backup og meta

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-Jaga

Kehamilan berisiko tinggi  dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Ini yang perlu anda ketahui mengenai keadaan kehamilan ini jika merancang untuk hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu kehamilan berisiko tinggi?

Kehamilan berisiko tinggi adalah kehamilan yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk berlaku komplikasi kepada kandungan dan juga ibu.

Komplikasi itu boleh berlaku bukan sahaja dalam masa kehamilan, tetapi juga tempoh selepas dan sebelum itu.

Adakalanya, punca yang mendasari masalah kehamilan berisiko ini adalah kesan daripada keadaan perubatan sedia ada sebelum anda hamil

Dalam sesetengah kes lain, masalah kesihatan itu muncul semasa mengandung sama ada kepada anda mahupun bayi dalam kandungan menyebabkan kehamilan menjadi berisiko tinggi. 

9 masalah kesihatan punca kehamilan berisiko tinggi 

Di bawah ada dikongsikan senarai keadaan menunjukkan masalah paling umum yang boleh menyebabkan kehamilan berisiko tinggi terjadi. 

Pun begitu, harus diingatkan tidak semua wanita dengan keadaan berikut mengalami risiko semasa hamil. 

  1. Mengandung pada lewat usia

Risiko untuk mengalami keadaan kehamilan ini lebih tinggi bagi ibu yang berusia lebih daripada 35 tahun.

  1. Pilihan gaya hidup 
Jangan merokok ketika hamil.
Jangan merokok ketika hamil.

Tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol dan penggunaan ubat haram cenderung membahayakan kandungan.

  1. Diabetes

Sekiranya seorang wanita itu menghidap diabetes sebelum hamil, mereka akan dirujuk kepada pakar perubatan ibu-janin (maternal-fetal medicine specialist)

Ia bertujuan untuk memantau keadaan dan menentukan ubat yang bersesuaian.

  1. Preeklampsia

Merupakan keadaan kesihatan yang khusus untuk kehamilan. 

Ia merupakan keadaan di mana ibu mengandung mempunyai tekanan darah tinggi bersama kandungan protein dalam air kencing dan edema (pembengkakan kulit). 

Bagi sesetengah wanita dengan preeklampsia, wujud kelainan pada hati atau platelet. 

  1. Hipertensi
Hipertensi juga merisikokan kehamilan anda.
Hipertensi juga merisikokan kehamilan anda.

Jika seorang wanita itu mengalami hipertensi sebelum kehamilan, pakar perubatan ibu-janin akan memantau tumbesaran bayi dan mungkin akan berunding seandainya timbul masalah.

  1. Kehamilan berganda

Mengandung kembar atau lebih daripada itu akan meningkatkan komplikasi kehamilan berisiko tinggi yang lebih besar. 

Wanita dengan kehamilan berganda lebih cenderung mengalami preeklampsia atau kelahiran pramatang.

  1. Penyakit kelamin (STD)

Secara amnya, pakar obstetrik dapat merawat penyakit kelamin yang mungkin berlaku semasa kehamilan atau jika terdapat STD sedia ada seperti herpes

Dalam kes-kes tertentu, rundingan dengan pakar perubatan ibu-janin mungkin akan diperlukan.

  1. Obesiti 

Wanita dengan masalah kesihatan obesiti mempunyai risiko besar menghidapi diabetes, darah tinggi dan preeklampsia semasa kehamilan.

  1. Komplikasi kehamilan

Pelbagai komplikasi yang timbul semasa berbadan dua boleh menimbulkan isu kehamilan yang berisiko.

Contohnya seperti kedudukan plasenta yang tidak normal, tumbesaran janin terbantut (fetal growth restriction) dan kepekaan rhesus (Rh).

Kepekaan Rh adalah keadaan serius yang berpotensi berlaku apabila kumpulan darah ibu mengandung adalah Rh negatif dan kumpulan darah bayi ialah Rh positif.

Adakah semua kehamilan mendatang turut berisiko tinggi?

Mengalami 1 kehamilan yang berisiko tinggi tidak bermaksud semua kandungan mendatang juga dianggap berisiko. 

Seorang ibu hamil mungkin mengalami komplikasi janin dalam 1 kehamilan yang tidak terjadi pada kehamilan lain, serta masalah kesihatan tertentu yang berubah dari masa ke masa. 

Perhatian!

Pun begitu, jika anda mempunyai kehamilan yang berakhir dengan kelahiran pramatang, anda akan lebih berisiko untuk mengalami keadaan itu sekali lagi untuk kehamilan yang seterusnya.

Sentiasa berjaga-jaga 

Ini boleh membantu untuk mengetahui bagaimana keadaan kesihatan anda mungkin mempengaruhi kelahiran dan proses bersalin. 

Lakukan pemeriksaan dengan segera jika anda mengalami situasi seperti:

  • Pendarahan faraj atau keputihan berair
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit atau kekejangan di bahagian bawah perut
  • Aktiviti janin menurun
  • Sakit atau sensasi terbakar semasa membuang air kecil
  • Perubahan penglihatan, termasuk penglihatan kabur
  • Pembengkakan secara tiba-tiba atau teruk di muka, tangan atau jari
  • Demam atau menggigil
  • Muntah atau loya berterusan
  • Pening
  • Pemikiran membahayakan diri sendiri atau bayi anda

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. High risk pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/high-risk-pregnancy/art-20047012 / Accessed on Aug 6, 2020
  2. High risk. https://kidshealth.org/en/parents/high-risk.html / Accessed on Aug 6, 2020
  3. High risk of pregnancy. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pregnancy/conditioninfo/high-risk / Accessed on Aug 6, 2020
  4. What is a high risk pregnancy. https://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/what-is-a-high-risk-pregnancy// Accessed on Aug 6, 2020
  5. High risk of pregnancy. https://www.healthlinkbc.ca/health-topics/uf9705/ Accessed on Aug 6, 2020

 

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Risiko Bayi Cacat Dengan Buat 11 Perkara Ini, WAJIB Amalkan Sebelum Hamil Lagi!

Wahai Bakal Ibu, Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Kendiri Sendiri Di Rumah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan