masalah lain yang ada.

Ubat-ubatan alternatif

Terdapat sedikit kajian yang menunjukkan bahawa rawatan alternatif boleh mengurangkan gejala ADHD.

Sebelum mempertimbangkan rawatan alternatif, bincang dengan doktor anda untuk memastikan jika terapi itu selamat.

Beberapa rawatan perubatan alternatif yang telah dicuba, tetapi belum terbukti sepenuhnya secara saintifik, termasuklah:

  • Yoga atau meditasi
  • Diet khas
  • Vitamin atau mineral tambahan
  • Rumusan tertentu

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Pengurusan ADHD bergantung kepada perubahan gaya hidup

Tiada cara yang diketahui untuk mencegah ADHD. Walau bagaimanapun, anda patut melakukan beberapa petua berguna di bawah untuk mengurangkan risiko ADHD:

  • Jaga diri sendiri: Menjaga kesihatan fizikal dan mental anda adalah penting dalam membantu anak anda
  • Didik diri anda mengenai ADHD: Anda akan lebih dapat membantu anak anda jika anda memahami keadaannya.
  • Ajar anak anda bahawa setiap tindakan mempunyai akibatnya
  • Bantu anak anda membina harga diri
  • Bantu anak anda mendapatkan yang terbaik dari sekolah
  • Bantu anak anda menyelesaikan sesuatu

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Terdapat banyak masalah gigi kanak kanak yang ibu bapa perlu waspada untuk mereka senyum cantik dewasa kelak. Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Nafas Anak Berbau Busuk? Ibu Ayah Jangan Biarkan, 7 Sebab Ini Mungkin Puncanya

Sedang anda berborak bersama si kecil, anda perasan bahawa mulut anak berbau. Apakah punca nafas berbau busuk? 7 perkara ini mungkin jadi puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Mulut, Penjagaan Gigi Kanak-Kanak 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

Ada kajian yang menyebut, kanak-kanak yang mempunyai ADHD mempunyai tulisan tangan yang buruk. Apakah yang sebenarnya menyebabkan tulisan buruk ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit mata kuning jaundis

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
perkembangan kanak-kanak

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
nutrien makanan kanak-kanak

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan