What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Banyak Manfaat Berenang Semasa Hamil, Namun AWAS Ada Juga Bahaya Kalau Dah Sarat!

    Banyak Manfaat Berenang Semasa Hamil, Namun AWAS Ada Juga Bahaya Kalau Dah Sarat!

    Kehamilan boleh menyebabkan banyak halangan fizikal bagi wanita. Bahkan, berenang semasa hamil boleh menjadi langkah terbaik tanpa meletakkan tekanan yang tidak diperlukan pada badan anda.

    Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, berenang adalah yang terbaik dan mungkin strategi paling disyorkan untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan wanita hamil.

    Adakah berenang semasa hamil selamat?

    Ya, berenang selamat dilakukan semasa ketiga-tiga trimester. Kebanyakan ahli fizikal bersetuju bahawa wanita hamil melakukan senaman adalah suatu yang bagus. Bagaimana pun, sebelum membabitkan diri dalam aktiviti fizikal semasa hamil yang terbaik adalah berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    Trimester I : Pada peringkat ini, berenang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga anda. Sesetengah wanita telah berasa lega daripada ‘morning sickness’ selepas berenang awal pagi.

    Trimester II : Berenang boleh merehatkan dan cukup menyeronokkan. Apabila perut anda semakin membesar ia menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Berada di dalam air mewujudkan daya apungan yang membolehkan anda berasa lebih ringan.

    Trimester III : tubuh anda menjadi tidak selesa. Sesetengahnya menunjukkan kaki bengkak, sakit belakang dan banyak lagi semasa peringkat kehamilan ini. Keselesaan semasa trimester terakhir ini adalah penting.

    Berenang boleh memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan ketegangan otot. Tetapi anda perlu berhati-hati ketika masuk dan keluar daripada kolam kerana permukaan mungkin tidak sekata atau licin.

    Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum berenang samasa hamil

    1. Aktiviti semasa berenang

    berenang semasa hamil

    Anda patut sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika bersenam semasa kehamilan. Apabila berenang di kolam anda tidak boleh menyelam, melompat, atau meluncur semasa hamil. Ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan bayi.

    1. Klorin

    Klorin juga boleh menjadi satu kebimbangan apabila ia melibatkan kolam. Namun, tiada tanda bahawa klorin kolam mendatangkan apa-apa risiko kepada ibu hamil atau bayi dalam kandungan. Manakala berenang di lautan adalah baik tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil.

    Sekiranya anda memilih untuk masuk ke laut, jangan sesekali berada dalam cuaca buruk atau sejuk. Elakkan berenang dan sebalinya berada berada hampir dengan pantai.

    1. Jangan masuk dalam air begelombang

    Ini untuk menghalang anda daripada terjatuh dan ditolak oleh ombak. Langkah terbaik adalah tidak berenang di laut kerana keadaan arus tidak boleh diramal.

    Sekiranya anda ingin berenang di dalam tasik, pastikan anda tahu sama ada airnya bersih atau sebaliknya. Ini kerana berenang di dalam air yang tercemar adalah tidak selamat untuk semua orang.

    1. Perhatikan suhu

    Suhu yang ideal untuk berenang adalah antara 78 dan 84 darjah Fahrenheit. Jika air terlalu panas atau terlalu sejuk, elakkan berenang. Elakkan juga tub panas semasa hamil kerana air panas boleh meningkatkan suhu badan anda menjadi 102.2 darjah. Suhu badan yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi.

    Manakala berenang selepas persenyawaan Invitro (IVF) adalah topik berasingan. Sesetengah doktor berpendapat ia selamat manakala yang lain menyarankan anda mengelakkannya untuk jangka masa yang lama. Sekiranya anda mahu berenang, bincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

    Tanda anda perlu berhenti berenang

    bau-klorin-kolam-renang-kuat

    Tanpa menghiraukan tahap kecergasan pranatal anda, berenang boleh menjadi aktiviti berat yang normal untuk mengalami beberapa rasa sakit semasa berada di dalam air.

    Akhirnya, yang terbaik adalah tentukan had anda. Jadi, sekiranya anda merasakan apa-apa kesakitan yang ketara, sesak nafas, pengsan, pendarahan faraj, pening, pengecutan (contraction), tiada pergerakan janin atau apa-apa keadaan lain yang tidak betul, hentikan senaman renang dan segera hubungi atau berjumpa doktor anda.

    health-tool-icon

    Kalkulator Tarikh Bersalin

    Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

    Panjang Kitaran

    28 hari


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan

    TIPS FOR SWIMMING DURING PREGNANCY https://www.babyprepping.com/health-and-nutrition/tips-swimming-pregnancy/ Accessed June 6, 2018.

    Your Guide to Swimming While Pregnant https://www.whattoexpect.com/pregnancy/swimming Accessed June 6, 2018.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 03/02/2021
    Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel