Penyusuan ibu sering dianggap sebagai perkara mudah. Buka bra dan susukan bayi, selesai, betul tak? Namun sebenarnya, tanpa teknik penyusuan susu ibu yang betul, kesukaran pasti timbul.
Bagi wanita yang sudah biasa, menyusukan si manja boleh dilakukan ketika sedang berbual atau makan.
Pun begitu seperkara yang ramai tidak ketahui, walaupun sumber susu badan itu adalah semula jadi, namun pengetahuan mengenai teknik penyusuan susu ibu haruslah dipelajari.
Perkara baiknya, selepas melalui fasa percubaan dan berdepan kesilapan dalam mencari cara terbaik, menyusukan badan adalah tanggungjawab ibu yang paling bermanfaat.
Walau bagaimanapun, apa sahaja keputusan anda yang melibatkan penyusuan susu badan atau tidak, ia bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyusuan sila dapatkannya di sini.
Penyusuan ibu
Penyusuan badan adalah apabila anda memberikan susu ibu kepada bayi – biasanya dilakukan secara langsung daripada payudara.
Ia juga dikenali dengan istilah nursing.
Keputusan untuk menyusukan si manja atau sebaliknya adalah hak peribadi.
Pun begitu, ramai pakar perubatan, termasuk daripada American Academy of Pediatrics (AAP) dan American College of Obstetricians and Gynecologists menyarankan penyusuan ibu secara eksklusif tanpa susu formula, jus atau air, selama 6 bulan.
Bahkan, selepas memperkenalkan makanan pejal, ibu masih digalakkan untuk menyusukan si kecil bagi sepanjang tahun pertama kehidupan mereka.
Tempoh sesi menyusu
Kekerapan untuk menyusu badan adalah bergantung sepenuhnya kepada bayi, sama ada mereka suka untuk menyusu dengan kerap, lama atau jangka masa pendek.
Keadaan ini biasanya akan berubah apabila bayi semakin membesar.
Secara amnya untuk bayi baru lahir, mereka akan menyusu setiap 2-3 jam sekali.
Menjelang usia 2 bulan, penyusuan yang dilakukan selang 3-4 jam adalah biasa dan pada usia 6 bulan, kebanyakan bayi akan menyusu badan setiap 4-5 jam.
1 sesi penyusuan badan secara purata akan berlangsung antara 20 hingga 30 minit. Ini kerana ada sesetengah bayi yang mungkin memerlukan lebih banyak masa penyusuan.
Cara terbaik adalah memastikan sekurang-kurangnya susu pada sebelah payudara habis dihisap bayi pada sesi penyusuan.
Ia adalah kerana susu terakhir pada peringkat susu matang yang diberikan kepada bayi adalah lebih kaya lemak dan kalori.
Bagaimana pula dengan teknik penyusuan susu ibu?
Baca juga:
- Tip Penjagaan Asas Si Manja Yang Mama Papa Perlu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut!
- Ibu Kena Ambil Tahu Cara Sendawakan Bayi, Barulah Si Manja Tak Meragam
Tanda bayi lapar
Memahami tanda-tanda si kecil lapar dan ingin menyusu adalah antara teknik penyusuan susu ibu yang penting untuk diketahui.
Berikut adalah 6 tanda yang boleh dikenal pasti jika bayi anda ingin menyusu:
Penyusuan ibu #1. Menjilat bibir atau menjelirkan lidah
Bayi akan kerap memegang bibir, air liur akan mengalir lebih banyak serta menjulurkan lidah.
#2. Menggerakkan rahang, mulut atau kepala mencari payudara
Apabila si manja mahu menyusu mereka akan mula mencari payudara anda. Bagaimana?
Bayi akan memusing ke arah payudara semasa didukung.
#3. Memasukkan tangan ke dalam mulut
Jika anda melihat si manja meletakkan jari ke mulut, itu tanda mereka lapar ingin menyusu.
Teknik penyusuan susu ibu #4. Membuka mulut
Pasti anda pernah melihat dokumentari mengenai anak burung yang menunggu burung induk di sarang, membuka mulut dan berbunyi, bukan?
Begitu juga keadaan si manja apabila mereka mahukan penyusuan ibu.
#5. Merengek
Apabila bayi mula membuat bermacam ekspresi muka serta mula untuk berbunyi bersama tangan yang dikepal – ia adalah tanda mereka sudah lapar dan tidak sabar!
#6. Menghisap barang
Bayi akan menunjukkan perlakuan seperti menghisap, walaupun tanpa puting kosong.
Bahkan selain daripada memasukkan jari ke dalam mulut,si manja juga mungkin akan menghisap tangan mahupun pakaian mereka.
Penyusuan ibu: Tanda si manja sudah kenyang
Selain tanda bayi lapar, anda juga perlu memahami isyarat bahawa si manja ‘tidak lapar untuk tempoh sekarang’ atau kenyang.
Biasanya mereka akan menunjukkan tanda seperti:
- Melepaskan atau menolak payudara
- Menutup mulut atau tidak memberi respons kepada dorongan untuk menghisap susu
- Tangan terbuka dan santai – tidak mengepal atau fist
- Tubuh tampak lebih tenang
- Melihat sekeliling dan menunjukkan minat untuk bermain
- Kelihatan puas dan mungkin juga tersenyum
- Tampak mengantuk dalam keadaan gembira dan bersedia untuk kembali tidur
Baca juga:
- Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya
- Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya
Kebaikan penyusuan ibu
Bagaimana pula dengan kebaikan susu ibu kepada si manja?
Apakah manfaat yang diperolehi si manja jika diberikan susu badan?
1. Nutrisi untuk bayi daripada penyusuan ibu
Susu ibu membekalkan khasiat sesuai untuk bayi. Ia mempunyai campuran vitamin, protein dan lemak yang hampir sempurna – yang diperlukan bayi .
Paling penting kesemua khasiat itu tersedia dalam bentuk yang mudah dicerna berbanding susu formula bayi.
2. Menurunkan risiko bayi mengalami asma atau alahan
Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu bayi melawan virus dan bakteria.
Penyusuan ibu menurunkan risiko bayi menghidap asma atau alahan.
3. Kurang jangkitan telinga, penyakit pernafasan dan cirit-birit
Bayi diberi susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama tanpa campuran formula, mempunyai risiko rendah untuk mengalami jangkitan telinga, penyakit pernafasan dan cirit-birit.
4. Sentuhan kulit ke kulit – kebaikan penyusuan ibu
Berdasarkan kajian, bayi menyusu badan dikaitkan dengan skor IQ yang lebih tinggi pada zaman kanak-kanak nanti.
Bukan setakat itu sahaja, kedekatan fizikal, sentuhan kulit ke kulit dan sentuhan mata semuanya dapat membantu mengeratkan lagi ikatan mesra antara ibu dan bayi.
Bahkan, si manja juga akan berasa lebih selamat!
5. Berat badan seimbang
Penyusuan susu badan cenderung menjadikan bayi mendapat berat badan yang tepat untuk pertumbuhan berbanding mengalami berat badan berlebihan.
AAP mengatakan penyusuan ibu juga memainkan peranan penting dalam pencegahan sindrom kematian mengejut bayi (SIDS).
6. Risiko rendah diabetes, obesiti dan barah
Menyusu badan dikatakan dapat menurunkan risiko untuk bayi mengalami diabetes, obesiti dan barah tertentu.
Walau bagaimanapun, masih banyak penyelidikan perlu dilakukan untuk mengesahkannya.
Kesimpulan
Penyusuan badan dapat membantu ibu membakar kalori tambahan sehingga membolehkan penurunan berat badan kehamilan yang lebih cepat.
Proses penyusuan itu turut melepaskan hormon oksitosin – membantu rahim kembali kepada ukuran sebelum kehamilan dan mengurangkan pendarahan rahim selepas bersalin.
Wanita yang menyusu badan juga akan mengalami penurunan risiko untuk mendapat barah payudara dan ovari. Ia turut membantu merendahkan risiko osteoporosis.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]