Mendapatkan doktor pakar kanak kanak untuk hal berkaitan anak adalah yang terbaik, kerana mereka adalah expert. Namun bagaimana untuk memilih klinik pakar kanak kanak yang terbaik?
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu doktor pakar kanak kanak?
Pakar pediatrik adalah doktor pakar kanak kanak yang akan menguruskan segala hal atau isu yang berkaitan dengan kanak-kanak.
Mereka ini telah dilatih untuk mendiagnosis dan merawat anak anda jika berlaku sebarang masalah tidak kira sekecil atau sebesar mana sekalipun.
Kebolehan dan keupayaan mereka tidak usah anda ragukan kerana pakar pediatrik telah menjalani kursus perubatan berkaitan kesihatan kanak-kanak selama bertahun-tahun di sekolah perubatan.
Selain itu, mereka juga pasti telah diiktiraf oleh kementerian atau persatuan kesihatan sesebuah negara sebelum boleh bergelar seorang doktor pakar kanak-kanak.
Ini merupakan contoh tugas-tugas seorang pakar pediatrik:
- Membuat pemeriksaan fizikal kanak-kanak
- Memeriksa pertumbuhan, kelakuan dan skil kanak-kanak
- Memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak
- Mendiagnosis dan merawat sakit, infeksi, nutrisi, kecederaan dan pelbagai lagi masalah kesihatan kanak-kanak
- Memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai perkembangan kesihatan, keselamatan, nutrisi serta keperluan kecergasan kanak-kanak
- Menjawab setiap soalan berkaitan dengan tumbesaran kanak-kanak.
- Merujuk ibu bapa kepada pakar jika mereka beranggapan kanak-kanak memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada pakar
Kategori doktor pakar kanak kanak
Meskipun seorang pakar pediatrik sebenarnya adalah pakar dalam setiap isu kesihatan dan kelakuan kanak-kanak secara umumnya, mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan masing-masing.
Dalam bidang mereka, terdapat banyak kategori pakar pediatrik dan ini semua bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka, seperti:
- Pediatrik Kardiologi, salah satu bidang doktor pakar kanak kanak
Pakar berkaitan dengan jantung kanak-kanak.
- Pediatrik Gastroenterologi
Pakar berkaitan dengan sistem pencernaan kanak-kanak.
- Pediatrik Endokrinologi
Pakar berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan berkenaan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak.
- Pediatrik Nefrologi
Pakar berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak.
- Pediatrik Pulmonologi, antara bidang doktor pakar kanak kanak
Pakar berkaitan dengan paru-paru dan sistem pernafasan kanak-kanak.
- Pediatrik Rheumatologi
Pakar berkaitan dengan sistem autoimun dan imunisasi dalam tubuh badan kanak-kanak.
- Pediatrik Hermatologi-Onkologi
Pakar berkaitan dengan sistem darah kanak-kanak.
- Pediatrik Neonatal-Perinatal
Pakar menjaga dan merawat bayi pramatang dan bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran.
- Pediatrik Penjagaan Kritikal, salah satu bidang doktor pakar kanak kanak
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak kritikal atau tidak stabil akibat penyakit dan kecederaan.
- Pediatrik Kecemasan
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak berada di ruang kecemasan.
- Pediatrik Penyakit Berjangkit
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak menghidapi penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria, virus, kuman, parasit dan lain-lain jangkitan.
- Pediatrik Hospital, doktor pakar kanak kanak
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak sepanjang mereka berada di dalam hospital.
- Pediatrik Penderaan Kanak-kanak
Pakar menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan tidak kira mental atau fizikal.
- Pediatrik Kelakuan Kanak-kanak
Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan kelakuan, termasuklah masalah pembelajaran, pemakanan dan ketidakupayaan semula jadi seperti autisme dan cerebral palsy.
- Pediatrik Remaja
Pakar untuk membantu remaja dalam lingkungan usia sehingga 21 tahun yang mempunyai masalah terutamanya fizikal, kelakuan dan kesihatan emosi, kehidupan sosial dan akademik.
Ya, memang agak kompleks, bukan? Namun begitulah hakikatnya kategori-kategori seorang pakar pediatrik.
Pun begitu, anda tidak perlu terlalu risau untuk membawa anak anda berjumpa doktor yang tepat dengan masalah anak anda kerana pada dasarnya mereka ini semua juga adalah seorang pakar yang bertugas di klinik pakar kanak kanak.
Oleh itu, segera rujuk pakar-pakar ini untuk menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan kesihatan dan kelakuan anak anda.
Tip memilih doktor pakar kanak kanak
Sebelum anda ingin membuat keputusan memilih doktor pediatrik terbaik untuk anak anda, berjumpa secara bertentang mata dengan doktor pediatrik tersebut terlebih dahulu.
Dengan perjumpaan kali pertama ini penting tersebut, kerana ia mungkin dapat membantu anda membuat keputusan apabila memilih pediatrik untuk anak anda.
Apa yang perlu anda perhatikan dalam memilih doktor pakar kanak kanak?
Waktu menunggu sebaiknya digunakan untuk anda memandang sekeliling kawasan klinik atau hospital. Perhatikan perkara-perkara berikut:
Kebersihan: Ruangan menunggu perlu bersih dan teratur. Jangan lupa untuk memerhatikan bilik pemeriksaan untuk melihat sama ada ia selamat dan menepati piawaian kebersihan.
Kemesraan: Sesetengah ibu bapa mungkin inginkan seseorang doktor yang mesra dan banyak bercerita. Sementara, ada juga ibu bapa yang mencari doktor sebaliknya, iaitu yang lebih berterus terang dan profesional.
Personaliti kakitangan: Anda boleh melihat cara staf berinteraksi dengan doktor dan cara pendekatan mereka kepada anda di situ.
Lokasi: Klinik atau hospital yang dekat dengan rumah adalah lebih baik berbanding dengan anda memilih doktor yang jauh dari tempat tinggal anda.
Masa menunggu: Lihat bilangan kanak-kanak yang masih menunggu di klinik tersebut. Ini boleh membantu anak melihat sama ada mereka terlebih pesakit ataupun tidak.
Baca juga: