backup og meta

Si Kecil Lambat Bercakap? Ibu, Ini 7 Cara Potty Train Anak Speech Delay, Berkesan!

Si Kecil Lambat Bercakap? Ibu, Ini 7 Cara Potty Train Anak Speech Delay, Berkesan!

Semasa anak mula belajar untuk menggunakan bilik air, mereka juga akan mempelajari perbendaharaan kata yang berkaitan dengan latihan tandas atau potty train. Tetapi bagaimana cara potty training anak speech delay, ya?

Usah bimbang wahai ibu ayah sekalian, Hello Doktor akan kongsikan cara potty train anak dengan masalah kelewatan pertuturan ini.  

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Cara potty training anak speech delay

Latihan tandas adalah fasa yang harus dilalui oleh setiap ibu bapa. Tetapi adakah proses ini menjadi lebih sukar jika si kecil mempunyai masalah lewat pertuturan?

Seperkara yang perlu anda fahami, latihan tandas bagi anak dengan kelewatan pertuturan mungkin berlaku lewat sedikit berbanding kanak-kanak tanpa masalah ini.

Biasanya apabila seorang kanak-kanak belajar menggunakan tandas, dalam masa yang sama mereka turut akan belajar perkataan berkaitan dengan keperluan untuk ke bilik air.

Namun bagi anak dengan speech delay, si kecil mungkin tidak dapat memberitahu anda bila mereka perlu ke tandas atau apabila ‘terbabas’ – kencing di dalam seluar.

Anak mungkin tidak dapat menyatakan secara lisan, tetapi hakikatnya mereka akan tetap memberitahu anda dengan cara yang tersendiri – menggunakan bahasa isyarat bukan lisan.

Berikut antara cara potty train anak lewat pertuturan yang boleh dijadikan panduan parents di luar sana:

Gunakan carta penilaian sebagai cara potty training anak speech delay

cara potty training anak speech delay
Tetapkan jadual untuk potty training anak.

Melengkapkan cara penilaian pergerakan usus adalah tip berguna untuk mengetahui sama ada anak bersedia secara fizikal untuk memulakan latihan tandas atau tidak.

Jika anak suka menyampaikan keinginan diri mereka, adalah sukar bagi anda menentukan kesediaan anak untuk potty training. 

Dengan mengetahui kekerapan mereka membuang air kecil, anda boleh memulakan rutin ke tandas berdasarkan maklumat yang terkumpul.

Cara melatih anak potty training dengan membuat jadual tandas

Sediakan jadual untuk anak menggunakan bilik air. Sebagai contoh situasi, sesudah anak selesai makan dan minum, bawa mereka ke bilik selepas 45 minit. Jika tidak berlaku apa-apa, ulang pergi ke tandas selang beberapa minit. 

Pastikan anda konsisten dengan jadual yang ditetapkan ini. Sekiranya anak terbabas kencing, bawa mereka ke bilik air secepat mungkin dan cuba pastikan si kecil tetap menghabiskan proses membuang air di dalam tandas.

Ajar anak memakai seluar dalam

Salah satu tip penting dalam cara potty train anak adalah dengan menggalakkan si kecil untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin. 

Kedengaran menakutkan, betul tak? Apatah lagi jika si kecil masih belum mampu ke tandas dengan sendiri.

Tetapi percayalah, membiarkan anak terus memakai lampin akan menyebabkan mereka mungkin tidak menyedari telah membuang air kecil.

Jadi jika mereka telah dipakaikan seluar dalam, ia boleh membantu mengaitkan keadaan kencing dalam seluar dengan ketidakselesaan kerana kebasahan yang dirasai.

Cara potty training anak speech delay #Gunakan petunjuk lisan dan visual

cara potty training anak speech delay
Melatih anak potty training dengan buku cerita.

Ajari anak untuk menggunakan petunjuk visual seperti foto, lukisan gambar atau imej mahupun tanda, bunyi dan perkataan secara konsisten apabila ingin ke tandas.

Cara ini dapat membantu si kecil mengikuti rutin baharu dan menjadikan mereka lebih mudah untuk diramal.

Penggunaan bahasa isyarat untuk perkataan dan frasa yang menunjukkan tandas juga boleh membantu mengukuhkan pembelajaran pertuturan mereka. 

Persekitaran tandas, penting dalam cara potty training anak speech delay

Amat penting untuk anak berasa tenang, selesa dan selamat semasa dalam latihan tandas. 

Sekiranya anda terus memulakan latihan dengan menggunakan tandas biasa, sediakan footstool dan children toilet seat untuk membantu anak berasa lebih yakin dan selamat.

Penggunaan bangku kaki ini akan memberi sokongan tambahan pada kaki, sekali gus membolehkan anak mendapat posisi yang selesa untuk kencing dan membuang air besar.

Pujian buat anak

Terbabas kencing dalam seluar adalah perkara normal untuk berlaku kepada semua kanak-kanak semasa dalam fasa latihan tandas. 

Bahkan mungkin anda akan berdepan kes terbabas kencing lebih banyak berbanding ibu bapa lain. Tetapi percayalah, lama-kelamaan anda akan dapat memahami isyarat bukan lisannya.

Paling penting, jangan memarahi anak kerana ia akan memberikan kesan tidak baik kepada proses latihan atau keyakinan dirinya. Perkara yang terjadi bukanlah disengajakan. Sebaliknya, berikan pujian atau kata-kata semangat kepada anak untuk tidak berputus asa.
cara potty training anak speech delay
Pujian ibu dan ayah untuk anak-anak.

7. Persediaan diri sendiri

Bukan sahaja anak perlu bersedia untuk memulakan latihan tandas, anda juga perlu mempersiapkan diri. Ini kerana anda perlu mempunyai kesabaran yang tinggi semasa mencuba cara potty training anak speech delay.

Kesimpulan 

Fahamilah, proses latihan tandas untuk si kecil speech delay mungkin mengambil masa lebih lama. 

Usah gusar jika usia anak juga lebih tua berbanding umur purata kanak-kanak lain semasa memulakan potty training. Ini penting untuk memastikan mereka dapat memahami dan mengawal sistem tubuh serta boleh memaklumkan kepada anda keperluan ke tandas.

Cara potty training anak speech delay ini bukan sahaja mengajar si kecil mengenai keperluan ke tandas, tetapi dalam masa yang sama ia juga satu usaha untuk mengembangkan kemahiran pertuturan, bahasa dan komunikasinya.

Semoga perkongsian artikel ini membawa manfaat buat anda dan selamat mencuba!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Toilet Training. https://kidshealth.org/en/parents/toilet-teaching.html, Accessed on July 25, 2022
  2. Potty Training Children with Special Needs. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/toilet-training/Pages/Toilet-Training-Children-with-Special-Needs.aspx, Accessed on July 25, 2022
  3. My Child Is A Late Talker And Not Potty Trained Yet -Help! https://pursuitofresearch.org/2012/07/09/my-child-is-a-late-talker-and-not-potty-trained-yet-help/, Accessed on July 25, 2022
  4. Delayed Speech or Language Development. https://kidshealth.org/en/parents/not-talk.html, Accessed on July 25, 2022 
  5. Seven toilet training tips that help nonverbal kids with autism. https://www.autismspeaks.org/expert-opinion/seven-toilet-training-tips-help-nonverbal-kids-autism, Accessed on July 25, 2022

 

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jika Anak Autisme Sering Dibuli Adik-Beradik, Ini Tindakan Yang Perlu Ibu Ayah Buat!

Tulisan Cakar Ayam Petanda Awal Anak Alami ADHD? Ibu Ayah Kena Pantau Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan