Tulisan tangan yang kurang cantik boleh buatkan anak anda hilang keyakinan di sekolah
Akibat daripada hal ini, guru di sekolah mungkin melabelkan kerja mereka sebagai satu kerja yang comot atau tidak kemas.
Rakan-rakannya yang lain juga mungkin akan mengejek mereka terutamanya jika melibatkan kerja berkumpulan.
Pengalaman seperti ini mungkin akan menimbulkan perasaan kecewa dan rendah diri, yang boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi anak anda di sekolah dan di kawasan lain.
Selain itu, mereka mungkin mula mengelak daripada melakukan tugasan yang memerlukan banyak tulisan tangan.
Sekiranya anak anda mengalami banyak masalah dengan tulisan tangan mereka, bawalah si kecil untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.
Ini mungkin merupakan tanda ADHD atau gangguan lain.
Sekiranya anak anda telah didiagnosis dengan ADHD, tanyakan kepada pakar psikiatri mengenai strategi rawatan dan latihan yang mungkin dapat membantu mereka menulis dengan lebih mudah dan jelas.
Bolehkah tulisan tangan yang buruk akibat ADHD ini dirawat?

Sekiranya anak anda didiagnosis mempunyai ADHD, pakar psikiatri biasanya akan mengesyorkan rancangan rawatan.
Ia mungkin melibatkan kombinasi obat, terapi tingkah laku, kaunseling, dan perubahan gaya hidup.
Beberapa rawatan dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis tangan mereka, serta gejala ADHD yang lain.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Attention Disorders menunjukkan, ubat perangsang mungkin dapat membantu meningkatkan tulisan tangan yang lebih baik dan cepat dalam kalangan kanak-kanak ADHD.
Tetapi kajian turut menyatakan bahawa pengambilan ubat sahaja tidak mencukupi. Kanak-kanak yang mempunyai tulisan tangan yang lemah pada awal kajian terus mengalami masalah yang sama pada akhirnya.
Dengan kata lain, tulisan tangan mereka menjadi lebih baik melalui pengambilan ubat-ubatan, tetapi masih ada ruang untuk mereka memperbaikinya.
Satu lagi kajian dalam jurnal CNS & Neurological Disorders telah mengkaji kesan ubat-ubatan dan latihan kemahiran motor pada kanak-kanak dengan ADHD.
Kanak-kanak yang mendapat latihan kemahiran motor sahaja, atau bersama dengan ubat-ubatan, menunjukkan peningkatan dalam kemahiran motor kasar dan halus mereka.
Sebaliknya, mereka yang menerima ubat sahaja tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Latihan kemahiran motor khas, dengan atau tanpa ubat, dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran tulisan tangan yang lebih baik.
Kesimpulan
Jika anak anda mempunyai tulisan tangan yang boleh dianggap sebagai tulisan buruk, bawa mereka untuk berjumpa pakar psikiatri untuk memastikan sama ada mereka mempunyai gangguan ADHD atau tidak.
Jika ada, mulakan pelan rawatan yang boleh membantu anak anda untuk memperbaiki tulisan tangan mereka ke arah yang lebih baik.