backup og meta

Elak Anak Mudah Sakit, Buat 5 Cara Ini Untuk Tingkatkan Imun Mereka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/10/2023

    Elak Anak Mudah Sakit, Buat 5 Cara Ini Untuk Tingkatkan Imun Mereka!

    Kanak-kanak merupakan antara golongan yang rentan atau mudah mendapat jangkitan penyakit. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu sentiasa bersedia memastikan anak lebih sihat dan kuat sepanjang masa. Salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah dengan meningkatkan imuniti tubuh mereka. Apakah cara tingkatkan imun badan kanak kanak ini?

    Ada 5 perkara penting atau cara tingkatkan imun badan anak yang boleh ibu bapa lakukan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

    Mengapa penting untuk kukuhkan imuniti anak?

    Kesihatan adalah harta yang paling berharga, terutamanya apabila ia melibatkan anak-anak kita. 

    Sebagai ibu bapa, salah satu kebimbangan utama adalah bagaimana untuk memastikan anak mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat bagi melawan penyakit. 

    Oleh sebab itu, amat penting untuk ibu bapa mencari cara bagi menguatkan imuniti anak-anak. 

    Sistem imun adalah pertahanan pertama tubuh terhadap penyakit. 

    Anak-anak yang mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat berisiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan dan penyakit. 

    Selain itu, mereka juga akan pulih dengan lebih cepat jika mendapat jangkitan atau jatuh sakit.

    5 cara tingkatkan imun badan kanak kanak

    cara tingkatkan imun badan

    Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan imuniti tubuh si manja anda. 

    5 cara tingkatkan imun badan di bawah ini adalah antara yang paling utama:

    #1. Berikan anak lebih banyak buah-buahan dan sayuran

    Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja dapat menghentikan perkembangan penyakit, tetapi juga dapat menyembuhkan banyak penyakit dan meningkatkan sistem imun badan 1

    Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan buah dan sayuran dapat memberikan perlindungan kepada sistem imun kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah 2

    Selain itu, vitamin E yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur juga dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, dan meningkatkan fungsi imun setelah kanak-kanak membesar kelak 3.

    #2. Cara tingkatkan imun badan anak: Pastikan tidur mereka mencukupi

    Tidur yang mencukupi juga sebenarnya boleh memberikan kesan terhadap peningkatan imun tubuh manusia. 

    Banyak kajian telah menunjukkan perkaitan antara jumlah tidur yang mencukupi dengan peningkatan fungsi imun. 

    Antaranya, kajian pada tahun 2012 ada menyatakan bahawa tidur dikaitkan dengan fungsi imun manusia 4

    Selain itu, tidur yang mencukupi juga diperlukan untuk mengekalkan integriti sistem neuro-imun-endokrin dalam tubuh 5.

    #3. Bekalkan anak dengan makanan dan minuman berkhasiat

    Makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompleks, lemak sihat serta buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan imuniti anak. 

    Selain itu, minuman seperti susu juga sangat penting sebagai cara tingkatkan imun badan anak. 

    Ini kerana, susu boleh membekalkan keperluan kalsium yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang serta gigi kanak-kanak. 

    makanan tingkatkan antibodi

    Susu Friso Gold 3 khususnya, adalah pilihan yang baik untuk anak anda. 

    Ini kerana selain kaya dengan kalsium, susu ini juga mengandungi galacto-oligosaccharide (GOS), nukleotida dan bifido lactis yang bermanfaat untuk usus anak anda. 

    GOS telah terbukti mampu mengurangkan pembiakan bakteria E. coli 0157 dengan meningkatkan fungsi penghalang usus, melegakan keradangan serta menggalakkan pertumbuhan probiotik 6

    Usus yang sihat sangat penting untuk penyerapan nutrien utama dan sistem pertahanan yang kuat. 

    Menariknya, Susu Friso Gold 3 diperbuat daripada NOVAS Signature Milk yang mempunyai saiz molekul kecil serta lembut. Ini menjadikan ia mudah dihadam dan diserap oleh sistem penghadaman anak anda. 

    Tambahan pula, ia diproses dengan menggunakan teknologi LocNutri dan ini mengekalkan 90% nutrien dalam setiap gelas susu Friso Gold.

    Friso Gold juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin, mineral, DHA, Omega dan lain-lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

    Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini

    #4. Ajak anak melakukan senaman atau aktiviti fizikal

    Anak-anak juga perlu dididik untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat sepanjang masa. 

    Salah satunya adalah menerusi penglibatan dalam senaman atau aktiviti fizikal yang lain. 

    Kajian ada menunjukkan, aktiviti fizikal yang tinggi pada kanak-kanak kecil dilihat mempunyai kesan positif pada sistem imun mereka dengan mengubah aktiviti imun yang disebabkan oleh autoantigen 7

    Malah, senaman ringkas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga boleh menggerakkan peredaran sel-sel imun dalam tubuh mereka dengan kuat 8

    #5. Cara tingkatkan imun badan anak: Biasakan anak mencuci tangan

    cara tingkatkan imun badan

    Mengajar anak anda tentang kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan betul juga amat penting. 

    Ini kerana, tabiat seperti mencuci tangan sebelum makan boleh mengurangkan risiko mereka daripada terdedah kepada kuman yang berada di sekeliling. 

    Oleh sebab itu, di sekolah biasanya anak-anak akan diajar cara mencuci tangan.

    Program seperti ini boleh mengurangkan penyakit berjangkit akut (gastrousus) dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah 9

    Selain itu, amalan mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak tadika dan penjaga mereka mempunyai kesan perlindungan yang ketara terhadap jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam komuniti 10

    Kesimpulan 

    Meningkatkan sistem imun anak adalah salah satu langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh setiap ibu bapa untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak. 

    Dengan pemakanan yang betul, tidur yang cukup dan kebersihan yang baik, anda boleh memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan kuat. 

    Jangan lupa, susu berkhasiat seperti Friso Gold 3 boleh membantu dalam usaha anda untuk memberikan yang terbaik kepada si kecil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan