Apabila terlihat anak sering menggaru punggung, itu tanda ada masalah cacing. Jom ketahui apakah jenis cacing dalam perut bersama cara rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cacing dalam perut anak
Sebelum mengetahui jenis cacing dalam perut yang berisiko menjangkiti anak, kita fahami serba sedikit mengenai jangkitan cacing ini.
Jangkitan ini boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia, tetapi lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak.
Cacing yang berada di dalam perut ini wujud pada saluran gastrousus – dinding usus. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan tinggi dan jangkitan biasa terjadi apabila:
- Sistem imun badan lemah
- Makan daging mentah
- Penjagaan kebersihan diri lemah
- Minum air tercemar
Mengapa jangkitan cacing berbahaya?
Cacing dalam usus ini bersifat parasit – bermakna ia mengambil makan daripada hos, iaitu anak anda.
Kesannya boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, menjejaskan tumbesaran dan membawa kepada masalah lain seperti anemia, hilang selera makan, lemah, loya, sakit perut berulang, cirit-birit dan muntah.
Jangkitan tersebut juga boleh menyebabkan masalah kognitif pada kanak-kanak.
Jenis cacing dalam perut
Berikut 5 jenis cacing yang boleh menjangkiti anak anda.
Cacing benang
Threadworm atau turut dikenali sebagai cacing jarum (pinworm), merupakan jangkitan paling biasa untuk terjadi. Ia berwarna putih, nipis dengan kepanjangan antara 8-13 mm.
Jangkitan cacing ini mudah merebak kerana ia mempunyai telur mikroskopik dan berkembang di dalam tubuh anak.
Antara simptom asas jangkitan cacing jarum ini adalah:
- Kegatalan
- Kerengsaan, kegelisahan, insomnia
- Loya dan sekali-sekali mengalami sakit perut
Jenis cacing dalam perut #Cacing rambu
Jangkitan cacing rambu atau whipworm ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak atau individu tinggal di kawasan dengan tahap kebersihan yang rendah.
Di samping itu, mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas atau lembap juga berisiko untuk dijangkiti.
Simptom jangkitan ini berbeza daripada ringan hingga teruk, seperti:
- Muntah
- Sakit kepala
- Ketidakupayaan mengawal pengeluaran najis
- Cirit-birit berdarah
- Penurunan berat badan
Jenis cacing dalam perut #Cacing pita
Tapeworm atau cacing pita biasanya hidup dalam usus haiwan. Ia terjadi apabila haiwan meminum atau meragut rumput yang dicemari dengan parasit ini.
Jangkitan menular kepada manusia yang memakan daging haiwan dijangkiti yang tidak masak sepenuhnya.
Antara gejala yang boleh terjadi:
- Loya
- Lemah
- Sakit perut
- Kekurangan vitamin dan mineral
- Hilang selera atau rasa lapar secara tiba-tiba
Baca juga: