Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah jangkitan cacing jarum didiagnosis?
Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai jangkitan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan ujian tertentu akan dinasihatkan oleh doktor anda. Ujian pita adalah cara yang paling berguna untuk mendiagnosis jangkitancacing jarum. Ujian pita dijalankan dengan mengambil secebis pita perekat dan menekan kawasan yang bergam ke kulit sekitar lubang dubur. Selalunya cacing jarum akan keluar semasa pesakit tidur, anda seharusnya menjalankan ujian ini semasa bangun tidur pada waktu pagi. Jika telur tersebut ada, ia akan melekat di pita perekat. Ambil pita tersebut dan beri pada doktor anda untuk meletakkan di bawah slaid dan diperhati di bawah mikrosop untuk melihat samada ia mengandungi telur cacing jarum. Aktiviti rutin di waktu pagi, seperti mandi atau menggunakan tandas, boleh menghilangkan telur daripada kulit anda, maka keputusan ujian pita adalah paling petang sekiranya dijalankan semasa anda bangun pagi. Pihak CDC mengesyorkan supaya anda melakukan ujian pita sebanyak tiga kali, pada tiga pagi yang berturutan, untuk meningkatkan kebarangkalian untuk menjumpai telur cacing jarum.
Bagaimanakah jangkitan cacing jarum dirawat?
Untuk merawat jangkitan cacing jarum, doktor anda mungkin akan mengesyorkan ubat tersedia di kaunter pyrantel pamoate (Reese’s Pinworm Medication, Pin-X) atau mempreskripsikan ubat kepada ahli keluarga yang lain bagi mencegah jangkitan dan jangkitan semula.
Ubat yang paling biasa diberikan bagi anti parasit adalah:
- Mebendazole
- Albendazole (Albenza)
Anda mungkin mempunyai kesan sampingan kepada perut semasa rawatan diberikan, dan anda selalunya perlu mengambil sekurang-kurangnya dua dos untuk menghapuskan cacing jarum sepenuhnya.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani jangkitan cacing jarum?
Berikut adalah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin boleh membantu anda:
Membasuh di waktu pagi
Oleh kerana cacing jarum bertelur di waktu malam, membasuh kawasan dubur pada waktu pagi akan membantu mengurangkan jumlah telur cacing jarum di badan anda. Mandi juga boleh membantu mengelakkan jangkitan semula di dalam air mandian.
Menukar pakaian dalam dan cadar setiap hari
Ini membantu membuang telur cacing.
Membasuh menggunakan air panas
Membasuh cadar, pakaian malam, pakaian dalam, kain dan tuala menggunakan air panas membantu membunuh telur cacing jarum. Mengeringkan pakaian mengunakan haba yang tinggi.
Jangan menggaru
Elakkan menggaru kawasan dubur. Potong kuku anak anda bagi mengurangkan ruang untuk telur terkumpul. Elakkan menggigit kuku.
Membasuh tangan anda
Bagi mengurangkan risiko anda untuk mendapatkan jangkitan, basuh tangan anda dengan sempurna selepas membuang air besar atau menukar lampin dan sebelum makan.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen