backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anak Demam Panas? Ibu, Cuba 7 Petua Tradisional Ini, Mujarab!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2023

Anak Demam Panas? Ibu, Cuba 7 Petua Tradisional Ini, Mujarab!

Selain pemberian ubat, terdapat pelbagai petua hilangkan demam panas anak yang boleh dicuba. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui petua anak demam.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Fakta mengenai demam pada anak

Sebelum kita mengetahui apakah antara petua hilangkan demam panas anak, jom fahami secara ringkas mengenai demam ini.

Kita pastinya berasa bimbang apabila suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding biasa. Namun ukuran suhu bukanlah petunjuk terbaik menentukan sama ada keadaan demam itu membimbangkan atau tidak.

Sebagai ibu bapa, anda perlu memerhatikan tahap keselesaan anak. Jika mereka demam ringan dan masih aktif, ia mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

Pun begitu, amat penting untuk memantau pengambilan makanan dan cecair serta corak kencing mereka semasa demam. Jika ia masih biasa, tidak perlu panik atau tergesa-gesa untuk membawa mereka berjumpa pakar pediatrik.

Ada sesetengah parents lebih gemar mengamalkan petua rawat anak demam berbanding penggunaan ubat moden. Ia pilihan baik yang dapat membantu membina imuniti badan si kecil untuk melawan jangkitan.

petua hilangkan demam panas anak

Mencuba petua anak demam

Umumnya, terdapat banyak petua hilangkan demam panas anak yang boleh dicuba. Namun terdapat beberapa keadaan anda harus membawa si kecil mendapatkan pemeriksaan doktor, seperti:

  • Anak berusia bawah tiga bulan dan suhu badannya 38˚C atau lebih tinggi 
  • Berusia lebih daripada tiga bulan dan mempunyai suhu:
    • 40˚C dan ke atas
    • Lebih 38.9˚C selama dua hari atau berlanjutan
    • Telah mencuba untuk meredakan suhu tetapi tidak berjaya
  • Pada sebarang usia, mengalami demam dan:
    • Tampak sangat sakit, cerewet atau terlalu mengantuk
    • Tidak makan atau minum dan menunjukkan tanda dehidrasi – mulut kering, mata cekung, air kencing gelap, lampin kering atau langsung tidak kencing
    • Kebas leher, sakit kepala, sakit tekak, terlalu sakit perut, muntah atau cirit-birit
    • Ruam luar biasa
    • Berada di tempat yang sangat panas
    • Mempunyai masalah sistem imun punca kecenderungan untuk sakit seperti penyakit sel sabit atau kanser, mahupun pengambilan ubat yang melemahkan sistem pertahanan

Petua hilangkan demam panas anak

Berikut beberapa petua dan tip yang boleh anda cuba dalam membantu meredakan ketidakselesaan pada si kecil:

Menggosok bawang merah

Petua anak demam guna bawang merah dipercayai menjadi amalan masyarakat India. 

Bawang merah dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan suhu badan tetapi juga melegakan kesakitan badan semasa demam.

Potong nipis bawang merah dan gosokkan 2-3 keping pada kaki anak selama beberapa minit. Ulang proses ini 2x sehari untuk mengurangkan demam.

Mandian halia, antara petua hilangkan demam panas anak

Halia dipercayai berfungsi membunuh bakteria punca demam pada anak. Ia turut menyebabkan anak berpeluh dan seterusnya membantu mengeluarkan haba badan dan toksin.

Masukkan dua sudu besar serbuk halia ke dalam tab mandian anak yang berisi air suam. Kacau sebati. Semasa mandi elakkan air campuran daripada terkena mata si kecil.

Baca juga:

Petua hilangkan demam panas anak #Lap badan

Mengelap badan anak dengan kerap juga dapat membantu meredakan suhu badan mereka. Sebaiknya gunakan air suam.

Basahkan kepala dan lapkan seluruh badan si kecil termasuklah celah ketiak, bawah leher, celah paha dan tapak kaki.

Madu & lemon

Bancuhan madu bersama air panas dan perahan lemon merupakan antara petua turun suhu anak demam. Pastikan air suam atau sudah sejuk sebelum diberikan kepada mereka.

Anda juga boleh memberikan anak madu. Dos yang disyorkan adalah:

  • 1-5 tahun: ½ sudu teh
  • 6-11 tahun: 1 sudu teh
  • 12 tahun ke atas: 2 sudu teh

Jangan sesekali memberikan madu kepada bayi di bawah usia setahun. Ia berisiko menyebabkan mereka mengalami botulisme – penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan maut.

Minum air, antara petua hilangkan demam panas anak

petua hilangkan demam panas anak

Pengambilan cecair seperti air dan jus adalah penting bagi memastikan anak kekal terhidrat. Jus buah-buahan, air glukosa, susu, air barli dan air kelapa dapat meningkatkan tahap tenaga badan.

Bayi baru lahir yang menyusu badan, perlu diberikan susu setiap 10 minit. Jika mereka menyusu botol, tambahkan bilangan penyusuan bagi mengimbangi kehilangan cecair daripada badan. Sekurang-kurangnya tambahan 30ml diperlukan pada setiap sesi penyusuan.

Anak berusia setahun mungkin memerlukan sehingga 90ml tambahan pada setiap penyusuan. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian jumlah tambahan yang diperlukan si kecil. Ini kerana ia berbeza berdasarkan usia dan berat bayi.

Pakaian nipis

Semasa demam, pastikan anak memakai pakaian nipis bagi memudahkan proses pengeluaran haba badan. Pakaian tebal hanya akan memburukkan demam kerana memerangkap haba. Jika anak menggigil, berikan mereka selimut.

Lendir daun bunga raya

petua hilangkan demam panas anak

Anda juga boleh mencuba cara tradisional hilangkan demam bayi dan kanak-kanak ini.

Jika suhu badannya masih tinggi, pada waktu pagi, petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Potong kecil-kecil daun tersebut, ditapis dan diambil lendirnya.

Melumurkan lendir bunga raya pada tubuh anak dipercayai dapat membantu menurunkan suhu badan yang panas.

Anda boleh mencuba petua anak demam yang dikongsikan di atas. Tetapi sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dengan keadaan si kecil, bawalah mereka untuk pemeriksaan segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan