Memelihara binatang peliharaan jinak adalah pengalaman terbaik untuk kanak-kanak belajar mengenai tanggungjawab dan rasa hormat terdapat makhluk lain. Pun begitu, wujud risiko penyakit zoonotik kepada anak jika ada haiwan peliharaan di rumah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.
Haiwan peliharaan di rumah & risiko penyakit zoonotik
Semua haiwan membawa kuman, sama seperti manusia. Penyakit biasa berlaku pada haiwan peliharaan di rumah seperti distemper, canine parvovirus dan cacing jantung, tidak akan merebak kepada manusia.
Namun binatang peliharaan boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia menerusi bakteria, virus, parasit serta kulat yang boleh mengganggu sistem tubuh manusia, dikenali sebagai penyakit zoonotik.
Baca juga:
Berikut antara beberapa jenis jangkitan yang boleh ditularkan daripada haiwan peliharaan:
Haiwan peliharaan di rumah seperti kucing dan anjing
Antara jangkitan yang boleh dibawa binatang peliharaan popular ini adalah:
Jangkitan Campylobacter
Tersebar apabila binatang peliharaan membawa bakteria Campylobacter jejuni yang menyebabkan cirit-birit, sakit perut dan demam kepada anak kecil anda.
Bakteria ini mungkin wujud pada saluran usus anjing, kucing, hamster, burung dan binatang ternakan yang dijangkiti dan menular melalui sentuhan dengan najis tercemar, najis, daging tidak dimasak atau susu tidak dipasteur.
Penyakit cakaran kucing, haiwan peliharaan
Ini berlaku apabila seseorang digigit atau dicakar kucing yang dijangkiti bakteria Bartonella henselae, menyebabkan gejala seperti bengkak nodus limfatik, demam, sakit kepala dan keletihan.
Masalah kurap
Jangkitan kulit disebabkan oleh beberapa jenis kulat yang terdapat dalam tanah dan pada kulit manusia serta haiwan peliharaan di rumah.
Kurap pada kulit atau tinea corporis, biasanya berbentuk bulatan kering dan berkeruping dengan gelembung kemerahan pada bahagian luar.
Sekiranya kulit kepala terjejas, ia akan mengelupas, kemerahan dan bengkak serta membentuk tompokan botak.
Rocky Mountain spotted fever (RMSF)
Disebarkan oleh kutu yang dijangkiti bakteria Rickettsia rickettsii oleh anjing.
Antara gejala seperti demam panas, menggigil, sakit otot dan sakit kepala serta ruam yang merebak ke pergelangan tangan dan kaki, telapak tangan, tapak kaki dan batang tubuh.
Toksikariasis, penyakit zoonotik
Berpunca daripada cacing gelang parasit Toxocara, yang hidup dalam usus. Telur daripada cacing disingkirkan melalui najis haiwan ini dan mencemarkan tanah di mana kanak-kanak bermain.
Apabila anak tertelan tanah tercemar, telur menetas dalam usus dan larva akan merebak ke organ lain – dikenali sebagai migran larva viseral.
Gejala yang boleh berlaku adalah demam, batuk atau berdehit, hati membesar, ruam atau bengkak pada nodus limfatik.
Jika larva memasuki aliran darah ke mata, ia dikenali sebagai toksocariasis okular yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan yang kekal.
Toksoplasmosis
Terjadi apabila bersentuhan dengan parasit dalam najis kucing. Bagi individu sihat, jangkitan ini tidak menyebabkan gejala.
Simptom yang boleh terjadi adalah bengkak kelenjar, keletihan, sakit otot, demam, sakit tekak dan ruam.
Wanita hamil dengan jangkitan ini boleh mengalami keguguran, kelahiran pramatang, penyakit kronik dan kebutaan pada bayi yang baru lahir.
.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Gigitan kucing dan anjing
Boleh menyebabkan jangkitan dan masalah serius terutamanya jika gigitan berlaku pada muka dan tangan.
Gigitan kucing cenderung lebih teruk kerana luka tusukan lebih dalam.
Penyakit anjing gila (Rabies)
Penyakit serius ini disebabkan oleh virus yang memasuki tubuh melalui gigitan atau luka tercemar oleh air liur haiwan dijangkiti seperti anjing, kucing, rakun, kelawar, skunk dan musang.
Burung
Burung peliharaan, walaupun dijaga di dalam sangkar boleh menyebarkan penyakit:
Penyakit zoonotik, Kriptokokosis
Penyakit kulit yang dijangkiti apabila seseorang menyedut organisma terdapat pada najis burung, khususnya burung merpati dan boleh mengakibatkan radang paru-paru.
Psitakosis
Turut dikenali sebagai demam burung kakak tua, jangkitan bakteria ini boleh terjadi kesan kontak dengan najis burung atau debu yang berkumpul pada sangkarnya.
Antara simptomnya termasuk batuk, demam panas dan sakit kepala.
Peliharaan jenis reptilia dan amfibia
Reptilia seperti biawak, ular dan kura-kura atau amfibia termasuk katak dan salamander boleh menyebabkan penyakit:
Salmonelosis
Bakteria salmonelosis terdapat pada najis mereka dan menyentuh kulit, kandang serta permukaan lain yang tercemar boleh menyebabkan jangkitan.
Gejalanya adalah sakit perut, cirit-birit, muntah dan demam.
Anak kecil berisiko mendapat penyakit lebih serius termasuk dehidrasi, meningitis dan sepsis (jangkitan darah).
Haiwan peliharaan di rumah yang lain
Rodensia termasuk tikus atau hamster, juga ikan boleh menyebabkan risiko jangkitan:
Virus choriomeningitis limfositik (LCMV)
Terjadi apabila tersedut zarah daripada air kencing, najis atau air liur rodensia yang menyebabkan gejala seperti selesema – demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, mual dan muntah.
LCMV juga boleh menyebabkan meningitis (radang selaput yang mengelilingi otak dan saraf tunjang) dan ensefalitis (radang otak). Ia juga boleh merebak daripada wanita hamil ke janin.
Penyakit zoonotik Mycobacterium marinum
Berlaku apabila terdedah kepada air tercemar dalam akuarium atau kolam. Secara amnya ia jangkitan ringan dan hanya terjadi pada kulit, namun menjadi lebih kronik pada individu dengan sistem imun lemah.
Mengetahui jenis jangkitan daripada haiwan bukan bermakna anak tidak boleh memiliki haiwan peliharaan di rumah, cuma anda perlu lebih berhati-hati.