backup og meta

Anak Ada Masalah Tumbesaran, Apa Peranan Ibu & Bapa Untuk Menanganinya?

Anak Ada Masalah Tumbesaran, Apa Peranan Ibu & Bapa Untuk Menanganinya?

“Anak bantut sebab keturunan ke?”. Itu adalah antara soalan yang popular sering ditanya kepada ibu bapa sekiranya anak mereka memiliki saiz badan yang kecil berbanding kanak-kanak seusianya. Kata-kata tersebut dianggap berbisa hingga ada kalanya membuatkan ibu bapa terdesak untuk mencari cara naikkan berat badan anak mereka.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 (NHMS 2022), 1 daripada 5 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun di Malaysia mengalami masalah terbantut1.

Walau bagaimanapun, faktor genetik ibu bapa rendah tidak boleh dijadikan alasan kerana ada banyak lagi faktor luaran yang mempengaruhi seperti pemakanan dan faktor persekitaran.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui tentang punca anak bantut dan cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas dengan mudah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tumbesaran kanak-kanak terbantut 

Tumbesaran terbantut (faltering growth – sebelum ini disebut failure to thrive) merujuk kepada kadar pertambahan berat badan yang lebih perlahan pada zaman kanak-kanak daripada jangkaan mengikut usia dan jantina2.

Anak yang gagal berkembang dengan baik ketara kelihatan lebih kecil atau lebih pendek daripada kanak-kanak seusia mereka2

Bagi remaja pula, mereka tampak lebih kecil dan rendah atau kurang perubahan yang biasa berlaku semasa akil baligh.

Namun, wujud definisi berbeza dalam apa yang dianggap sebagai pertumbuhan dan perkembangan normal.

Cara naikkan berat badan anak, kenali simptom anak bantut dahulu!

Sebelum anda mengetahui cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas, adalah lebih baik untuk anda mengenali simptom anak bantut terlebih dahulu.

Secara umum, kadar perubahan berat dan ketinggian lebih penting daripada ukuran sebenar.

Dalam tumbesaran kanak-kanak yang gagal untuk berkembang ini, mereka akan mempunyai ketinggian dan berat yang tidak sepadan dengan carta pertumbuhan standard.

Kesannya tumbesaran mereka akan menjadi perlahan atau terhenti yang menjejaskan perkembangan dalam aspek3

  • Kemahiran fizikal, seperti berguling, duduk, berdiri dan berjalan
  • Kemahiran mental dan sosial
  • Perkembangan otak
  • Ciri-ciri seksual sekunder – tertangguh ketika remaja

3 situasi yang boleh menjadi punca tumbesaran terbantut

cara naikkan berat badan anak
Ketinggian anak yang rendah.

#1. Pengambilan kalori yang rendah

Kanak-kanak memerlukan jumlah kalori berbeza mengikut usia, saiz, jantina, tahap aktiviti dan keperluan perubatan.

Ada kanak-kanak lebih besar sangat cerewet makan. Cara naikkan berat badan anak dengan berjumpa pakar boleh membantu anda mengatasi masalah ini4.

#2. Keperluan kalori yang tinggi 

Sesetengah keadaan perubatan memerlukan anak untuk mengambil lebih banyak kalori.

Sebagai contoh, penyakit jantung kongenital memerlukan jantung mengepam lebih cepat untuk memenuhi keperluan tubuh dan mempercepatkan metabolisme badan.

Jadi, anak memerlukan kalori tambahan untuk memenuhi peningkatan permintaan ini.

#3. Masalah kesihatan lain 

Keadaan seperti penyakit seliak atau cystic fibrosis menyekat penyerapan nutrien makanan oleh tubuh5.

Masalah penghadaman seperti sembelit kronik dan alahan makanan boleh menyebabkan waktu makan dan ke tandas sebagai situasi yang menyakitkan.

Anak autisme ada kalanya tidak suka tekstur atau rasa makanan tertentu, yang menjadikan mereka sukar untuk beralih kepada makanan pejal4.

Kanak-kanak lebih besar pula mungkin hanya memilih untuk makan sejenis makanan sahaja.

Bagaimana pula cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas?

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka membesar dengan sihat. Berikut adalah antara cara naikkan berat badan anak yang anda boleh cuba:6

#1. Kerapkan makan, salah satu cara naikkan berat badan anak

Jangan terkejut ya, makan lebih kerap adalah kunci utama dan salah satu cara naikkan berat badan anak anda yang berkesan!

Jika anak anda makan tiga kali sehari sahaja, cuba tambah dua atau tiga hidangan kecil di antara waktu makan utama. Makanan ringan seperti buah-buahan, kekacang, yogurt atau snek berkhasiat boleh membantu memastikan anak mendapat cukup kalori.

cara minum air
Panduan jumlah anak anda perlu minum air setiap hari.

#2. Cara naikkan berat badan anak dengan menambah makanan yang bernutrisi

Makanan yang kaya dengan lemak sihat dan protein boleh membantu menaikkan berat badan anak anda dengan lebih efektif.

Berikut adalah cara naikkan berat badan anak dengan menambah makanan bernutrisi7:

  • Avokado: mengandungi lemak sihat dan kalori yang tinggi
  • Keju: sumber protein dan lemak penuh yang membantu menambah kalori
  • Telur: kaya dengan protein dan boleh dimasak dalam pelbagai cara
  • Ikan berlemak (seperti salmon atau tenggiri): mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk otak dan pertumbuhan si manja

Cara naikkan berat badan dengan cepat #3. Sediakan makanan dengan pelbagai tekstur

Kadang kala, anak mungkin tidak berminat dan bosan dengan tekstur makanan yang sama.

Dengan mempelbagaikan cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas, mereka akan lebih berminat dan berselera untuk makan. 

Antara cara naikkan berat badan dengan sihat yang anda boleh cuba adalah sediakan snek yang seimbang seperti hirisan buah-buahan segar iaitu buah epal, oren, avokado dan aprikot8

 Anda juga boleh menyajikan si manja dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, kacang hijau dan brokoli yang dipotong kecil8.

#4. Pastikan anak tidur secukupnya, juga salah satu cara naikkan berat badan dengan sihat

Tidur yang cukup memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pertumbuhan anak.

Ketika tidur, tubuh anak akan memperbaiki dan membina sel-sel tubuh, termasuk otot dan tisu. Kekurangan tidur boleh menyebabkan gangguan hormon yang mempengaruhi selera makan serta perkembangan tubuh secara keseluruhan9.

Cara menaikkan berat badan anak 1 tahun dan ke atas: tetapkan rutin tidur yang konsisten, pastikan suasana bilik tidur selesa dan elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anak aktif sebelum tidur.

Cara menaikkan berat badan anak 1 tahun: Didik anak minum susu setiap hari!

cara naikkan berat badan anak
Susu penuh khasiat untuk membantu anak membesar seiring dengan usia mereka.

Susu adalah sumber utama kalsium, protein, vitamin D, dan vitamin A, yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembentukan tulang manusia10.

Bagi anak yang menghadapi masalah berat badan rendah atau terbantut, susu adalah salah satu cara naikkan berat badan anak dengan efektif kerana ia mengandungi kalori yang cukup tinggi dan mudah dicerna.

Buat ibu dan ayah yang sedang mencari cara menaikkan berat badan anak 1 tahun, cubalah Susu Dutch Lady® MaxGro!

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun, susu ini membekalkan 80% nutrien harian terpilih yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) untuk membantu si manja anda mendapat nutrisi lengkap dan seimbang yang diperlukan dalam tempoh pembesaran mereka.

Dutch Lady® MaxGro juga mengandungi 9 Essential Amino Acids (EAA), yang merupakan blok binaan protein untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot si manja anda.

Selain itu, susu ini juga mengandungi DHA (80mg/100g), sejenis asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan kemahiran kognitif anak anda dari kecil.

DHA membantu memperbaiki keupayaan berfikir, daya ingatan, dan keupayaan untuk belajar, menjadikannya sangat penting dalam perkembangan awal otak anak anda11.

Dengan pengambilan susu Dutch Lady® MaxGro setiap hari, ia bukan sahaja membantu si manja mendapat nutrisi lengkap, tetapi dapat mengelakkan masalah bantut yang boleh mengganggu tumbesaran dan perkembangan mereka.

Berikut adalah cadangan pengambilan harian susu Dutch Lady® MaxGro mengikut peringkat umur:

  • Kanak-kanak berumur 1-3 tahun: 2-3 gelas sehari
  • Kanak-kanak berumur 4-9 tahun: 3-4 gelas sehari

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Dutch Lady® MaxGro.

Kesimpulan


Tumbesaran kanak-kanak yang terjejas boleh dibantu dengan cara naikkan berat badan anak yang telah dinyatakan di atas.
Pun begitu, jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan mereka, berbincang dan dapatkan bantuan doktor dengan segera.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kajian Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022. https://iku.gov.my/images/nhms-2022/2b.-ahs_lembaran_fakta_bm_18052023.pdf. Diakses November 19, 2024.
  2. Growth Faltering (Formerly Known as Failure To Thrive). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/failure-to-thrive. Diakses November 19, 2024.
  3. Failure to Thrive. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/failure-to-thrive. Diakses November 19, 2024.
  4. Failure to Thrive. https://kidshealth.org/en/parents/failure-thrive.html. Diakses November 19, 2024.
  5. Celiac Disease (in Children). https://www.yalemedicine.org/conditions/celiac-disease-in-children#:~:text=In%20particular%2C%20it%20can%20cause,Slowed%20growth%20and%20short%20height. Diakses November 19, 2024.
  6. How to help your child reach a healthy weight. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/help-your-child-reach-healthy-weight. Diakses November 19, 2024.
  7. Is Your Child Underweight? Ideas to Make Food Count. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2023/06/making-meals-and-snacks-count. Diakses November 19, 2024.
  8. Building Balanced Snacks to Feed to Toddlers. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Selecting-Snacks-for-Toddlers.aspx. Diakses November 19, 2024.
  9. Can Lack of Sleep Stunt Your Growth? https://kidshealth.org/en/teens/sleep-growth.html. Diakses November 19, 2024.
  10. Milk For Your Growing Child.https://mypositiveparenting.org/2015/04/21/milk-for-your-growing-child/. Diakses November 19, 2024.
  11. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC3738999/. Diakses November 19, 2024.

Versi Terbaru

16/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Orang Asyik Cakap Anak Anda Kurus? Fahami Dulu Kenapa Ia Terjadi & Cara Atasinya!

Anak Kerap Mengamuk, Hiperaktif & Buat Perangai, Cek Balik Makanan Yang Mereka Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan