Masalah kembung adalah 1 keadaan biasa terjadi kepada si kecil menyusu badan. Namun sebagai ibu, pastinya anda akan berusaha mencari cara hilangkan kembung perut bayi.
Jangan susah hati, Hello Doktor akan kongsikan tip dan cara mengatasi kembung perut bayi yang menyusu untuk anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Masalah kembung perut bayi menyusu badan
Ketidakselesaan bayi akibat angin atau kembung terutamanya pada waktu malam adalah perkara normal yang menyebabkan kebimbangan kebanyakan ibu bapa.
Masalah angin ini boleh menimbulkan tekanan yang menyakitkan apabila ia terperangkap dalam saluran penghadaman si kecil yang belum matang.
Punca kembung
Antara faktor penyebab yang menyumbang kepada situasi perut masuk angin bagi bayi yang menyusu badan adalah:
- Tidak melekap dengan baik pada puting mendorong bayi menelan banyak udara
- Kerap menangis secara berlebihan
- Mengalami sembelit
- Saluran pencernaan masih belajar memproses makanan, angin dan najis dengan berkesan
Ubat kembung perut bayi: Fahami simptomnya
Sebelum kita ketahui tip dan cara mengatasi kembung perut bayi, berikut antara gejala yang boleh dialami si manja apabila perut masuk angin, seperti:
- Sendawa berlebihan
- Terjeluak atau muntah susu
- Perut kembung atau bengkak
- Sukar tidur
Cara hilangkan kembung perut bayi secara semula jadi
Masalah perut masuk angin yang berlaku kepada si manja boleh diatasi dengan cara berikut:
Tekanan lembut sebagai cara hilangkan kembung perut bayi
Tummy Time
Posisi ini dapat memberikan tekanan lembut pada abdomennya, sekali gus memberikan kelegaan perut berangin yang dialami si manja.
Tunggu selepas 30 minit penyusuan sebelum melakukan tummy time.
Forearm Hold
Kaedah yang dikenali sebagai football hold, magic hold, dan colic carry ini turut dianggap ubat kembung perut bayi yang mujarab.
Untuk mencuba kaedah ini, baringkan bayi dengan memastikan badan mereka berada pada lengan tangan anda. Bahagian dagu si manja harus berada hampir dengan pelipat siku anda.
Pastikan kepala mereka dalam keadaan mengiring agar mulut dan hidung tidak terhalang untuk bernafas.
Mendukung bayi dalam posisi ini akan memberikan tekanan lembut pada perut sama seperti ketika tummy time.
Cara hilangkan kembung perut bayi dengan sendawakan semasa dan selepas menyusu badan
Berhenti sebentar sebelum menukar payudara menyusu boleh mengurangkan risiko bayi mengalami perut berangin, ini terutamanya jika aliran susu laju.
Pakar penyusuan bayi mengesyorkan tempoh berehat antara 5 hingga 10 minit semasa menyusu terutamanya pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]
Baca juga: