Acetaminophen boleh digunakan pada anak yang berumur 2 bulan ke atas Ibuprofen boleh diberikan kepada anak berusia 6 bulan ke atas Menurut Food and Drug Administration (FDA), kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak boleh diberikan sebarang produk ubat batuk atau selesema yang mengandungi dekongestan atau antihistamin.
Malah, anak berusia 2 tahun ke atas juga harus berhati-hati untuk diberikan ubat yang mengandungi dekongestan atau antihistamin.
Manakala bagi anak di bawah usia 4 tahun, mereka tidak boleh diberikan gabungan ubat batuk dan selesema. Ini kerana kesan sampingannya boleh menjadi serius dan mungkin mengancam nyawa.
Sekiranya anak mengalami muntah-muntah dan/atau mengalami cirit-birit, tanyakan kepada doktor sama ada perlu diberikan larutan elektrolit oral (oral rehydration solution).
Rehat secukupnya
Benarkan anak berehat. Dalam kebanyakan kes, anda tidak seharusnya membangunkan anak yang sedang tidur untuk memberi ubat demam sebagai cara turunkan suhu badan anak.
Elakkan cara menurunkan panas badan anak ini
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen