Si Manja Sudah Setahun Tapi Tak Cukup Berat? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Salah satu masalah dalam aspek penjagaan anak adalah apabila bayi kurang berat. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.

Garis panduan penjagaan anak

Berdasarkan garis panduan umum, seorang bayi harus membesar sekitar 3x ganda berat kelahirannya ketika berusia 1 tahun.

Tetapi ini hanyalah anggaran.

Sebaliknya, aspek penjagaan anak yang melibatkan perkembangan ketinggian, gembira, sihat dan aktif merupakan petunjuk yang lebih baik untuk kesejahteraan daripada berat badannya semata-mata.

Aktif bagi kanak-kanak berumur setahun, bermaksud bahawa dia sedang membesar dan menjelajah dunia sekelilingnya. 

Tetapi adakah keadaan anak yang tidak mempunyai berat seimbang itu didasari oleh masalah kesihatan atau penyakit?

Ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dipraktikkan?

Tumbesaran yang gagal

Biasanya, apabila anak-anak yang sedang membesar tidak menambah berat badan sebagaimana sepatutnya, keadaan tersebut dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.

Kegagalan untuk berkembang itu sendiri bukanlah 1 penyakit atau gangguan. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa seorang kanak-kanak kekurangan zat makanan – antara aspek berkaitan penjagaan anak. 

pemakanan anak

Secara amnya, si kecil gagal berkembang kerana tidak mendapat cukup kalori untuk membesar dan menambah berat badan dengan cara yang sihat.

Apabila anak tidak dapat menambah berat badan, mereka juga mungkin tidak akan membesar pada ketinggian sasaran.

Anak anda memerlukan kalori cukup untuk proses pembelajaran dan tumbesaran yang baik.

Oleh itu, anak yang gagal berkembang mungkin mula berjalan dan bercakap lebih lambat berbanding kanak-kanak seusia yang lain.

Bahkan, mereka juga cenderung untuk menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.

Tetapi usah bimbang, ada cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba oleh ibu bapa. Teruskan pembacaan anda.

Cara menaikkan berat badan bayi

Berikut 8 tip yang boleh ibu bapa cuba dalam usaha melibatkan penjagaan anak untuk membantu menambah berat badan si manja. Semoga berjaya!

  1. Penuhi keperluan kalori harian

Bagi anak berumur setahun, mereka memerlukan kira-kira 1,000 kalori yang dibahagikan kepada 3 hidangan makanan utama dan 2 makanan ringan atau snek setiap hari.

Ini adalah untuk memenuhi keperluan mereka untuk membesar, memperolehi tenaga serta mendapat nutrisi yang mencukupi. 

Anda perlu tahu bahawa tabiat pemakanan anak kecil tidak menentu dan kerap berubah. Ia sukar untuk diramalkan.

Anak anda boleh mempunyai tabiat pemakanan seperti:

penjagaan anak

  • Makan semua yang dihidangkan semasa sarapan dan langsung tidak mengambil makanan lain sepanjang hari
  • Makan hanya makanan yang sama selama tiga hari berturut-turut – dan kemudian tidak mahu lagi makanan tersebut
  • Makan 1,000 kalori dalam sehari. Tetapi kemudian mengambil kalori dalam jumlah yang atau kurang dalam tempoh 1 atau 2 hari selepas itu
  1. Beri galakan dan bukan paksaan

Dalam aspek penjagaan anak, anda boleh menggalakkan mereka untuk makan. Tetapi jangan memaksa anak anda makan pada waktu tertentu.

Kedengaran pelik, namun diet pemakanan si kecil akan seimbang dalam tempoh beberapa hari jika anda menyediakan pelbagai makanan sihat. 

  1. Tawarkan variasi

Salah 1 cara untuk menaikkan berat badan bayi adalah dengan memberikan si manja pilihan kepelbagaian daripada setiap kumpulan makanan asas.

Ini kerana anak berusia setahun memerlukan makanan daripada kumpulan pemakanan asas yang sama seperti individu dewasa.

Berikan mereka peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai rasa, warna, dan tekstur. Umumnya, si kecil harus makan makanan seimbang kaya kandungan vitamin.

  1. Jangan menyekat

Jangan hadkan lemak dalam menu pemakanan anak yang berusia setahun. Bayi dan anak kecil harus mendapat kira-kira separuh daripada kalori mereka daripada lemak.

Setelah anak mencapai usia 2 tahun, anda boleh secara beransur-ansur mengurangkan pengambilan lemak (menurunkannya kepada ⅓  kalori harian pada usia 4 hingga 5 tahun).

  1. Suhu makanan

Pastikan makanan yang diberikan berada pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan luka terbakar pada mulut (mouth burn). 

Pastikan anda menguji dan menilai sendiri suhu makanan tersebut kerana si manja mungkin akan makan tanpa mempedulikan kepanasan suhu makanan.

  1. Elakkan makanan berperisa

Jangan berikan makanan yang tambah perasa berlebihan, terlalu masin atau manis mahupun banyak mentega.

Penambahan ini menghalang anak anda daripada merasa makanan yang semula jadi

Di samping itu, tabiat pemakanan tersebut boleh membahayakan kesihatannya untuk jangka panjang.

anak tercekik makanan

  1. Tersedak atau tercekik makanan

Anak yang masih kecil cenderung untuk tersedak atau tercekik makanan. Ini kerana mereka masih tidak tahu mengunyah dengan gerakan mengisar sehingga berumur sekitar 4 tahun.

Pastikan apa sahaja yang anda berikan kepada anak dilenyekkan atau dipotong kecil untuk mudah dikunyah.

  1. Fokus pada pemakanan

Selain itu, cara menaikkan berat badan bayi yang boleh dicuba adalah dengan memastikan si kecil duduk ketika waktu makan dan diawasi oleh individu dewasa.

Ia adalah 1 kebiasaan untuk anak yang berusia setahun melakukan semuanya sekali gus, seperti makan sambil lari atau semasa bercakap.

Namun, tabiat sebegitu hanya akan meningkatkan risiko untuk tersedak atau tercekik makanan

Sebaiknya ajar dan latih si manja seawal mungkin untuk menghabiskan makanan di dalam mulut sebelum bercakap.

Nasihat pakar berkaitan cara menaikkan berat badan bayi

Sekiranya anda bimbang anak anda tidak menambah berat badan walaupun mencuba petua di atas, berjumpalah dengan doktor.

Mereka akan dapat menilai keadaan dan menetapkan makanan tambahan jika diperlukan oleh si manja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Diet Khas Untuk Pemilik Darah B, Salah Satunya Tak Boleh Makan Ayam! Berkesan Ke?

Pelbagai diet diamalkan masyarakat untuk menurunkan berat badan. Selain kaedah intermittent fasting, diet mengikut kumpulan darah juga popular.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari?

Makanan berkeju seperti piza, jadi pilihan pemakanan anak. Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak-kanak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Suka Biarkan Si Manja Tidur Dalam Car Seat Lama-lama? Bahaya! Ini Sebabnya…

Jika anda keliru tentang keselamatan anak jika dibiarkan tidur dalam kerusi bayi, percayalah, anda tidak keseorangan. Selamat atau berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

5 Perkara Mengenai Diet Eat Clean Ini Hanyalah Mitos? Point No. 4 Pasti Buat Anda Terkejut!

Diet eat clean dikaitkan dengan gaya hidup sihat dan tubuh yang cantik seperti sering dilihat dan dipromosikan oleh influencer di dalam laman media sosial.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan diet eat clean

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat diet mediterranean

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
diet kulit cantik

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
nutrien makanan kanak-kanak

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan