home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ubah Tabiat Makan Anak Anda (Umur 1 Tahun)

Ubah Tabiat Makan Anak Anda (Umur 1 Tahun)

Berhenti menyusu botol

Kanak-kanak yang selalu tidur sambil menyusu botol yang berisikan susu, jus, soda, ataupun minuman manis lain adalah berisiko tinggi mengalami kerosakan gigi. Botol sepatutnya berhenti diberikan pada usia anak sekitar 1 tahun. Lebih awal anda mula menghentikan pengambilan botol pada anak anda, lebih mudah untuk anda menyelesaikan tugasan ini. Dan, jika anak anda menyusu badan, penyusuan botol boleh dielakkan sekali. Minum dalam cawan juga boleh dimulakan seawal usia anak enam bulan dan seusai usianya setahun, dia sudah mahir menggunakannnya. Sebaik sahaja bayi anda boleh minum dalam cawan, dia tidak perlu lagi minum melalui botol. Jika anda mesti memberikannya botol, hadkan kandungan kepada air kosong sahaja. Bagi membantu menjadikan tugasan ini lebih mudah, anda perlu menghapuskan tabiat minum botol pada waktu tengah hari dahulu, kemudian barulah petang dan pagi, dan akhir sekali malam. Namun, ingatlah untuk mengehadkan pemberian kepada air kosong. Jika bayi anda tidak mahu minum air kosong dalam botol, lakukannya secara berperingkat dengan mencampurkan minuman lain bersama air kosong, dan selepas seminggu dua, anda mula meletakkan air kosong sahaja dalam botolnya.

Mudah untuk menggunakan tabiat minum botol bagi menenangkan anak atau membantunya mudah tidur. Walau bagaimanapun, di usia ini, bayi anda tidak lagi memerlukan sebarang makanan atau minuman sewaktu malam. Jika anda masih memberikannya makan atau minum pada waktu itu, segeralah berhenti. Walaupun jika anak anda masih inginkan botol atau menunjukkan kelakuan dahaga, namun sebenarnya minum di waktu malam adalah untuk menenangkannya, bukannya termasuk dalam keperluan pemakanan. Botol ini nanti akhirnya jadi pengalas ketiak bayi sahaja dan menyukarkan bayi untuk belajar tidur sendiri.

Pun begitu, memberikan kanak-kanak minuman atau snek sihat sebelum waktu tidur mereka adalah boleh diterima asalkan anda memberuskan gigi anak selepas itu. Malah, cara ini juga dapat membantu anak anda untuk mudah tidur. Penyusuan badan singkat, minum susu lembu ataupun minuman lain, atau memberi anak makan buah-buahan atau makanan bernutrisi lain adalah dibolehkan. Jika snek mereka adalah botol, secara berperingkat gantikannya dengan cawan.

Apapun snek anak anda, biarkannya habiskan makan dahulu, dan kemudian bersihkan giginya, menggunakan kain lembut atau kain kasa, atau berus gigi. Cara ini boleh dilakukan semasa bayi anda tidur di pangkuan anda. Jika tidak membersihkan sisa makanan atau minuman dalam mulutnya selepas dia makan, ia boleh mendatangkan masalah gigi rosak. Jika bayi anda inginkan keselesaan semasa tidurnya, berikannya mainan untuk dipeluk, selimut, atupun ibu jarinya. Namun, jangan berikannya botol yang mengandungi selain air kosong.

Kurangkan manis

Setiap orang secara azalinya sukakan benda yang manis, dan anak anda juga tidak terkecuali. Percayalah ia bukan salah anda jika anak anda memilih gula-gula dan aiskrim berbanding sekeping keju. Namun, ini adalah tanggungjawab anda untuk mengehadkan pengambilan gulanya dan untuk menyediakan diet yang lebih bernutrisi yang menggalakkan tumbesaran, bukannya kerosakan gigi.

Makan sendiri

Di usia 12 bulan, bayi anda sudah boleh membiasakan diri minum dalam cawan dan makan sendiri menggunakan sudu dan juga tangannya. Dalam usia 15 bulan, dia sudah boleh memasukkan makanan sendiri ke dalam mulutnya. Bayi juga sudah boleh memenuhkan sudu dan memasukkannya ke dalam mulut secara konsisten, walaupun sekali-sekala ada tertumpah makanan. Menyepahkan makanan, merosakkan gelas atau cawan, kadangkala dilakukan oleh bayi apabila dia bosan dengan makanannya. Kelakuan sebegini tidak sepatutnya dibiarkan, dan anda perlu menegur si manja serta meletakkan peralatan makanan mereka di tempat yang sepatutnya. Jika tingkah laku sebegini berlaku, sediakan anak anda duduk di kerusi makan bayi.

Pada usia 18 bulan, anak anda sudah boleh menggunakan sudu, garpu, dan cawan serta pinggan bayi apabila dia mahu, tetapi pada kebanyakan masa bayi anda tidak mahu menggunakannya. Ada masa di mana bayi anda lebih suka bermain dengan puding atau terbalikkan pinggan mereka menjadi kapal terbang. Sesetengah kanak-kanak melalui tingkah laku makan sebegini semasa usia mereka dua tahun, di mana ketika ini mereka sebenarnya menunjukkan perangai apabila mereka meludah atau mengotorkan makanan mereka menggunakan tangan. Bayi lain, walau bagaimanapun, masih kekal bermain makanan apabila memasuki usia tiga tahun.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Steven P. Shelov, Robert E. Hannemann. Caring for you baby & Young Child. Page 269

Self-Feeding. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Self-Feeding.aspx. Accessed August 27, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 13/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel