Ini Sebabnya Kenapa Bayi TAK Boleh Diberi 7 Makanan Ini Terlalu Awal, Tunggu Hingga 6 Bulan!

    Ini Sebabnya Kenapa Bayi TAK Boleh Diberi 7 Makanan Ini Terlalu Awal, Tunggu Hingga 6 Bulan!

    Memulakan pemberian makanan pejal adalah masa yang menarik untuk anda dan bayi. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia adalah yang paling bermanfaat untuk memperkenalkan makanan bayi 6 bulan, tetapi tidak sesekali sebelum 4 bulan!

    Pada masa ini, anda akan terus menyediakan nutrisi dan penghidratan penting yang diperlukan daripada susu ibu atau susu formula. Sementara itu, berikan pendedahan kepada bayi anda kepada dunia baru dengan pelbagai perisa dan nutrien.

    Malah, ini adalah salah satu tempoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan rasa bayi anda.

    Bayi anda akan paling mudah mencuba dan menerima semua jenis makanan pada zaman ini, jadi penting untuk menawarkan pelbagai perisa yang berbeza daripada setiap hidangan makanan.

    Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa dalam meneroka pendedahan makanan bayi 6 bulan, air susu ibu (ASI) atau susu formula masih kekal sebagai sumber utama pemakanan bayi anda bagi tahun pertamanya.

    Oleh itu, teruskan pemberian ASI atau susu formula sama seperti bayi anda memulakan makanan pejalnya.

    Petunjuk bayi bersedia untuk ambil makanan bayi 6 bulan

    Walau bagaimanapun, jika ingin anak anda merasakan makanan bayi 6 bulan lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut.

    Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekali gus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:

    • Dapat mengawal gerakan kepala. Bayi anda patut mampu menjaga kepalanya dalam kedudukan tegak dan mantap tanpa bantuan orang dewasa atau penjaga.
    • Tidak lagi mempunyai refleks tujah lidah. Jangan tawarkan makanan pejal kepada bayi jika dia terus menolak makanan pejal daripada mulutnya secara automatik.
    • Boleh duduk dengan tegas dan mantap tanpa bantuan orang dewasa. Bayi anda perlu berupaya berada pada posisi duduk untuk mengunyah dan menelan dengan betul.
    • Gerakan mengunyah. Apabila bayi anda semakin membesar, mulut dan lidahnya berkembang selari dengan satu sama lain. Oleh itu, untuk mula makan pepejal, bayi anda perlu tahu cara menggerakkan makanan ke dalam mulut dan menelannya. Sebaik sahaja bayi anda terbiasa makan makanan pejal, anda mungkin akan mendapati bahawa air liurnya tidak lagi meleleh.
    • Peningkatan berat badan dengan ketara. Kebanyakan bayi boleh ambil makanan bayi 6 bulan apabila mereka bertambah dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran dan sekurang-kurangnya lebih tua daripada 4 bulan.
    • Semakin berselera. Bayi anda seolah-olah makan lebih banyak, walaupun anda memberikan lapan atau sepuluh penyusuan susu ibu atau susu formula sehari.
    • Tertarik dengan makanan anda. Anda mungkin mendapati bayi anda melihat apa yang anda makan dan meminta atau menjangkau tangannya untuk mengambil makanan bayi 6 bulan tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

    Mengapa makanan bayi 6 bulan tidak boleh diberikan terlalu awal?

    makanan bayi 6 bulan

    Sama seperti ibu bapa yang lain, anda akan dinasihatkan untuk memperkenalkan makanan bayi 6 bulan pada sekitar usia tersebut.

    Jika anda mula memperkenalkan makanan bayi 6 bulan pada waktu yang lebih awal, terdapat beberapa masalah yang mungkin muncul, ia termasuklah:

    • Sistem pencernaan dan buah pinggang anak anda belum cukup berkembang untuk memproses makanan pejal. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda mungkin menyebabkan masalah pencernaan, seperti cirit-birit dan penyakit seliak (coeliac). Penyakit seliak berlaku apabila badan tidak dapat memproses gluten, bahan yang terdapat dalam gandum dan bijirin lain.
    • Sewaktu anak anda berusia kurang daripada 6 bulan, susu badan atau susu formula sudah cukup untuk memberi mereka nutrien yang diperlukan.
    • Tidak ada manfaat kesihatan positif jika bayi anda diperkenalkan kepada makanan terlalu awal. Malah, bayi anda masih mempunyai refleks lidah jika mereka berusia kurang dari 6 bulan. Refleks ini membuatkan mereka menolak sebarang makanan dalam mulut mereka. Sebelum anda memperkenalkan makanan, bayi anda perlu sudah hilang refleks ini agar mereka boleh memakan makanan pejal. Refleks selalunya mula berkurangan antara empat dan enam bulan.
    • Risiko bayi anda mengalami jangkitan dan alahan yang boleh meningkatkan risiko masalah pencernaan dan obesiti di kemudian hari. Bayi anda mungkin akan mengalami masalah kulit kerana peningkatan risiko masalah kulit seperti ekzema. Ekzema menyebabkan kulit kering, merah dan gatal-gatal.
    • Peningkatan berat badan yang berlebihan juga berlaku. Bayi anda berisiko untuk bertambah berat badan secara berlebihan apabila dewasa.

    Elakkan memberi makanan ini kepada bayi anda

    makanan bayi 6 bulan

    Imun bayi masih belum cukup kuat, jadi tubuh badannya masih belum boleh menyesuaikan diri dengan dunia luar. Bahkan makanan yang orang dewasa makan setiap hari tidak boleh diberikan kepada bayi, malah ia juga boleh menjejaskan kesihatan bayi.

    Berikut adalah jenis-jenis makanan yang boleh membahayakan si kecil anda.

    Madu

    Madu mengandungi sejenis bakteria toksik yang dipanggil clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan botulism dalam kalangan bayi di bawah usia setahun.

    Bagi kebanyakan orang dewasa, bakteria tersebut tidak akan membahayakan. Namun, tidak bagi kanak-kanak yang masih terbentuk sistem imunnya. Pendek kata, madu tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur setahun.

    Garam

    Jika kanak-kanak mengambil terlampau banyak garam, buah pinggang mereka akan cenderung mengalami masalah.

    Kanak-kanak ini juga akan mempunyai tabiat untuk menggemari makanan yang masin apabila mereka dewasa, sekali gus meningkatkan risiko untuk mereka mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular yang lain.

    Oleh itu, ibu bapa perlu mengelak daripada menambah garam dalam diet anak mereka. Jangan berikan anak makanan yang masin seperti sosej, bakon, dan udang kering sehinggalah bayi mencecah usia 12 bulan.

    Gula

    Ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan gula dalam diet bayi mereka kerana ia boleh membawa kepada masalah kerosakan gigi dan masalah dental yang lain. Kita juga perlu mengelak daripada memberikan anak-anak makanan yang manis seperti biskut, jus buah, dan aiskrim.

    Buah-buahan

    Sesetengah kanak-kanak alah dengan buah-buahan yang masam seperti kiwi, strawberi, tomato, oren dan lemon. Buah terbaik untuk diberikan kepada kanak-kanak bagi merangsang deria rasa mereka adalah seperti pisang, mangga, avokado, dan epal.

    Susu lembu

    Bayi di bawah usia 1 tahun tidak boleh minum susu lembu kerana sistem penghadaman mereka tidak boleh mencerna enzim dan protein dalam susu lembu.

    Susu lembu boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang mereka yang masih lemah. Tambahan pula, tidak seperti susu formula, susu lembu mengandungi sedikit kalori dan vitamin, yang tidak sesuai dengan perkembangan bayi.

    Makanan laut

    Kebanyakan jenis makanan laut seperti ketam, udang, dan kepah boleh menimbulkan alahan dalam kalangan kanak-kanak. Ibu hanya boleh mula menyediakan makanan laut kepada anak mereka apabila usia mereka sekurang-kurangnya 9 bulan.

    Namun, sebelum usia tersebut, amatlah digalakkan untuk setiap ibu bapa mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum memberikan jenis makanan ini kepada bayi, apatah lagi jika terdapat sejarah alahan makanan laut dalam keluarga anda.

    Hati haiwan

    Hati haiwan merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A, yang amat penting untuk perkembangan sistem imun dan keseluruhan kesihatan kanak-kanak.

    Akan tetapi, hati haiwan juga mengandungi banyak toksin kerana ia bertindak sebagai penghapus toksin untuk badan.

    Jadi, jika anda mahu berikan anak anda hidangan yang mengandungi hati, pastikan anda memasaknya dengan teliti untuk menghapuskan racun.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Nutrition 6-8 months https://www.tresillian.org.au/advice-tips/nutrition/6-8-months/ Accessed on May 30, 2019.
    2. Food allergies and your baby’s first foods https://healthywa.wa.gov.au/Articles/F_I/Food-allergies-and-your-babys-first-foods Accessed on May 30, 2019.
    3. Weaning your baby. http://www.readysteadybaby.org.uk/growing-together/looking-after-your-growing-baby/weaning-your-baby/index.aspx. Accessed October 12, 2016.
    4. Solid foods: How to get your baby started, http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20046200,  Accessed November 22, 2016.
    5. Foods and Drinks for 6 to 24 Month Old’s. https://www.cdc.gov/nutrition/InfantandToddlerNutrition/foods-and-drinks/index.html. Accessed November 22, 2016. 

     

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 21/12/2021
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan