backup og meta

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

Masalah gigi rosak teruk yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh. Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak. Sila ambil peduli!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan penjagaan gigi susu

Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi si manja sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba masanya untuk ia tanggal secara semula jadi.

Gigi yang tumbuh ketika masih bayi ini penting untuk memupuk tabiat pemakanan baik melalui teknik kunyahan yang betul. 

Selain itu, gigi tersebut juga berfungsi dalam membantu perkembangan pertuturan si manja

Umumnya, kehilangan gigi susu bermula pada usia 5 atau 6 tahun bagi kebanyakan kanak-kanak dan akan selesai sekitar usia 12 tahun.

Selalunya, gigi si manja akan mula hilang secara semula jadi mengikut urutan ia tumbuh. Biasanya 2 gigi depan bahagian bawah akan tanggal terlebih dahulu.

gigi rosak

Akar pada gigi asal ini akan pecah mengikut proses disebut sebagai resorpsi ketika gigi kekal menolaknya.

Gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu yang hilang dalam tempoh beberapa minggu

Ia adalah 1 proses penting kerana gigi yang tumbuh ketika bayi ini berfungsi sebagai penahan ruang untuk gigi kekal atau gigi dewasa tumbuh. 

Tetapi bagaimana pula kalau si manja mengalami kerosakan gigi dan perlu dicabut sebelum masanya?

Gigi rosak akan jejas pertumbuhan gigi

Kanak-kanak yang hilang gigi susu lebih awal daripada waktunya berikutan gigi mengalami kerosakan akan menghadapi kesan seperti di bawah:

1# Gigi di sebelah kanan dan kiri akan tumbuh dan bergerak untuk menutupi  ruang yang ditetapkan untuk gigi kekal tumbuh dalam masa beberapa tahun.

Kesannya gigi kekal akan tersumbat di dalam tulang.

2# Melambatkan pertumbuhan gigi kekal atau menyebabkan gigi kekal pramatang tumbuh sebelum masanya.

3# Kehilangan panjang lengkungan gigi menyebabkan ruang yang tinggal sempit untuk gigi kekal tumbuh. Kesannya menyebabkan gigi berlapis atau pertumbuhan gigi yang sesak.

4# Hubungan antara gigi geraham dan gigi taring akan terganggu sehingga memerlukan rawatan lebih kerap serta penggunaan pendakap gigi (braces).

5# Bahagian gigi tengah akan beralih ke bahagian kosong tersebut

6# Gigi bertentangan dengan ruang kosong akan lebih panjang dan berlebihan

7# Perkembangan aktiviti dan tabiat otot yang tidak normal menjejaskan proses gigitan

8# Kecacatan pertuturan 

9# Tabiat pemakanan dan nutrisi yang lemah

10# Gigi rosak yang dicabut sebelum masanya akan menimbulkan masalah estetik dan emosi kepada anak

gigi rosak

Cara kekalkan ruang pada gigi yang dicabut

Ibu bapa perlu berunding dengan pakar ortodontik dalam situasi ini bagi menentukan rawatan pencegahan yang perlu untuk mengelakkan si kecil berdepan situasi yang lebih rumit.

Selalunya, ruang kosong selepas gigi yang mengalami kerosakan itu dicabut mesti ‘disimpan’.

Namun, ia bergantung kepada usia anak dan lokasi gigi tersebut.

Kebiasaannya doktor gigi akan memasukkan space maintainer (alat pengekal ruang) bagi menggantikan gigi rosak yang dicabut sehinggalah gigi kekal tumbuh.

Alat tersebut akan menghalang gigi lain daripada memasuki ruang kosong tersebut.

Jika dibiarkan, gigi lain akan mencerobohi ruang itu dan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan sebaiknya. Akibatnya ia mungkin tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya.

Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan kesan domino dengan mengganggu kedudukan gigi lain dan menyebabkan pertindihan atau kesesakan gigi.

Keadaan gigi yang tidak teratur akan menyukarkan proses membersihkan gigi, sekali gus meningkatkan risiko untuk anak mengalami masalah gigi berlubang.

.Tip hindari ia dari mengalami kerosakan

Untuk mengelakkan gigi anak daripada mengalami kerosakan, sudah tentu ia memerlukan penjagaan kesihatan oral yang baik, seperti:

  1. Pemeriksaan secara berkala

Garis panduan daripada American Academy of Pediatric Dentistry mengesyorkan kanak-kanak melakukan pemeriksaan pergigian pertamanya sebaik saja gigi susu pertama keluar atau paling maksimum, ketika mencapai usia 12 bulan. 

gigi rosak

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa gagal untuk membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan gigi.

Kesannya mengakibatkan masalah kerosakan gigi yang teruk dan memerlukan rawatan pergigian lebih komprehensif seperti mencabut gigi

  1. Rawatan awal

Dapatkan rawatan awal jika anak mengadu sakit gigi.

Sentiasa dapatkan nasihat pakar pergigian secepat mungkin apabila wujud masalah dan bukannya menunggu sehingga keadaan menjadi lebih kronik.

Ia akan memberikan lebih banyak pilihan untuk melakukan pemulihan sederhana pada gigi anak. 

Sudah tentu tindakan tersebut dapat mengelakkan anak daripada terpaksa menjalani prosedur rawatan pergigian yang lebih menyakitkan.

  1. Amalkan kebersihan mulut 

Memberus gigi 2x sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida (jumlah penggunaannya berbeza mengikut usia anak), floss gigi serta amalan diet rendah gula adalah cara terbaik mengurangkan risiko gigi rosak.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. At what age do children start losing their baby teeth?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/expert-answers/baby-teeth/faq-20058532, Accessed on June 30, 2020
  2. When Children Begin to Lose their Baby Teeth, https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/oral-health/Pages/When-Children-Begin-to-Lose-their-Baby-Teeth.aspx, Accessed on June 30, 2020
  3. Baby Teeth, https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/b/baby-teeth, Accessed on June 30, 2020
  4. Premature loss of primary teeth with gingival erythema: An alert to dentist, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4611952/, Accessed on June 30, 2020
  5. Management of premature primary tooth loss in the child patient, https://www.researchgate.net/publication/257202046_Management_of_premature_primary_tooth_loss_in_the_child_patient, Accessed on June 30, 2020

Versi Terbaru

28/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Buat 11 Perkara Penting Ini Untuk Elak Gigi Si Manja Cepat Rosak & Berlubang!

MENGEJUTKAN! Pendakap Gigi Boleh Buat Gigi Jadi Rongak?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan