backup og meta

Anak Dijangkiti Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut, Ikut Tip Ini Cegah & Jaga Anak HFMD

Anak Dijangkiti Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut, Ikut Tip Ini Cegah & Jaga Anak HFMD

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang kebiasaannya menyerang kanak-kanak bawah 6 tahun termasuk bayi. Walaupun penyakit ini akan sembuh sendiri, namun tanda tanda HFMD seperti kesan melepuh yang muncul pada kulit si kecil pasti membuat ibu dan ayah menjadi serba tak keruan!

Apakah punca HFMD ini berlaku dan berapa hari tempoh jangkitan HFMD? Bagaimana pula cara merawat HFMD dengan cepat ya?

Ibu, ayah jangan panik dahulu! Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar serta cara mencegah dan merawatnya dalam perkongsian Hello Doktor ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Adakah penyakit HFMD berjangkit?

Tabiat si kecil yang suka memasukkan setiap benda ke dalam mulut boleh meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).1

Penyakit yang saban tahun menular ini amat mudah berjangkit, namun masih terdapat ramai ibu bapa yang tidak begitu jelas mengenai tanda tanda HFMD dan apa yang perlu dilakukan.

Bagi membantu pemahaman ibu bapa mengenai HFMD, Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Erwin Khoo berkongsikan tiga fakta penting mengenainya bersama panduan berguna yang boleh diamalkan.

Fahami tanda tanda HFMD dan berapa hari tempoh jangkitan HFMD

HFMD adalah contoh viral exanthem, iaitu ruam atau radang pada kulit yang disebabkan jangkitan virus.2

Antara tanda tanda HFMD yang biasa terjadi adalah demam, luka di dalam mulut dan ruam yang cenderung muncul pada tangan, kaki, lutut, siku dan punggung.2

Menurut Dr Erwin, virus adalah punca HFMD dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71.

Berapa hari tempoh jangkitan HFMD?

“Virus-virus yang menjadi punca HFMD ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki. Virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, tempoh eraman biasanya antara 3 hingga 7 hari dan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu. 

Situasi tersebut menjadikan HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat, perkongsian perkakasan atau barangan mainan mahupun apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik, khususnya selepas rutin menukar lampin.3 4

tanda awal hfmd
Simptom- simptom HFMD.

HFMD sering dikaitkan dengan kanak-kanak, kerana kebanyakan kes jangkitan melibatkan si kecil di bawah usia 6 tahun. Namun hakikatnya, ia turut boleh menjangkiti individu dewasa dan boleh menularkan virus kepada yang lain.

Tiada ubat atau rawatan khusus untuk cara merawat HFMD

Dr Erwin menjelaskan lagi, walaupun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, namun tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejalanya. Cuma terdapat kaedah bagi melegakan simptom dan tanda tanda HFMD.

Berikut adalah beberapa cara merawat HFMD dengan cepat di rumah yang ibu bapa boleh cuba:4

  • Bagi mengurangkan tanda tanda HFMD seperti demam, kesakitan dan radang pada ulser mulut, anda boleh memberikan anak paracetamol atau ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Namun pastikan anda mendapat nasihat doktor pakar kanak-kanak sebelum memberikan NSAIDs kepada si kecil 5
  • Berikan anak makanan yang senang ditelan seperti sup atau bubur nasi untuk menggantikan makanan pejal yang perlu dikunyah
  • Berikan anak air minuman atau jus kesukaan bagi mencegah dehidrasi
  • Legakan ulser mulut dengan kudapan sejuk seperti aiskrim, yogurt dan agar-agar. Penggunaan ubat kumur tanpa alkohol dan gel mulut juga boleh membantu
  • Mandi dengan kerap dan lap secara lembut menggunakan tuala bagi mengelakkan lepuh daripada pecah (jika ada). Elakkan sabun mandi dan penyental kasar yang boleh merengsakan kulit
  • Jika boleh, elakkan memasang penyaman udara pada waktu malam. Ini kerana ulser mulut boleh menjadi semakin sakit disebabkan kurangnya pengeluaran air liur kerana persekitaran lebih kering
  • Sekiranya cuaca panas, gunakan alat pelembap (humidifier) atau letakkan mangkuk berisi air untuk memastikan udara sentiasa lembap

Jika rasa sakit menghalang anak berehat, dapatkan nasihat doktor mengenai penggunaan ubat penahan sakit walaupun mereka tidak demam.

Wujud risiko komplikasi jika abaikan tanda tanda HFMD

Dalam kebanyakan kes, pemulihan di rumah dengan penggunaan ubat kaunter adalah memadai untuk melegakan gejala seperti demam, ruam atau bintik-bintik merah pada tapak tangan atau kaki, mahupun ulser mulut.

tanda tanda hfmd
Contoh jangkitan HFMD.

Kata Dr Erwin, biarpun bintik tersebut tidak gatal, namun ulser di dalam mulut boleh menyakitkan dan menghalang anak daripada makan dan minum. 

“Keadaan tersebut jika dibiarkan boleh membawa kepada dehidrasi dan dalam kes serius, memerlukan rawatan perubatan,” ujar beliau lagi.

Bagaimana untuk mencegah HFMD?

Bagi mencegah penularan jangkitan HFMD ini, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti:1 6

  • Membasuh tangan dengan kerap
  • Sentiasa lap peralatan rumah dengan pembasmi kuman
  • Elakkan berkongsi makanan atau perkakasan
  • Tidak menyentuh mata atau hidung
  • Mandi selepas keluar ke tempat awam atau sesak

Bagi anak yang mempunyai tanda tanda HFMD, mereka disarankan untuk berehat di rumah bagi mencegah penyebaran jangkitan.3

Namun, langkah ekstrem seperti pengasingan anak sendirian di dalam bilik adalah agak melampau dan tidak diwajibkan kerana virus punca HFMD tidak merebak melalui udara seperti jangkitan saluran pernafasan lain.

Kepentingan membasuh tangan menggunakan sabun & menjaga kebersihan

Mencuci tangan dengan kerap dan mandi adalah antara amalan kebersihan yang digalakkan untuk melindungi diri daripada pelbagai jangkitan penyakit terutamanya HFMD.3

Walau bagaimanapun, mencuci tangan dan mandi menggunakan air sahaja tidak dapat menyingkirkan bakteria yang ada pada anggota tubuh badan anda.

Menurut kajian, mencuci tangan dengan sabun dan air dapat mengurangkan bakteria pada tangan anda sebanyak 92% berbanding mencuci dengan air sahaja yang hanya dapat menghilangkan 77% bakteria.7

Malah, mencuci tangan dengan sabun juga dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan berikut:8

  • Jangkitan saluran pernafasan akut
  • Pneumonia
  • Jangkitan neonatal
  • Masalah cirit-birit

Kini, sudah ada banyak pilihan sabun mandian yang dijual di pasaran. Sabun seperti ini juga boleh digunakan untuk mencuci tangan. Antara produk yang disyorkan adalah Krim Mandian Antibakteria Safi!

cara merawat hfmd
Krim Mandian Antibakteria Safi.

Krim Mandian Antibakteria Safi ini adalah sabun mandian yang mampu membasmi 99.9% kuman. Ia bebas daripada 10 bahan kimia yang tidak diingini, dan selamat digunakan oleh semua ahli keluarga.

Lebih menarik lagi, Krim Mandian Antibakteria Safi ini bukan sahaja dapat menghasilkan buih mewah yang mudah dibilas, malah ia dapat memberikan sensasi yang segar tanpa rasa lekit.

Krim Mandian Antibakteria Safi diuji secara dermatologi dan memberi perlindungan selama 12 jam. Oleh itu, anda seisi keluarga bebas daripada sebarang bakteria dan kotoran yang tersembunyi.

Dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang terbukti, ia adalah antara pilihan yang baik bagi anda yang mementingkan soal kesihatan dan kebersihan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Krim Mandian Antibakteria Safi, sila kunjungi laman web Safi di sini.

Perhatikan tanda tanda HFMD serius

Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom dehidrasi teruk pada anak seperti kurang kencing, mulut kering dan kurang air mata apabila menangis. Pastikan anda membawa mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.

Bawa si kecil untuk pemeriksaan doktor jika mereka mengalami tanda tanda HFMD yang serius seperti pernafasan cepat, kebingungan, mengantuk, pening-pening, leher kebas, sawan, demam melebihi 3 hari dan jika anak tidak mahu makan atau minum.

Dalam kes jarang berlaku, HFMD boleh menyebabkan meningitis virus. Sebaiknya, ibu bapa disarankan membawa anak berjumpa doktor untuk mencegah komplikasi ini.6

Kesimpulan


Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian mengenai tanda tanda HFMD, cara pencegahan dan merawatnya, berjumpalah dengan doktor segera.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hand, Foot & Mouth Disease: Parent FAQs, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/infections/Pages/Hand-Foot-and-Mouth-Disease.aspx, Accessed on June 6,2024.
  2. Clinical features of viral exanthems, https://www1.racgp.org.au/ajgp/2021/april/clinical-features-of-viral-exanthems#:~:text=Hand%2C%20foot%20and%20mouth%20disease,-The%20cause%20of&text=The%20exanthem%20begins%20as%20erythematous,disappear%20over%207%E2%80%9310%20days., Accessed on June 6,2024.
  3. Penyakit Tangan, Kaki & Mulut, http://www.myhealth.gov.my/penyakit-tangan-kaki-a-mulut-2/, Accessed on June 6,2024.
  4. Hand, Foot, and Mouth Disease, https://kidshealth.org/en/parents/hfm.html, Accessed on June 6,2024.
  5. The ABCs of HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease), https://www.imu.edu.my/imunews/the-abcs-of-hfmd-hand-foot-and-mouth-disease/#:~:text=There%20is%20No%20Cure%20or%20Specific%20Treatment%20for%20HFMD&text=7%2D10%20days.-,What%20parents%20can%20do%3A,before%20giving%20their%20child%20NSAIDs., Accessed on June 6,2024.
  6. Hand, Foot and Mouth Disease,https://www.nationwidechildrens.org/conditions/hand-foot-mouth-disease, Accessed on June 6,2024.
  7. Don’t ‘Splash and Dash’ When it Comes to Handwashing, https://extension.illinois.edu/news-releases/dont-splash-and-dash-when-it-comes-handwashing, Accessed on June 6,2024.
  8. Handwashing with soap: why should we care? https://globalhandwashing.org/handwashing-with-soap-why-should-we-care/, Accessed on June 6,2024

Versi Terbaru

31/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kasihan Tengok Anak Sakit Mulut Sebab Gusi Bengkak, Ibu Ketahui Punca & Rawatannya!

Anak Berak Berdarah? Ini 5 Punca Dan Cara Merawatnya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan