backup og meta

Anak Usia 6 Tahun Perlu Berhenti Tidur Siang? Ini Tempoh Nap Yang Ideal Untuk Si Kecil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/12/2022

    Anak Usia 6 Tahun Perlu Berhenti Tidur Siang? Ini Tempoh Nap Yang Ideal Untuk Si Kecil!

    Tidur siang hari adalah sama pentingnya dengan melelapkan mata pada waktu malam. Ia membantu memastikan anak mendapatkan waktu rehat yang diperlukan setiap hari. Jom ketahui lebih lanjut mengenai manfaat tidur siang untuk anak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Manfaat tidur siang untuk anak

    Apabila anak membesar, tidur pada waktu siang atau nap memberikan tubuh dan minda mereka ruang untuk berehat dan mengecas semula tenaga. Bahkan jika anak terlalu penat, ia akan menyukarkan mereka untuk tidur di malam hari

    Faedah lain tidur siang adalah:

    Membantu anak belajar

    Umumnya sebagai ibu bapa, kita mengetahui kepentingan tidur pada waktu malam amat penting untuk fungsi otak yang optimum. Jika tidak, kesan yang boleh dialami adalah seperti:

    • Rasa kabur
    • Mudah lupa
    • Tidak fokus
    • Mudah marah
    • Kesukaran melakukan aktiviti harian biasa

    Jadi, tidak ada bezanya sekiranya si kecil tidak mendapat rehat yang mencukupi dan di sini wujudnya manfaat tidur siang untuk anak.

    Bagi kanak-kanak yang biasa nap, melangkau tidur siang boleh memberikan kesan ketara terhadap keupayaan mereka untuk menggabungkan memori dan seterusnya belajar. 

    Penting untuk memahami, bukan semua kanak-kanak yang tidak tidur siang berdepan masalah daya ingatan lemah. Tetapi jika anak sudah biasa dengan amalan tidur pada siang hari dan melangkaunya, maka proses kognitif mereka akan terjejas.

    Baca juga:

    Manfaat tidur siang untuk anak, bantu si kecil kekal cergas

    Penyelidikan menunjukkan kanak-kanak yang tidak mendapat tidur mencukupi atau tidur tidak teratur – cenderung mempunyai kadar obesiti lebih tinggi.

    Antara sebabnya mungkin melibatkan cara pemakanan saat mereka letih, yakni anak akan makan lebih banyak sekiranya tidak cukup tidur. Anak juga dikatakan akan cenderung memilih makanan kurang sihat.

    Anak yang dalam keadaan letih juga tidak akan mempunyai tenaga mencukupi untuk bergerak aktif.

    Menjadikan emosi lebih baik, antara manfaat tidur siang untuk anak

    Kanak-kanak berusia 2 tahun yang melangkau waktu tidur siang juga akan menjadi kurang ceria, cepat meragam dan akan lebih tantrum untuk situasi yang mengecewakan mereka.

    Tidur yang cukup bermakna merupakan mekanisme anak untuk mencergaskan semula simpanan tenaga mereka berfungsi dengan baik. Keadaan ini sekali gus membolehkan anak mempunyai tempoh masa untuk fokus dan kekal dalam mood dengan lebih baik.

    manfaat tidur siang untuk anak

    Keperluan untuk anak tidur siang hari

    Berikut tempoh tidur pada waktu siang yang diperlukan anak mengikut usia:

    Bayi 0–3 bulan

    14–17 jam. Bayi baru lahir cenderung untuk tidur sepanjang masa, bangun setiap beberapa jam untuk makan.

    Bayi 4–12 bulan

    12–16 jam. Sekitar usia 4 bulan, irama tidur mula menjadi lebih teratur. Kebanyakan bayi tidur lebih lama pada waktu malam dan mempunyai 2-3 sesi tidur siang hari.

    Anak kecil 1-2 tahun

    11–14 jam. Si kecil masih boleh tidur siang 2x sehari, tetapi kebanyakannya hanya akan tidur sekali sehari apabila mencapai usia 18 bulan.

    Manfaat tidur siang untuk anak prasekolah 3-5 tahun

    10–13 jam. Ramai kanak-kanak prasekolah mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan berhenti tidur petang pada fasa ini.

    manfaat tidur siang untuk anak

    Usia persekolahan 6-12 tahun

    9–12 jam. Kanak-kanak berumur lebih dari 6 tahun harus tidur sepenuhnya pada waktu malam. Jika anak anda yang lebih besar kerap tidur siang hari, tetapkan tempoh nap yang bersesuaian dengan jumlah tidur yang disyorkan.

    Tip untuk tidur pada waktu siang hari yang lebih baik

    Walaupun banyak kebaikan tidur siang, tetapi ada kalanya sukar untuk membuatkan anak tidur dan berehat walaupun seketika, betul tak?

    Berikut antara petua yang mungkin boleh anda cuba:

    Tetapkan mood

    Mewujudkan rutin tidur dan tabiat merehatkan badan berkala – seperti bercerita diikuti usapan pada bahagian belakang badan – menghantar isyarat sudah tiba masa untuk anak berehat. 

    Sebaiknya pastikan waktu tidur siang hari dan tempat adalah sama setiap hari. 

    manfaat tidur siang untuk anak

    Masa yang betul

    Apabila anda terlihat tanda anak mengantuk, contohnya menguap atau menggosok mata, bawa mereka ke bilik dengan suhu selesa dan persekitaran bebas gangguan.

    Tempoh pendek

    Kajian mendapati semakin lama tempoh tidur siang, kesannya anak akan sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam. 

    Jadi, sekiranya si kecil masih belum bersedia untuk melepaskan waktu tidur siang, cuba untuk pendekkan tempoh nap anak atau biarkan anak tidur lebih awal. 

    Kesimpulan

    Waktu tidur siang adalah masa untuk mengisi semula tenaga buat anda dan juga si kecil. 

    Terdapat banyak manfaat tidur siang untuk anak. Namun jika si kecil tidak mahukannya, usah memaksa atau menjadikan sesi tidur siang sebagai ‘medan perang’.

    Sebaliknya cukuplah untuk memberikan ruang untuk anak berehat dalam persekitaran yang menenangkan. 

    Sekiranya wujud persoalan atau kebimbangan mengenai tidur siang untuk si kecil, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan