Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!
Anak kerap demam panas? Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk elak anak demam berulang?
Demam adalah masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak. Sudah tentulah, ibu bapa akan berasa risau jika anak demam panas, terutamanya jika ia berlaku berulang kali.
Bagaimanapun, bukan semua demam adalah tanda penyakit serius. Lagipun, demam sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah. Selalunya, ia akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 48 jam.
Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan punca anak kerap demam dan bila anda perlu bawa anak ke klinik untuk rawatan lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
5 Punca anak kerap demam
Ada pelbagai punca anak selalu demam. Antaranya:
1. Jangkitan virus
Jangkitan virus merupakan punca utama demam dalam kalangan kanak-kanak.
Punca utama anak kerap mengalami demam panas adalah jangkitan virus. Jangkitan ini boleh membuatkan anak mengalami selesema atau sesak nafas.
Sistem imum kanak-kanak masih berkembang. Oleh itu, badan mereka masih belum kuat untuk melawan jangkitan.
Antara contoh jangkitan virus yang menyebabkan anak kerap demam dan batuk ialah jangkitan rhinovirus dan enterovirus.
2. Jangkitan bakteria
Selain jangkitan virus, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan anak demam panas.
Selalunya, kanak-kanak yang mengalami jangkitan bakteria perlu mengambil antibiotik sebagai rawatan.
Sekiranya anak anda mengalami demam berpanjangan dengan suhu yang tinggi, besar kemungkinan ia disebabkan oleh jangkitan bakteria.
3. Faktor persekitaran
Kawasan permainan dan tempat tinggal yang kurang bersih juga boleh menjadi punca anak kerap demam.
Selain jangkitan, persekitaran yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor penyebab anak kerap demam.
Sebagai contoh, persekitaran yang tidak bersih boleh meningkatkan risiko anak terkena jangkitan kuman.
Oleh itu, pastikan bilik dan kawasan sekitar tempat anak tidur bersih dan bebas daripada sampah atau kulat.
Selain itu, kanak-kanak juga lebih mudah dijangkiti demam sekiranya berada dekat dengan kanak-kanak lain yang menghidap penyakit sama.
4. Alahan punca anak kerap demam
Alahan boleh menyebabkan demam berulang dalam kalangan kanak-kanak.
Demam disebabkan alahan selalunya akan datang dengan simptom seperti hidung tersumbat, mata berair dan kerap bersin.
Malah, kanak-kanak yang menghidap alahan rinitis juga lebih berisiko jatuh sakit sekiranya terdedah dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan alergi, misalnya debu, debunga atau bulu haiwan.
5. Sistem imun yang lemah
Sesetengah kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lebih lemah berbanding kanak-kanak lain. Oleh itu, mereka lebih mudah jatuh sakit.
Perkara ini mungkin berlaku jika anak tidak mendapat nutrisi yang cukup daripada pemakanan harian.
Bawa anak ke klinik secepat mungkin sekiranya mereka demam berpanjangan.
Bilakah masa paling sesuai untuk bawa anak ke klinik? Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu ibu bapa dalam membuat keputusan jika anak kerap demam :
Demam lebih tiga hari – Anda perlu bawa anak ke klinik sekiranya anak demam lebih tiga hari. Demam berulang selalunya merupakan tanda jangkitan serius.
Demam lebih 38°C – Kanak-kanak, terutamanya bayi, perlu dirawat secepat mungkin sekiranya suhu badan mereka melebihi 38°C. Jika tidak, anak berpotensi mengalami komplikasi serius.
Ada simptom lain selain demam – Bawa anak ke klinik jika mereka mengalami gejala lain seperti muntah, cirit-birit, sakit kepala yang teruk, sukar bernafas atau ruam pada badan.
Badan lesu dan lemah – Sekiranya anak kelihatan sangat lemah, tidak bermaya dan enggan makan atau minum, bawa mereka ke klinik secepat mungkin. Kelesuan yang teruk merupakan tanda anak perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.
Apa yang anda boleh lakukan di rumah?
Sekiranya anak kerap demam, namun simptomnya tidak teruk, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memberi kelegaan. Antaranya:
Berikan anak ubat demam, seperti paracetamol mengikut dos yang disyorkan oleh doktor atau seperti tertera pada bungkusan ubat.
Pastikan anak minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
Pastikan anak mendapat rehat yang secukupnya untuk membantu badan mereka melawan jangkitan.
Bagaimanapun, jika gejala tidak berkurang selepas beberapa hari bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Anak sensitif terhadap ibuprofen.
Anak yang mempunyai asma, atau berupaya menghidap asma sekiranya mengambil ibuprofen.
Antara ubat yang perlu ada di rumah sekiranya berlaku kecemasan.
Demam adalah satu reaksi normal badan untuk melawan jangkitan. Bagaimanapun, jika anak kerap demam, ibu bapa perlulah lebih berwaspada terhadap simptom-simptom lain.
Jika demam berulang atau disertai dengan gejala lain yang membimbangkan, dapatkan nasihat daripada doktor dengan kadar segera.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fever in children. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/fever-in-children/#:~:text=Most%20fevers%20are%20caused%20by,upper%20respiratory%20tract%20infections%20(RTIs). Diakses pada Oktober 13, 2024.
Fever in children. https://patient.info/childrens-health/fever-in-children-high-temperature. Diakses pada Oktober 13, 2024.
Fever in children. https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/fever_in_children/. Diakses pada Oktober 13, 2024.
Fever in children. https://www.healthdirect.gov.au/fever-and-high-temperature-in-children. Diakses pada Oktober 13, 2024.
High temperature (fever) in children. https://www.nhs.uk/conditions/fever-in-children/. Diakses pada Oktober 13, 2024.
Versi Terbaru
17/10/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor