backup og meta

Virus 'Chicken Pox' Boleh Buat Anda Pekak? Ia Mungkin Kesan Sindrom Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2021

    Virus 'Chicken Pox' Boleh Buat Anda Pekak? Ia Mungkin Kesan Sindrom Ini!

    Jangan terkejut jika kami kata virus cacar air (chicken pox) boleh buat anda kehilangan pendengaran kerana ia adalah antara risikonya.

    Sebenarnya, ia adalah salah satu implikasi yang boleh berlaku akibat sejenis sindrom.

    Sempena Hari Pendengaran Sedunia pada 3 Mac ini, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

    Apa itu virus cacar air?

    Untuk pengetahuan anda, virus cacar air yang bernama varicella zoster ini boleh menyebabkan jangkitan penyakit chicken pox.

    Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh berlaku kepada individu terutamanya yang belum pernah terkena atau tidak divaksin.

    Kebiasaannya, ia akan terjadi kepada golongan kanak-kanak dan akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

    Kendatipun ia mungkin tidak akan mendatangkan komplikasi berbahaya buat kebanyakan individu, ia masih perlu dielak dan dirawat.

    Jika dijangkiti virus chicken pox, penderita mungkin akan mengalami simptom-simptom ini:

    Ruam akan timbul kira-kira 10 ke 21 hari selepas dijangkiti virus dan kebiasaannya akan menimbulkan lebih kurang 250 ke 500 jumlah ruam.

    Ia akan timbul melalui 3 peringkat iaitu bintik, cacar dan kuping yang berisi cecair, serta akan hilang dengan sendiri apabila jangkitan tersebut sembuh.

    Apa bahaya virus cacar air?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, virus cacar air ini mungkin boleh sembuh dengan sendiri dan tidak mendatangkan bahaya.

    Ia mungkin cuma akan menjejaskan penampilan akibat ruam serta menyebarkan jangkitan ini kepada orang lain yang belum divaksin.

    Pun begitu, virus ini mungkin akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan menjejaskan tahap kesihatan penderitanya.

    Beritahu doktor jika chicken pox yang dialami mempunyai tanda serius seperti berikut:

    • Timbul ruam di mata
    • Sakit teruk pada kulit
    • Cecair berwarna hijau keluar daripada ruam
    • Ruam mula menjadi merah, hangat dan mudah pecah
    • Ketegangan pada leher
    • Degupan jantung pantas
    • Batuk-batuk
    • Muntah-muntah
    • Demam melebihi 38.9°C

    Dalam pada itu, ia juga dipercayai boleh buat individu kehilangan pendengaran! Benarkah?

    penyakit telinga

    Ia boleh buat individu pekak?

    Kondisi yang mungkin tidak berbahaya ini biasa berlaku kepada golongan kanak-kanak dan jika ia berlaku pada orang dewasa, lain pula ceritanya.

    Jika ia terjadi kepada individu berusia lebih 60 tahun, virus cacar air (varicella zoster) ini boleh berubah menjadi kondisi kayap (herpes zoster).

    Sekiranya penderita tersebut tidak divaksin untuk cacar air dan kayap, maka akan berlaku sejenis sindrom bernama Ramsay Hunt Syndrome.

    Sindrom ini kemudiannya akan merosakkan sistem saraf di bahagian dalam telinga lantas menjejaskan sistem pendengaran.

    Akibatnya, anda mungkin akan menjadi pekak pada sebelah telinga yang bersifat sementara dan boleh dirawat dengan ubatan.

    Jadi, memang benar bahawa ia boleh menyebabkan pekak namun ia hanyalah bersifat tidak kekal dan boleh pulih seperti sedia kala.

    Apa yang anda perlu & boleh buat?

    Sekiranya ia berlaku kepada anda atau isi rumah, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubatan sepatutnya. Doktor dapat memberikan ubat acyclovir atau valanciclovir jika penyakit ini dikesan awal.

    Tip Rawat Cacar Air pada Anak

    Sementara itu, ada beberapa cara merawat chicken pox secara sendiri di rumah yang perlu dan boleh anda cuba:

    Apa yang paling penting dan utama, jangan degil untuk tidak mendapatkan vaksin kerana ia adalah tindakan paling wajar.

    Tanpanya, maka usaha mewujudkan ‘immunity herd’ dalam komuniti anda untuk melawan virus ini mungkin sukar dicapai.

    Sebaiknya, dapatkan vaksin ini seawal usia dan segera berjumpa doktor jika mula muncul simptom virus cacar air ini okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan