backup og meta

Teruja Bayi Sudah Masuk 6 Bulan? Ini Yang WAJIB Ibu Tahu Sebelum Bagi Si Manja Makan

Teruja Bayi Sudah Masuk 6 Bulan? Ini Yang WAJIB Ibu Tahu Sebelum Bagi Si Manja Makan

Tak sabar nak bagi anak cuba pelbagai jenis makanan pejal? Ini sedikit panduan untuk mommies tentang makanan bayi 6 bulan. Jangan tersilap bagi, bahaya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Makanan bayi 6 bulan

Syukur, si manja sudah mencapai usia setengah tahun. Dalam 6 bulan pertama, anak anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan daripada penyusuan eksklusif mahupun susu formula.

Kini tiba masa untuk si manja mencuba pelbagai jenis makanan pertama mereka. Pastinya anda tertanya-tanya apakah makanan bayi masuk 6 bulan yang sesuai untuk diberikan.

Jangan risau, diharapkan melalui perkongsian artikel Hello Doktor ini, segala persoalan anda akan terjawab.

Persediaan berikan makanan bayi 6 bulan

Pertama sekali, anda harus ingat pada usia ini, penyusuan susu ibu mahupun susu formula masih menjadi sumber utama pemakanan bayi anda.

Ini kerana pemberian makanan pejal atau solid food, hanyalah makanan tambahan dan anda masih perlu menyusukan si manja.

Jangan pula anda terus berhenti memberikan susu sebaik sahaja mereka mula mengambil solid food, faham ya ibu-ibu sekalian?

Selalunya, makanan pertama yang diberikan kepada bayi adalah daripada jenis bijirin, seperti nasi atau oat. 

Kebanyakan ibu di Malaysia memberikan bayi bubur nasi sebagai makanan pertama. Ini pastinya mengambil kira faktor nasi sebagai makanan ruji masyarakat di sini.

Tetapi ada sesetengah bayi tidak sukakan makanan bijirin. Jangan bimbang, ia perkara normal.

Tidak ada salahnya jika bayi melangkau pengambilan bijirin dan terus diberikan makanan jenis puri sebagai makanan bayi 6 bulan. 

Namun, ibu disarankan untuk mencuba memberikan nasi terlebih dahulu. Ia kerana makanan tersebut memberikan nutrien tambahan yang diperlukan bayi pada usia ini.

Jika anda ingin menyediakan puri, perkenalkan hanya 1 jenis buah atau sayuran dan berikan makanan tersebut kepada bayi untuk sekurang-kurangnya 3 hari.

makanan bayi 6 bulan
Anak akan suka jika makan makanan kegemarannya.

Perhatikan jika terdapat sebarang tanda atau simptom reaksi alahan yang ditunjukkan si manja.

Sekiranya dia bertindak balas dengan baik, bermakna anda boleh teruskan beri puri buah atau sayuran yang sama. Anda juga boleh cuba berikan makanan pejal lain. 

Wujud tindak balas alergi

Bagaimana jika si manja menunjukkan reaksi tindak balas alahan terhadap sesetengah jenis makanan yang diberikan?

Umumnya, antara tindak balas alahan yang boleh berlaku dan perlu diperhatikan seperti:

Jika wujud alahan pada bayi, hentikan pemberian makanan tersebut dengan segera. Andai alahan berlanjutan atau semakin teruk, dapatkan bantuan perubatan.

Sekiranya pakar pediatrik memberikan lampu hijau, anda boleh mencuba kembali memberikan makanan yang sama setelah beberapa bulan. 

makanan bayi 6 bulan
Petua makanan dan minuman untuk bayi.

Pilihan makanan bayi 6 bulan

Ketika memasak makanan untuk diberikan kepada bayi, jangan pula tambah sebarang perasa seperti gula atau garam.

Kenapa tidak boleh? Ini kerana menurut pakar, tindakan tersebut boleh menyebabkan tekanan yang tidak diingini pada buah pinggang.

Apabila si manja sudah mencecah usia setahun, barulah boleh ditambah gula atau garam dalam makanan mereka. 

Berikut antara pilihan makanan pejal terbaik untuk diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan:

1. Puri buah

Buah yang ingin diberikan haruslah dikukus dan dilenyekkan untuk diperkenalkan pada kali pertama. 

Contoh buah-buahan yang sesuai seperti epal, pisang, pir, avokado atau pic.

2. Puri sayuran

Seperti puri buah, sayur yang hendak diberikan kepada anak harus dimasak seperti menggunakan kaedah kukus sebelum dijadikan puri.

Antara sayuran pilihan seperti ubi keledek, ubi kentang, lobak merah atau labu.

3. Pulse soup

Berasal daripada perkataan Latin bermaksud sup pekat. Anda hanya perlu rebuskan air dengan sayuran pilihan seperti lobak atau kentang yang dipotong. 

Setelah lembut dan masak, lenyekkan campuran tersebut sebelum diberikan sebagai makanan bayi 6 bulan.

makanan bayi 6 bulan
Sup cendawan mempunyai rasa yang agak berkrim.

4. Bubur nasi

Bila bayi boleh makan bubur? Inilah masanya.

Nasi adalah pilihan terbaik untuk karbohidrat dan vitamin kepada bayi. Campurkan bubur tersebut dengan susu badan atau susu formula.

5. Bubur bijirin

Contohnya, bubur yang diperbuat daripada pelbagai jenis bijirin seperti gandum, oat atau barli

6. Sup sayur

Anda boleh rebuskan pelbagai campuran sayuran dan stok air rebusan diberikan sebagai sup.

Jangan memaksa..

Waktu makan perlu menjadi sesuatu yang menyenangkan. Jadi elakkan daripada memaksa si manja untuk mencuba sebarang makanan pejal sekiranya mereka tidak mahu.

Perhatian!


Berbincanglah dengan doktor andai si manja tidak menunjukkan minat pada sebarang makanan bayi 7 bulan setelah anda cuba memberikannya untuk tempoh beberapa minggu.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 6-8 months. https://www.tresillian.org.au/advice-tips/nutrition/6-8-months/Accessed on June 5, 2020
  2. Feeding guide for the first year. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=feeding-guide-for-the-first-year-90-P02209/ Accessed on June 5, 2020
  3. Dos and don’ts for baby’s first. https://www.eatright.org/food/nutrition/eating-as-a-family/dos-and-donts-for-babys-first-foods/ Accessed on June 5, 2020
  4. Healthy baby. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20046200 / Accessed on June 5, 2020
  5. Feeding your baby 6-12 months. https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/feeding-your-baby-6-12-months. Accessed on June 5, 2020 

Versi Terbaru

14/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!

Baby Susah Nak Tidur Jika Tak Didodoi? Ini 7 Cara Melatih Bayi Tidur Sendiri


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan