backup og meta

Anak 2 Tahun Dah Sedia Wean Off? Ibu Anak 4 Ini Kongsi Tip Cerai Susu Cara Tradisional

Anak 2 Tahun Dah Sedia Wean Off? Ibu Anak 4 Ini Kongsi Tip Cerai Susu Cara Tradisional

Apabila si kecil sudah mencapai usia tertentu untuk wean off, pastinya ibu akan mencari kaedah yang boleh membantu seperti mencuba cara tradisional cerai susu badan.

Jika anda sedang mencari petua cerai susu badan, mungkin perkongsian ibu anak empat ini boleh memberikan idea untuk anda cuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Waktu sesuai mencuba petua cerai susu badan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan bayi harus diberikan susu ibu sepenuhnya pada usia 6 bulan pertama kehidupan mereka dan diteruskan penyusuan bersama pengambilan makanan pejal lain sehingga berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Ini kerana susu ibu bukan sekadar makanan untuk si kecil, tetapi juga merupakan ‘agen penenang’ bayi ketika berada dalam keadaan gelisah atau letih. 

Susu badan juga mengandungi komponen yang dapat meningkatkan imuniti tubuh si kecil secara mendadak apabila mereka jatuh sakit.

Wean off adalah proses menghentikan pemberian susu badan kepada bayi. Sebaiknya langkah pertama untuk melakukannya adalah dengan memperkenalkan bayi makanan pelengkap bersama susu badan apabila si manja berusia 6 bulan.

cara tradisional cerai susu badan

Kedengaran mudah, bukan? Walaupun terdapat banyak petua dan cara tradisional cerai susu badan boleh dijumpai, sebenarnya ada juga ibu-ibu di luar sana yang tidak berjaya melakukannya pada percubaan pertama. Tetapi usah bimbang, ia adalah perkara normal. 

Mungkin melalui perkongsian tip daripada ibu bernama Nor Ariffah Khalid, 34, atau lebih mesra dengan panggilan Ipah, dapat memberikan anda inspirasi petua cerai susu badan yang berkesan.

Memilih penyusuan eksklusif

Sebelum mengetahui cara tradisional cerai susu badan digunakan ibu kepada Nur Airiena Soffieya (13), Muhammad Ammar Danish (10), Muhammad Izz Ilman (6) dan Muhammad Aidan Waiz (3) ini, mari ikuti pengalamannya menyusukan anak.

Menurut Ipah, dia memilih untuk melakukan penyusuan susu badan untuk keempat-empat anaknya kerana manfaatnya dalam membantu perkembangan otak anak-anak.

Dia tidak menafikan penyusuan eksklusif dapat membantu menjimatkan masa dan wang, selain sebagai batu loncatan buat ibu yang ingin menurunkan berat badan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Berdepan masalah bengkak susu & puting luka

Suri hati kepada Khafiz Ahmat Khairi, 36, ini menjelaskan, situasi bengkak susu pada awal kelahiran merupakan perkara biasa. Ini kerana si kecil lebih banyak tidur atau masih belum pandai melekap dengan baik pada payudara ketika menyusu.

cara tradisional cerai susu badan
Nor Ariffah Khalid (tiga, kiri) bersama suaminya, Khafiz Ahmat Khairi (dua, kiri) dan empat cahaya mata mereka; Nur Airiena Soffieya, Muhammad Ammar Danish, Muhammad Izz Ilman dan Muhammad Aidan Waiz.

Ipah bersyukur kerana dirinya ‘jenis yang banyak susu’, jadi masalah kekurangan bekalan susu tidak pernah dialami. Disebabkan itu juga, bengkak susu lebih cenderung terjadi.

Bagi mengatasi keadaan tersebut, dia akan mengikut kaedah lama seperti menuam dengan air suam dan mengepam susu secara konsisten agar payudara tidak membengkak lagi.

Berkongsi pengalaman melakukan penyusuan eksklusif, Ipah memberitahu puting payudaranya pernah mengalami luka sehingga berdarah. Keadaan itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya fobia dan takut untuk meneruskan penyusuan.

Pilih cara tradisional cerai susu badan

Bercerita mengenai wean off, ibu ini memberitahu semua anak-anaknya bercerai susu apabila memasuki usia 2 tahun ke atas. 

Untuk anaknya yang pertama, Ipah mengakui terpaksa bercerai susu atas nasihat jururawat kerana sedang hamil anak kedua.

cara tradisional cerai susu badan

Untuk anak pertama, saya terpaksa minta bantu pakar untuk bercerai susu badan, lagi-lagi apabila anak tidak mahu menyusu botol,” jelas Ipah.

Dia juga terpaksa berpisah tidur selama 3 hari dan membiarkan anaknya tidur bersama suami. Tetapi keadaan semakin baik apabila si kecil mula menerima susu botol.

Tambah Ipah lagi, “Bercerai susu untuk anak kedua agak mudah memandangkan saya banyak outstation, jadi anak sudah biasa menggunakan botol susu.”

Menurut Ipah, anak ketiga pula bercerai susu apabila usianya hampir 3 tahun kerana ketika itu diri sedang sarat hamil 8 bulan.

Badan mula terasa sakit setiap kali menyusukan anak. Jadi saya memilih menggunakan cara tradisional cerai susu badan dengan meletakkan sesuatu yang tidak disukainya pada payudara,” ujar Ipah lagi.

Bagi anak keempat, Ipah juga memilih menggunakan petua cerai susu badan tradisional dengan menepekkan asam jawa pada payudara. Keadaan payudara yang berkuping apabila asam jawa kering membuatkan anak takut untuk menghisapnya.

Walau bagaimanapun, Ipah mengakui keberkesanan sesuatu petua atau kaedah bercerai susu ini adalah bergantung kepada anak itu sendiri dan dia bersyukur keempat-empat anaknya mengambil masa kurang seminggu untuk wean off.

Baca juga:

Cara tradisional cerai susu badan: Pastikan ilmu mencukupi

Mengakui wujud rasa sedih apabila perlu bercerai susu badan, namun dalam masa yang sama Ipah bersyukur kerana setiap anak-anaknya dapat menikmati penyusuan susu ibu selama 2 tahun lebih.

Mengakhiri perkongsiannya, Ipah menasihatkan agar ibu-ibu di luar sana yang sedang merancang untuk wean off agar melengkapkan diri dengan ilmu sebelum mencuba sebarang petua.

Ini kerana tidak kira sama ada anda memilih menggunakan cara tradisional cerai susu badan atau apa sahaja petua, adalah amat penting untuk memastikan anak tidak memberontak atau berasa sedih.

Ipah menjelaskan, “Emosi anak juga harus diambil kira dan dijaga supaya mereka tidak merasakan seperti kita sudah tidak menyayangi mereka lagi. Sebaiknya berikan penjelasan mengapa mereka perlu berhenti menyusu badan dengan cara yang boleh difahami anak.”

“Pastikan apabila si kecil sudah tidak menyusu badan, anda harus menggantikan susu ibu dengan memberikan anak makanan berkhasiat,” akhiri Ipah.

Bagaimana pula dengan anda, apakah cara yang digunakan sebagai petua cerai susu badan? Ayuh kongsikan bersama kami!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Weaning. https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/breastfeeding/weaning.html, Accessed on May 16, 2022
  2. Breastfeeding. https://www.who.int/health-topics/breastfeeding#tab=tab_1, Accessed on May 16, 2022
  3. Weaning off breastfeeding: older children. https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness/common-concerns/weaning-older-children, Accessed on May 16, 2022
  4. Weaning your child from breastfeeding. https://caringforkids.cps.ca/handouts/pregnancy-and-babies/weaning_breastfeeding, Accessed on May 16, 2022
  5. Personal Interview With Nor Ariffah Khalid, on May 15, 2022 
  6. Weaning: Tips for breast-feeding mothers. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/weaning/art-20048440#:~:text=What’s%20the%20best%20way%20to,midday%20breast%2Dfeeding%20session%20first.Accessed on May 18, 2022

Versi Terbaru

14/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Masa Menyusu, Ibu Mungkin Alami 9 Masalah Penyusuan Ini

11 Posisi Penyusuan Untuk Mama Pilih Semasa Menyusukan Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan