Apakah simptom biasa penderaan kanak-kanak?
Penderaan kanak-kanak adalah lebih dari sekadar penderaan fizikal. Walaupun penderaan secara fizikal adalah lebih jelas, tetapi terdapat penderaan lain yang ada masanya diabaikan. Sebagai contoh, mengabaikan keperluan kanak-kanak, membiarkan mereka tanpa pengawasan dan situasi berbahaya atau membuatkan kanak-kanak merasakan tidak berguna atau bodoh, juga merupakan penderaan kanak-kanak.
Tidak kira apa sekalipun penderaan yang dilakukan, ia tetap memberikan impak yang sama. Penderaan kanak-kanak boleh menyebabkan impak negatif terhadap pertumbesaran sosial dan psikologi kanak-kanak. Berikut adalah beberapa jenis penderaan yang boleh berlaku:
- Penderaan fizikal. Kanak-kanak didera atau diletakkan dalam keadaan bahaya
- Penderaan seksual. Melakukan sebarang aktiviti seksual dengan kanak-kanak
- Penderaan emosi. Melibatkan serangan lisan atau emosi, seperti menjerit, memaki-hamun, mengabaikan
- Penderaan kesihatan. Jika seorang kanak-kanak sengaja dibiarkan untuk sakit, ia dianggap sebagai penderaan kesihatan, kerana meletakkan kanak-kanak dalam bahaya atau kecederaan
- Pengabaian. Kanak-kanak tidak diberikan makanan, tempat tinggal, kasih sayang, pendidikan atau perubatan yang secukupnya.
Tanda amaran penderaan kanak-kanak
Penderaan kanak-kanak boleh berlaku dalam kalangan mana-mana keluarga atau sekolah. Adalah sukar untuk kanak-kanak untuk mendedahkan bahawa mereka didera, biasanya ini kerana pendera adalah seseorang yang dianggap sebagai ibu bapa atau guru. Berikut adalah beberapa tanda yang boleh anda lihat untuk mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut didera, antaranya:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen