Bagaimana menjaga kebersihan diri menjadikan diri sihat?

Setiap hari, badan anda terdedah kepada pelbagai kuman sama ada di kulit atau di dalam mulut. Tambahan pula, badan anda menggugurkan kulit setiap hari.
Semua kuman dan kulit tersebut akan terkumpul jika ia tidak dibuang atau dibersihkan seterusnya berpotensi menyebabkan jangkitan.
Langkah rutin harian serta wang yang dihabiskan untuk membeli kelengkapan mandi anda termasuk sabun, pencuci muka, syampu, berus, serta ubat gigi bukanlah sekadar bertujuan membuang bau badan, apatah lagi mengikut trend tetapi paling penting ialah untuk membuang segala kotoran pada badan.
Selain itu, badan yang bersih dan wangi akan menjadikan mood anda lebih baik. Ini akan meningkatkan lagi produktiviti serta keyakinan diri.
Mood yang terganggu dan keyakinan diri yang lemah boleh menjejaskan kesihatan seseorang.