Cara yang berkesan untuk melancarkan sistem penghadaman bayi
Terdapat beberapa tip untuk memastikan kelancaran sistem penghadaman bayi anda. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibu bapa:
Pilih makanan yang segar
Jangan sesekali berikan makanan yang diproses kepada bayi anda. Ini kerana ia mempunyai kandungan lemak, gula dan garam yang sangat tinggi dan mampu untuk kekal berada dalam sistem penghadaman bayi anda pada masa yang lama.
Kunyah makanan sebetulnya
Sistem penghadaman yang baik bermula dari mulut. Jika makanan dikunyah dengan sebetulnya, sistem penghadaman tidak perlu bekerja terlalu keras. Jadi, ia boleh fokus kepada fungsi yang lain selain daripada menguraikan makanan yang tidak dikunyah dengan betul.
Kekal berhidrasi
Air adalah sumber paling penting untuk memastikan badan anda tidak mempunyai toksik yang boleh mengganggu sistem penghadaman. Walau bagaimanapun, jangan biasakan anak anda minum air bergas kerana ia boleh meningkatkan kandungan asid dalam perut.
Makan banyak makanan yang kaya dengan probiotik
Galakkan anak anda makan makanan yang ditapai seperti jeruk, kimchi atau tempeh dan minum yogurt ayau kefir 30 minit setiap kali selepas makan. Namun sebelum itu, ibu bapa perlu memastikan ia merupakan produk yang terjamin kualitinya atau cuba buat sendiri di rumah untuk lebih kepastian.
Mengambil kedua-dua prebiotik dan probiotik
Probiotik dan prebiotik sangat penting untuk sistem penghadaman bayi yang lancar. Oleh itu, pastikan anda membekalkan anak anda dengan kedua-duanya. Ia berfungsi mengekalkan meningkatkan kehadiran flora dalam perut bayi anda. Antara sumber utama prebiotik dan probiotik adalah asparagus, bawang putih, pisang dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen