Apabila baby kembung perut, ia adalah perkara biasa. Namun ada kalanya masalah kembung perut bayi didasari keadaan kesihatan yang memerlukan campur tangan rawatan perubatan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Apabila baby kembung perut, ia adalah perkara biasa. Namun ada kalanya masalah kembung perut bayi didasari keadaan kesihatan yang memerlukan campur tangan rawatan perubatan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Masalah kesihatan yang dimaksudkan adalah Necrotizing enterocolitis atau sebutannya nek-roh-TIE-zing en-ter-oh-coh-LIE-tis (NEC) – penyakit serius pada bayi baru lahir.
Ia terjadi apabila tisu pada usus besar (kolon) meradang. Kesannya, ia merosakkan dan membunuh beberapa tisu pada usus bayi.
NEC boleh terjadi pada mana-mana si kecil baru lahir tetapi cenderung terjadi kepada bayi pramatang atau sakit. Ini terutamanya jika bayi mempunyai berat kurang daripada 1.5kg.
Semakin kecil dan tidak cukup bulan bayi dilahirkan, risiko untuk NEC semakin tinggi.
Punca tepat mengapa masalah baby kembung perut NEC terjadi tidak diketahui secara tepat. Ia mungkin berlaku apabila darah dan oksigen ke tisu usus bayi yang belum matang tidak mencukupi.
Kaitan antara bakteria daripada persekitaran dan tisu yang belum matang dipercayai menyebabkan tubuh si kecil bertindak balas dengan keradangan.
Ini boleh membahayakan tisu dan menyebabkan ia mati. Jika keadaan ini terjadi, lubang boleh terbentuk dalam usus.
Lubang tersebut boleh mengakibatkan jangkitan teruk pada abdomen atau saluran darah bayi.
Dianggarkan hampir semua bayi – 9 daripada 10 – yang mengalami NEC merupakan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.
Keadaan ini seringkali menjejaskan bayi:
Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko bayi anda mendapat NEC.
Baby pramatang kurang matang berbanding bayi cukup bulan. Ini bermakna mereka mungkin menghadapi masalah dengan peredaran darah dan oksigen.
Tubuh mereka belum bersedia untuk pencernaan dan melawan jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko untuk mendapat NEC.
Bayi yang tidak diberikan susu ibu, juga cenderung mendapat masalah kembung perut bayi yang berpunca daripada NEC.
Susu ibu mengandungi bahan yang membantu melawan jangkitan dan membantu sel usus matang. Ia juga mudah dicerna.
Kedua-dua situasi ini boleh menyebabkan si manja lebih cenderung mengalami keadaan baby kembung perut NEC.
Apabila oksigen tidak mencukupi, tubuh akan menghantar darah dan oksigen ke otak dan jantung terlebih dahulu. Ia mengurangkan aliran darah ke saluran usus.
Ini sekali gus mengakibatkan hanya sedikit sahaja oksigen dalam darah yang sampai ke usus besar.
Bayi yang mengalami masalah jangkitan usus lebih cenderung mendapat NEC.
Setiap simptom yang dialami si manja adalah berbeza dan ia biasanya muncul selepas beberapa minggu pertama kelahiran, seperti:
Rawatan bergantung kepada tahap keterukan gejala, usia dan kesihatan umum si kecil.
NEC boleh menjadi lebih teruk dan memerlukan pembedahan. Oleh itu, penjagaan NEC memerlukan pasukan yang merangkumi pakar bedah pediatrik.
Rawatan awal boleh merangkumi:
Jika masalah kembung perut bayi disebabkan NEC teruk, si manja memerlukan:
Baca juga:
NEC boleh menyebabkan lubang terbentuk pada usus bayi dan boleh mengakibatkan bakteria usus masuk ke dinding usus dan keluar ke rongga perut.
Ia boleh menyebabkan jangkitan yang berbahaya pada usus dan sukar untuk dilawan bayi. Walaupun diberikan rawatan, masih terdapat masalah serius boleh terjadi, seperti:
Oleh sebab punca sebenar baby kembung perut NEC tidak diketahui, maka ia sukar untuk dicegah.
Namun jalan terbaik adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kelahiran pramatang.
Jika terdapat sebarang kebimbangan atau keraguan mengenai keadaan bayi kembung perut, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen