backup og meta

Ini 7 Kesilapan Yang Mak Ayah Selalu Buat Sewaktu Latih Anak Ke Tandas!

Ini 7 Kesilapan Yang Mak Ayah Selalu Buat Sewaktu Latih Anak Ke Tandas!

Untuk ibu-ibu muda, potty train anak boleh menjadi satu pengalaman yang agak sukar dan cenderung berakhir dengan kegagalan disebabkan beberapa kesilapan. Terdapat beberapa tips potty train anak yang mungkin tidak tepat, perlu ibu bapa hindari agar ia tidak lagi menjadi kesilapan berulang.

Berikut merupakan tujuh kesilapan yang sering dilakukan ketika proses potty training

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Potty train anak bukan satu tugas mudah!

Melatih anak ke tandas boleh menjadi satu pengalaman try and error bagi kedua-dua ibu bapa dan juga anak.

Proses pembelajaran ke tandas ini tidak semestinya boleh diikuti dengan satu atau dua petua sahaja.

Ada tips potty train anak yang boleh digunakan, dan ada juga tip yang mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan anak anda.

Oleh sebab itu, anda mungkin akan melalui berbagai-bagai perkara atau kejadian sepanjang melatih anak ke tandas.

Anda juga mungkin akan mengambil tempoh masa yang lebih panjang berbanding ibu bapa lain untuk melatih anak menggunakan tandas.

Namun, sesukar mana pun perjalanan tersebut, anda perlu sentiasa menyokong si cilik anda agar mereka boleh belajar dengan baik dan teratur.

Oleh itu, tugas melatih anak ke tandas bukanlah satu perkara yang mudah.

7 kesilapan sering berlaku ketika latih anak ke tandas

Ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk mengurus diri seperti tatacara menggunakan tandas.
Ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk mengurus diri seperti tatacara menggunakan tandas.

Untuk memastikan proses mengajar anak ke tandas ini berjalan lancar, anda perlu mengelakkan diri daripada melakukan beberapa kesilapan sewaktu mengajar mereka.

Berikut adalah tujuh kesilapan yang sering berlaku yang perlu anda hindari:

#1. Latih ketika anak tidak bersedia

Pastikan anak anda sudah bersedia untuk menggunakan tandas sebelum anda memulakan latihan.

Antara tanda-tanda anak sudah bersedia ialah seperti mereka dapat menyampaikan kehendak mereka, menunjukkan minat terhadap kebebasan menggunakan tandas, dan keupayaan untuk mengendalikan keperluan fizikal seperti memakai pakaian sendiri.

Jika anda mengesyaki anak mungkin tidak bersedia, berikan mereka tempoh selama beberapa minggu atau bulan sebelum mencuba lagi.

#2. Melatih anak sewaktu anak sedang stres

Elakkan melatih anak ke tandas ketika anak anda sedang beremosi atau stres.

Keadaan beremosi atau stres hanya akan menyebabkan situasi menjadi lebih buruk jika anda terus memaksa mereka berlatih menggunakan tandas.

Tips potty train anak: biarkan emosi anak anda reda dahulu sebelum kembali membuat latihan. 

#3. Tetapkan tarikh akhir

Anda perlu tahu bahawa kanak-kanak berlatih menggunakan tandas pada kadar dan umur yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak mungkin akan belajar sebelum berumur 18 bulan.

Namun ramai kanak-kanak yang mengambil masa antara satu hingga beberapa tahun lagi sehinggalah mereka bersedia.

Malah ada juga kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran ke tandas ini sehinggalah mereka masuk ke tadika.

Jadi, jangan sesekali tetapkan tarikh akhir untuk anak belajar ke tandas. 

[embed-health-tool-vaccination-tool]

#4. Marah anak jika tersilap

Ada masanya akan berlaku insiden yang tidak diingini sewaktu potty train anak.

Antaranya ialah seperti terkencing dalam seluar, terbuang air di atas lantai dan sebagainya.

Tips "potty training" bagi anak anda.
Tips “potty training” bagi anak anda.

Anda tidak boleh memarahi anak anda kerana mereka hanyalah anak kecil yang masih dalam proses pembelajaran.

Anggaplah ia sebagai satu cabaran yang boleh dijangka dan teruskan belajar daripada kejadian tersebut. 

#5. Pakaikan pakaian yang sukar dibuka untuk anak

Sewaktu melatih anak menggunakan tandas, jangan pakaikan anak dengan pakaian yang sukar dibuka.

Cukup sekadar pakaian yang mudah ditanggal dan dipakai semula oleh si anak.

Anak anda tidak cukup terlatih untuk membuka zip atau butang yang banyak pada baju mereka.

Oleh itu, cukup sarungkan anak dengan pakaian yang hanya menggunakan getah pakaian. 

#6. Anggap anak sudah tidak kencing malam sewaktu latihan tandas

Ramai ibu bapa yang menganggap bahawa anak tidak akan kencing malam lagi apabila sudah berada dalam fasa latihan ke tandas.

Walaupun anak anda sedang berlatih, tidak bermakna mereka akan terus pandai menahan kencing ketika tidur.

Perlu diingat, kanak-kanak masih tidak mampu mengawal pundi kencing mereka dan tidak tahu bila mereka perlu bangun tidur untuk pergi ke tandas membuang air.

#7. Terlalu ikutkan ibu bapa lain

Ibu bapa perlu bijak dalam mengendalikan emosi anak semasa "potty training".
Ibu bapa perlu bijak dalam mengendalikan emosi anak semasa “potty training”.

Apabila melihat kejayaan kanak-kanak lain menggunakan tandas pada umur yang masih kecil, akan mula timbul satu keinginan untuk potty train anak secara paksa.

Hal ini dianggap sebagai satu tekanan luaran yang diterima daripada rakan ibu bapa yang lain, guru, dan juga ahli keluarga terdekat.

Perlu diingat, anda tidak boleh mengikut rentak dan cara ibu bapa lain 100% ketika melatih anak ke tandas. Sesetengah cara mungkin tidak sesuai dengan situasi anak anda. 

Kesimpulan

Setiap anak dilahirkan dengan keadaan dan kemampuan yang berbeza.

Oleh itu, proses mengajar atau melatih anak ke tandas juga perlulah mengikut fasa dan kebolehan anak anda.

Tiada satu kaedah atau langkah yang sesuai untuk diguna pakai oleh semua kanak-kanak.

Anda boleh mencuba segala tip yang dicadangkan, namun pastikan ia sesuai dan boleh diikuti oleh anak anda. Hanya ibu bapa yang mengenal anak-anak mereka sendiri!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Toilet Training. https://kidshealth.org/en/parents/toilet-teaching.html. Accessed on July 19, 2022. 

Potty Training: Learning to the Use the Toilet. https://www.zerotothree.org/resources/266-potty-training-learning-to-the-use-the-toilet. Accessed on July 19, 2022.

Potty training: How to get the job done. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/potty-training/art-20045230. Accessed on July 19, 2022.

Potty Training Your Child. https://www.seattlechildrens.org/health-safety/keeping-kids-healthy/development/toliet-potty-training/. Accessed on July 19, 2022.

Bedwetting in Children & Teens: Nocturnal Enuresis. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/genitourinary-tract/Pages/Nocturnal-Enuresis-in-Teens.aspx. Accessed on July 19, 2022.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak

Baby 7 Bulan Sudah Diajar Pegang Makanan, Ibu Ini Guna 5 Tip Latih Anak Makan Sendiri!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan