backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anak Demam? Sebelum Bagi Ubat Punggung, Ini Perkara Yang Perlu Ibu Ayah Faham!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 4 minggu lalu

Anak Demam? Sebelum Bagi Ubat Punggung, Ini Perkara Yang Perlu Ibu Ayah Faham!

Adakah semua jenis ubat punggung seperti diclofenac dan paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak? Kalau anda ingin mengetahui apakah kesan sampingan yang boleh terjadi, teruskan membaca perkongsian artikel ini.Ā 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pemberian ubat punggung diclofenac

Terdapat pelbagai jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori ini ā€“ seperti diclofenac, paracetamol dan pelbagai lagi.

Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung ā€“ rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.

Ubat diclofenac ini diberikan 2x sehari ā€“ sebaiknya 1 pada waktu pagi dan 1 sebelum tidur. Jarak masa pemberian kedua-duanya haruslah antara 10-12 jam. Waktu yang tidak tepat mungkin akan buat ubat bontot tak berkesan.

Anak yang diberikan ubat ini harus mengambil lebih banyak cecair seperti air masak. Ini kerana jika mereka mengalami dehidrasi ā€“ tidak cukup air di dalam badan ā€“ diclofenac boleh menjejaskan buah pinggang mereka.

Antiradang bukan steroid (NSAIDs)

Diclofenac diklasifikasikan sebagai ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs).Ā 

ubat punggung
Ubat yang perlu dimasukkan dari lubang dubur.

Ubat ini biasanya digunakan untuk menguruskan kesakitan dan keradangan (bengkak dan kemerahan) yang berkaitan dengan beberapa jenis arthritis seperti rheumatoid arthritis dan gangguan muskuloskeletal lain.Ā 

NSAIDs juga digunakan untuk merawat keadaan bukan keradangan seperti migrain, senggugut dan sakit selepas pembedahan serta untuk mengurangkan demam.Ā 

Tetapi harus diingatkan, sekiranya terdapat keperluan untuk memberikan si kecil ubat disebabkan demam, jangan memberikannya ubat NSAIDs, sebaliknya berikan paracetamol.

NSAIDs lain yang digunakan

Selain ubat punggung diclofenac, beberapa jenis NSAIDs yang biasa digunakan adalah termasuk:
  • Aspirin
  • IbuprofenĀ 
  • Naproxen
  • CelecoxibĀ 

Kesan sampingan NSAIDs

ubat
Cara simpan ubat yang betul.

Walaupun NSAIDs berkesan dalam melegakan kesakitan, demam dan keradangan, tetapi ia boleh menyebabkan kesan sampingan tidak diingini.

Antara kesan sampingan NSAIDs pada sistem gastrousus yang biasa terjadi adalah seperti senak, sakit perut ā€“ termasuk loya atau rasa mual ā€“ atau ketidakselesaan perut.

Ubat NSAIDs juga boleh mengakibatkan ulser dan pendarahan dalam perut serta bahagian lain dalam saluran usus.

Kesan sampingan biasa NSAID yang lain termasuk:

  • Peningkatan enzim hati ā€“ lebih kerap dikaitkan diclofenacĀ 
  • Cirit-biritĀ 
  • Sakit kepala
  • PeningĀ 
  • Pengekalan garam dan cecair
  • Tekanan darah tinggi

Kesan sampingan yang jarang berlaku seperti:

  • Ulser esofagus
  • Kerengsaan rektum, jika ubat supositori digunakan
  • Kegagalan jantung
  • Hiperkalemia ā€“ paras kalium yang tinggi dalam darah
  • Fungsi buah pinggang berkurangan
  • KekeliruanĀ 
  • Kesukaran bernafas
  • RuamĀ 
  • Kerengsaan kulit, kemerahan, gatal-gatal atau ruam, jika produk kulit digunakan

Ubat supositori paracetamol

Ubat punggung paracetamol pula tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil ubat penghilang rasa sakit ā€“ analgesik.

Supositori paracetamol digunakan untuk merawat kesakitan dan suhu badan tinggi (demam) bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun.

Ia boleh digunakan pada kanak-kanak yang sukar untuk mengambil paracetamol dalam bentuk tablet atau sirap. Anda perlu berbincang dengan doktor untuk tahu ubat bontot bahaya atau tidak.

Kesan sampingan ubat punggung paracetamol

Seperti semua ubat, pengambilan paracetamol juga boleh boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidak semua kanak-kanak akan mengalaminya.

Hentikan pemberian ubat supositori paracetamol kepada anak dan bawa mereka untuk pemeriksaan doktor jika anda mengesan sebarang tindak balas alahan.

Tanda-tanda tindak balas alahan termasuk ruam, masalah menelan atau pernafasan, bengkak pada bibir, muka, tekak atau lidah.

ubat punggung
Cara memasukkan ubat pada punggung kanak-kanak.Ā 

Cara pemberian ubat punggung

Buat ibu-ibu yang tidak pernah menggunakan ubat punggung, pastinya akan tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk memberikan anak ubat, betul tak?

Usah risau, ini cara masukkan ubat bontot:

  • Perut anak perlu kosong apabila anda ingin memberi mereka ubat ini. Jika si kecil perlu pergi ke tandas, pastikan mereka melakukannya sebelum anda memberi supositori
  • Proses memasukkan ubat ini lebih mudah jika anak berbaring secara mengiring dan lutut dibengkokkan
  • Pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mengupas pembalut untuk mengeluarkan ubat. Jangan buka supositori sebelum digunakan
  • Tolak secara perlahan-lahan ke dalam rektum anak melalui bahagian hujung runcing dahulu. Untuk memudahkan proses memasukkan supositori, anda boleh memanaskannya sedikit di antara kedua tangan terlebih dahulu
  • Pastikan anak berada dalam keadaan diam dan bertenang, 1-2 minit, selepas dimasukkan ubat. Kemudian basuhkan tangan andaĀ 

Sebaiknya sebelum memberikan anak ubat punggung atau sebarang ubatan lain, anda disaran untuk mendapatkan nasihat dan rundingan doktor terlebih dahulu.

Ini sangat penting bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini. Jadi, ketahuilah berapa kali boleh bagi ubat bontot ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa Ā· Disemak pada 4 minggu lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan