backup og meta

Jika Anak Autisme Sering Dibuli Adik-Beradik, Ini Tindakan Yang Perlu Ibu Ayah Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

    Jika Anak Autisme Sering Dibuli Adik-Beradik, Ini Tindakan Yang Perlu Ibu Ayah Buat!

    Gejala buli boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja kerana ia merupakan satu masalah sosial yang sukar untuk dibendung.

    Lebih mengejutkan, ia juga biasa terjadi dalam kalangan institusi kekeluargaan terutamanya buat mereka yang bergelar adik-beradik.

    Lebih membimbangkan lagi, isu buli juga boleh berlaku pada golongan istimewa termasuklah kanak-kanak yang menghidapi austime.

    Persoalannya, apa yang ibu bapa kena buat jika ada adik-beradik yang membuli golongan istimewa ini?

    Bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang jatuh pada tanggal 2 April tahun ini, kami bawakan topik menarik ini untuk anda.  Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kanak-kanak autisme cenderung untuk dibuli?

    Tiada siapa yang diminta untuk dilahirkan di dunia ini dengan tidak sempurna sifat tidak kira dari aspek fizikal mahupun mental.

    gejala buliNamun ketentuan itu tidak dapat dielakkan dan mereka yang istimewa ini perlulah dijaga, disayang dan dipelihara dengan baik.

    Pun begitu, keadaan dilihat sebaliknya kerana ada kajian terbaharu yang mengatakan kanak-kanak autisme cenderung untuk dibuli.

    Menurut kajian bersama University of York, Manchester Metropolitan University dan University of Warwick, didapati bahawa gejala buli dalam kalangan kanak-kanak autisme adalah tinggi.

    Tanpa mengira individu dan lokasi sama ada di sekolah ataupun di rumah sendiri, golongan istimewa ini cenderung untuk dibuli oleh teman sesusia dan juga adik-beradik mereka.

    Kanak-kanak autisme akan menghadapi kesukaran untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial bersama orang lain, dan ini adalah sebab mereka cenderung menjadi mangsa buli”, jelas Dr Umar Toseev.

    Selain daripada kesedaran masyarakat, ahli keluarga termasuklah adik-beradik dan ibu bapa perlu memberi lebih perhatian tentang masalah ini.

    Apa ibu bapa kena buat tentang gejala buli ini?

    Sekiranya anak istimewa anda itu dibuli di sekolah, kalian sebagai ibu bapa perlu segera menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan masalah buli tersebut.

    Namun jika ia berlaku di rumah dan pembuli itu pula merupakan adik-beradik mereka sendiri, ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting.

    gejala buli

    Perkara paling penting untuk dilakukan adalah dengan mengajar anak-anak yang lain tentang keburukan gejala buli dan kesannya terhadap mangsa serta pemangsa.

    Katakan pada mereka bahawa golongan istimewa ini perlu dilindungi dan dicintai seadanya untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.

    Jangan pula kalian terlalu menghukum kerana ia hanya akan menyemai perasaan dendam dalam hati si pembuli lantas memburukkan lagi keadaan.

    Sebaliknya, cuba gunakan kaedah yang lebih lembut dan tegas dalam masa yang sama agar gejala buli di rumah dapat dibendung dengan segera.

    Waspada gejala buli dalam kalangan adik-beradik!

    Biarpun anak anda menghidap sebarang masalah kesihatan seperti autisme dan lain-lain, isu buli dalam kalangan adik-beradik tidak boleh dibiarkan.

    Baca juga:

    Dalam usaha untuk mengelaknya daripada berlaku dan berulang, ibu bapa perlu bertindak seperti yang disarankan di bawah ini:

    #1. Beri perhatian yang sama rata

    Salah satu daripada punca utama anak anda membuli adik-beradiknya adalah untuk mendapatkan perhatian ibu bapa meskipun dengan cara yang negatif.

    Oleh itu, rancang masa anda untuk memberi perhatian secara sama rata kepada anak-anak anda bagi memastikan setiap mereka tidak berasa terpinggir.

    #2. Menyelesaikan konflik mereka

    Jika anak-anak anda masih tidak berpuas hati sesama sendiri dan mula menunjukkan petanda untuk membuli, ini adalah masa untuk anda masuk campur.

    Pun begitu, jangan sesekali memenangkan atau menyalahkan sesiapa ya?

    Sebaiknya, dengar penjelasan dan pengakuan daripada kedua-dua pihak dan kemudian berikan jalan penyelesaian terbaik kepada masalah mereka.

    gejala buli

    #3.  Menyayangi anak dengan cara unik

    Kebiasaannya, ibu bapa akan mengekspresikan perasaan sayang kepada anak-anak dengan cara yang sama namun ia mungkin tidak memberikan kesan.

    Kanak-kanak selalu beranggapan bahawa disayangi dengan cara yang sama antara mereka dan adik-beradik bermaksud rasa sayang itu telah dibahagikan.

    Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah menyayangi setiap anak dengan cara yang unik terutamanya buat mereka yang bergelar golongan istimewa.

    #4. Minta panduan daripada golongan pakar

    Tidak dinafikan bahawa memang agak sukar untuk menjaga golongan istimewa lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah buli di rumah.

    Mungkin juga agak sukar untuk menasihati anak-anak yang lain untuk segera menghentikan perbuatan itu kerana mereka juga masih lagi kecil.

    Jadi, sila dapatkan panduan daripada golongan pakar tentang cara yang betul untuk menjaga dan membendung gejala buli dalam kalangan adik-beradik dan kanak-kanak autisme.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan