Bayi yang menyusu susu formula akan menumbuhkan tulang yang lebih kuat
Susu formula mempunyai kandungan vitamin D yang lebih daripada susu ibu. Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu formula akan menumbuhkan tulang yang lebih kuat berbanding bayi yang menyusu badan.
Anda boleh bertukar-tukar jenama susu formula
Anda boleh menukar-nukar jenama susu formula asalkan ia selamat dan sihat untuk diminum oleh bayi anda. Sebarang perubahan jenama ini tidak akan mendatangkan ketidakselesaan kepada bayi anda.
Anda boleh menggunakan susu formula soya sebagai alternatif
Buat bayi yang mempunyai alahan kepada susu lembu, susu soya merupakan jawapannya. Meskipun soya mengandungi phytoestrogen yang merupakan punca kepada akil baligh yang terlalu awal, ada kajian yang mengatakan bahawa susu formula soya tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada bayi.
Susu formula dan susu ibu tidak banyak berbeza
Bukti sanitifik menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan statistik yang ketara di antara bayi yang menyusu susu formula dengan bayi yang menyusu badan.
Anda tidak perlu memanaskan susu formula sebelum memberikannya kepada bayi
Memanaskan susu formula tidak mendatangkan sebarang kesan kesihatan kepada bayi anda sama ada positif atau negatif. Ia hanyalah untuk keselesaan bayi anda.
Apakah kelemahan susu formula?
Susu formula juga mempunyai kelemahan. Kajian mendapati bahawa bayi yang menyusu susu formula lebih cenderung untuk menghidap obesiti. Memandangkan susu formula ini mempunyai banyak nutrien untuk tumbesaran bayi, ia juga boleh menyebabkan bayi menjadi gemuk dan besar. Selain itu, puting botol juga lebih mudah dihisap berbanding puting ibu. Ini sekaligu akan mengakibatkan pengambilan susu yang melebihi had sepatutnya.
Antara kelemahan yang lain adalah bayi yang menyusu susu formula lebih cenderung untuk kerap jatuh sakit. Ini kerana susu formula tidak mempunyai antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi untuk melawan infeksi. Menurut kajian, hanya 14 peratus bayi yang menyusu susu formula akan menjangkau usia 1 tahun tanpa pernah jatuh sakit.
Memilih antara susu formula dengan susu ibu adalah mencabar bagi ibu bapa. Fakta-fakta ini mungkin dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik. Seeloknya, berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik buat anda dan bayi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen