backup og meta

Apa Beza Suntikan MMR, MR Dan Measles?

Apa Beza Suntikan MMR, MR Dan Measles?

Terdapat beberapa jenis vaksin untuk kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) seperti suntikan MMR, Measles dan juga MR. Tetapi apakah manfaat vaksin anak ini? 

Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Vaksin Measles

Jenis suntikan vaksin campak

Sebelum anda mengetahui apakah jenis-jenis penyakit campak, beguk dan rubella (campak Jerman) yang boleh menjangkiti si kecil, ayuh kita fahami terlebih dahulu mengenai vaksin-vaksin ini, okay?

Melalui NIP di Malaysia, 1 dos suntikan vaksin campak atau measles akan diberikan kepada si manja yang berada di Sabah sahaja ketika mereka berusia 6 bulan.

Kesan sampingan suntikan imunisasi campak

Kesan sampingan paling biasa adalah pada bahagian suntikan diberikan, ini termasuk:

  • Bengkak
  • Kemerahan
  • Benjolan kecil

Gejala ini biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari dan tiada apa yang perlu anda lakukan. Anak juga mungkin akan mengalami demam.

Suntikan MMR

Jenis suntikan MMR

Selain itu, NIP juga menjadualkan 2 dos suntikan MMR – measles, mumps & rubella, yang akan diberikan kepada si manja ketika mereka berusia 9 bulan dan setahun.

Ia melindungi bayi daripada 3 penyakit serius iaitu campak, beguk dan rubella (campak Jerman) – keadaan berjangkit ini boleh merebak dengan mudah kepada individu tidak divaksin.

2 dos jenis suntikan MMR dapat memberikan perlindungan terbaik melawan ketiga-tiga penyakit ini yang berisiko mengembangkan isu kesihatan serius termasuklah meningitis, kehilangan pendengaran dan masalah ketika kehamilan.

suntikan MMR

Kesan sampingan suntikan MMR

Vaksin MMR sangat selamat. Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan dan tidak bertahan lama.

Sesetengah kanak-kanak mungkin akan menangis dan meragam sejurus selepas suntikan MMR. Ia adalah keadaan normal dan mereka biasanya akan lebih baik selepas mendapat pelukan.

Oleh sebab terdapat 3 vaksin berasingan dalam 1 suntikan, kesan sampingan berbeza boleh berlaku pada masa berbeza.

Kesan sampingan vaksin campak

Sekitar 7-11 hari selepas suntikan, ada kanak-kanak yang mengalami campak ringan. Gejalanya seperti:

  • Ruam
  • Suhu badan tinggi
  • Hilang selera makan
  • Berada dalam keadaan tidak sihat untuk 2-3 hari

Gejala ini tidak berjangkit atau menular kepada kanak-kanak yang tidak divaksinasi.

Kesan sampingan jenis suntikan beguk 

Selepas 3-4 minggu selepas suntikan, 1 daripada 50 kanak-kanak mengalami beguk ringan, seperti kelenjar bengkak di pipi, leher atau bawah rahang yang berlangsung sehingga 2 hari.

Gejala ini tidak akan menjangkiti kepada individu lain.

Kesan sampingan vaksin rubella

Sekitar 1-3 minggu selepas suntikan, ada yang mungkin mengalami sendi menyakitkan, kebas atau bengkak selama 3 hari.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/suntikan-vaksin-untuk-bayi/

Kesan sampingan suntikan MMR yang jarang berlaku

#Tompok seperti lebam kesan vaksin anak

Dalam kes jarang berlaku, anak mungkin mendapat ruam kecil seperti bintik lebam selepas 2 minggu mendapat suntikan MMR. 

Keadaan ini dikenali sebagai idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP) dan biasanya akan pulih dengan sendiri. Namun sebaiknya, lakukan pemeriksaan doktor.

#Sawan kesan vaksin anak

Ada kemungkinan kecil untuk anak mengalami sawan selepas 6-11 hari vaksin. Ia disebabkan oleh suhu badan tinggi sebagai tindak balas kepada virus vaksin campak.

Ia membimbangkan tetapi amat jarang berlaku – anggaran 1 dalam setiap 1,000 dos suntikan yang diberikan.

Suntikan vaksin MR

Jenis suntikan vaksin MR

Manakala gabungan vaksin MR – measles & rubella, merupakan vaksin yang memberikan perlindungan terhadap campak dan rubella ini.

Menerusi NIP di Malaysia, suntikan ini diberikan sebagai dos tambahan atau booster sehingga tahun 2022 bagi kanak-kanak berusia 7 tahun.

suntikan MMR

Kesan sampingan biasa jenis suntikan vaksin MR

  • Reaksi pada kawasan suntikan – sensasi terbakar, menyengat, bengkak dan gatal-gatal
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Hidung berair
  • Sakit kepala
  • Pening 
  • Demam
  • Ruam
  • Loya 
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Cirit-birit
  • Rasa tidak sihat
  • Sakit sendi

Fungsi vaksin

Berikut Hello Doktor akan terangkan mengenai penyakit yang boleh dicegah melalui jenis suntikan MMR, vaksin campak, dan MR ini.

Vaksin anak #Campak 

Campak adalah penyakit sangat berjangkit disebabkan virus yang merebak melalui udara semasa individu dijangkiti batuk atau bersin.

Virus yang tersebar itu boleh kekal di udara selama 2 jam selepas individu dijangkiti berada di persekitaran tersebut.

Ini bermakna risiko mendapat jangkitan masih ada walaupun hanya berada di ruang sekitar individu dijangkiti berada.

Ia sangat menular sehinggakan jika anda menghidapnya, kira-kira 90% individu rapat dengan anda juga akan dijangkiti jika tidak dilindungi.

Campak biasanya bermula dengan demam, kemudian menyebabkan batuk, hidung berair dan mata merah.

Selepas itu bintik-bintik merah kecil akan muncul – bermula di kepala dan merebak ke seluruh badan.

Antara komplikasi yang boleh terjadi adalah jangkitan telinga, cirit-birit, radang paru-paru, kerosakan otak dan kematian.

Jenis suntikan vaksin #Beguk 

Merupakan penyakit berjangkit disebabkan virus.

Beguk biasanya bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan dan hilang selera makan. Kemudian kebanyakan individu akan mengalami pembengkakan kelenjar air liur.

Ini menyebabkan pipi dan rahang membengkak.

suntikan MMR

Bagi kebanyakan individu, masalah beguk yang dialami adalah ringan. Tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah serius berpanjangan seperti:

  • Orkitis – bengkak testis pada lelaki
  • Ooforitis – bengkak ovari atau mastitis – bengkak payudara bagi wanita
  • Ensefalitis – bengkak otak
  • Meningitis –  bengkak tisu yang menutupi otak dan saraf tunjang
  • Kehilangan pendengaran – kekal atau sementara

Dalam kes sangat jarang berlaku, beguk boleh mengakibatkan kematian.

Vaksin anak #Rubella (campak Jerman)

Rubella atau disebut campak Jerman, adalah penyakit disebabkan virus. 

Jika seorang wanita hamil mendapat rubella, keguguran boleh berlaku atau bayi yang dilahirkan mendapat kecacatan kelahiran serius.

Bagi kanak-kanak pula, rubella biasanya menyebabkan gejala yang berlangsung 2-3 hari, seperti:

  • Ruam yang bermula pada wajah dan merebak ke seluruh badan
  • Demam kurang daripada 38°C

Sebelum ruam muncul, kanak-kanak lebih tua dan individu dewasa mungkin akan mengalami:

  • Bengkak kelenjar
  • Batuk, hidung berair, kemerahan atau bengkak pada bahagian putih mata
  • Sakit sendi 

Kebanyakan individu yang mendapat rubella tidak mengalami gejala.

Dalam kes jarang berlaku, rubella boleh menyebabkan komplikasi serius termasuklah jangkitan otak dan masalah pendarahan.

Atas sebab-sebab yang dikongsikan di atas, setiap bayi dan anak kecil disyorkan menerima suntikan vaksin seperti yang disarankan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai keperluan suntikan vaksin anak, berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. MMR (measles, mumps and rubella) vaccine. https://www.nhs.uk/conditions/vaccinations/mmr-vaccine/, Accessed on Nov 12, 2021
  2. Measles. https://www.nhs.uk/conditions/measles/, Accessed on Nov 12, 2021
  3. MR Immunization. https://www.who.int/southeastasia/activities/mr-immunization, Accessed on Nov 12, 2021
  4. Mumps. https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/mumps/index.html, Accessed on Nov 12, 2021
  5. Vaccines and Preventable Diseases. https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/mmr/public/index.html, Accessed on Nov 12, 2021
  6. Measles (Rubeola). https://www.cdc.gov/measles/vaccination.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Ffeatures%2Fmeasles%2Findex.html, Accessed on Nov 12, 2021
  7. Rubella (German Measles, Three-Day Measles). https://www.cdc.gov/rubella/vaccination.html, Accessed on Nov 12, 2021
  8. Rubella. https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/rubella/index.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fvaccines%2Fvpd-vac%2Frubella%2Fdefault.htm, Accessed on Nov 12, 2021
  9. Kenyataan Akhbar KPK 15 Mei 2020 – Pemberian Perkhidmatan Imunisasi Kepada Murid Sekolah Di Klinik Kesihatan. https://kpkesihatan.com/2020/05/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-mei-2020-pemberian-perkhidmatan-imunisasi-kepada-murid-sekolah-di-klinik-kesihatan/, Accessed on Nov 12, 2021
  10. MMR Vaccine: What You Need to Know. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/immunizations/Pages/Measles-Mumps-Rubella-Vaccines-What-You-Need-to-Know.aspx, Accessed on Nov 12, 2021 

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Mudah Jika Anak Terkena Beguk, Ia BERJANGKIT & Ada Komplikasi

Masih Ragu-ragu Untuk Vaksinkan Si Manja? Moga 7 Sebab Ini Dapat MEYAKINKAN Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan