backup og meta

Baby 6 Bulan Boleh Makan Buah Apa? Ini Senarai Buah Selamat Untuk Si Manja + Resipi!

Baby 6 Bulan Boleh Makan Buah Apa? Ini Senarai Buah Selamat Untuk Si Manja + Resipi!

Sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan tetapi pastikan juga si kecil diberikan buah-buahan. Jadi apakah antara buah untuk bayi 6 bulan yang boleh diberikan ya?

Dalam perkongsian artikel ini, anda akan dapat mengetahui buah yang sesuai diberikan bersama beberapa resipi mudah dan enak buat si kecil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Buah untuk bayi 6 bulan

Memasukkan buah dalam diet anak adalah bagus kerana ia membekalkan nutrien dan vitamin penting yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat sepanjang tahun pertama kehidupan mereka.

Kebiasaannya buah-buahan yang boleh diberikan kepada si manja adalah daripada jenis yang mudah dilenyek, dipotong dadu dan dicampur ke dalam makanan mereka.

Buah yang sangat berasid seperti oren, limau gedang dan strawberi dianggap sebagai antara jenis buah yang tidak sesuai untuk bayi 6 bulan. Ini kerana makanan berasid tinggi boleh menyebabkan ruam lampin pada si kecil.

Sudah tentu, cara terbaik adalah untuk melakukan rundingan dan pemeriksaan dengan doktor sebelum cuba memberi makanan baharu bagi mengesan alahan dan mengelak kesan sampingan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Buah yang sesuai untuk bayi 6 bulan

Sebenarnya terdapat banyak jenis buah-buahan yang boleh dimasukkan ke dalam diet si kecil, antaranya seperti:

Avokado

Buah ini mempunyai kandungan protein tertinggi berbanding mana-mana buah lain. Bahkan ia kaya dengan lemak tak tepu tunggal sihat yang membantu meningkatkan perkembangan otak. Komposisi lemak avokado juga dikatakan serupa dengan susu ibu.

Pastikan anda memberikan buah yang sudah masak – basuh bahagian luarnya, ambil isinya sahaja dan lenyekkan mengikut konsistensi yang diingini.

Pisang, antara jenis buah untuk bayi 6 bulan 

Pisang kaya dengan karbohidrat untuk tenaga berterusan serta serat yang menyokong sistem penghadaman sihat.

Dianggap sebagai pilihan grab-and-go, selain merupakan sumber kalium yang baik, pisang juga mengandungi vitamin B6 dan C serta magnesium.

Jika ingin menghidangkannya kepada anak kecil, pastikan ia buah yang masak dan dilenyek dengan baik. Anak yang lebih besar boleh mengambilnya sebagai makanan jejari (finger food).

Prun

Lembut, manis dan penuh serat menyebabkan ia dianggap buah untuk bayi 6 bulan.

Sembelit merupakan keadaan normal untuk berlaku semasa peralihan kepada makanan pejal. Menambahkan prun ke dalam diet si kecil dapat membantu sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.

Betik 

Buah betik masak kaya dengan vitamin A dan C – penting untuk menyokong penglihatan, sistem imun dan kulit bayi.

Vitamin C juga berfungsi membantu penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan.

Epal

Buah yang mudah dihadam dan serat larut di dalam epal membantu masalah sembelit. Pastikan kulit buah epal dikupas sebelum dimasak atau dihidangkan kepada si kecil untuk mengelakkan tercekik.

buah untuk bayi 6 bulan
Cara mengatasi masalah bayi tercekik.

Buah untuk bayi 6 bulan #Tembikai 

Selain vitamin C, tembikai juga mengandungi likopen antioksidan kuat dan fitonutrien lain seperti beta-karotena yang berfungsi menyokong fungsi pertahanan (imun) dan asid amino unik – citrulline – untuk menggalakkan tekanan darah yang sihat.

Pir

Lembut untuk perut bayi dan sesuai dijadikan pilihan semasa proses bercerai susu kerana ia rendah bahan kimia semula jadi. Cuba jadikan ia sebagai puri dan sajikan dalam yogurt. 

Beri biru

Antara buah dengan kandungan antioksidan tertinggi, sekali gus menjadikan beri biru bersifat antiradang.

Buah ini mempunyai flavonoid yang memberi manfaat kepada mata, otak dan juga saluran kencing bayi.

Mangga

Merupakan sumber vitamin A, B6 dan C yang baik, kalium, tembaga dan serat. Mangga boleh dihidangkan dengan melenyekkannya menggunakan garpu dan dicampur dengan sayur, yogurt atau dimakan sendiri tanpa dicampur apa-apa. 

Jika bayi sudah belajar makan sendiri, ia boleh dipotong halus sebagai finger food bagi membantu mengembangkan kemahiran motor mereka. 

buah untuk bayi 6 bulan
Buah mangga yang telah dipotong.

Resipi buah untuk bayi 6 bulan 

Puri buah avokado 

Bahan-bahan:

Cara penyediaan puri buah untuk bayi 6 bulan:

  1. Masukkan avokado ke dalam pengisar dan kisarkan.
  2. Tambahkan susu ibu, susu formula atau air jika perlu untuk mencairkan puri mengikut konsistensi diingini.

Puri buah untuk bayi 6 bulan juga sesuai untuk dinikmati ibu ayah. Cuma guna air untuk mencairkan puri.

Applesauce

Bahan-bahan:

  • 4 biji epal saiz sederhana – dikupas, dicincang dan dibuang bahagian tengahnya – boleh mencampurkan jenis epal seperti Granny Smith, Fuji
  • ¾ cawan air
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk. Tutup dan biarkan ia masak dengan api sederhana sehingga epal lembut – antara 15-20 minit.
  2. Biarkan menyejuk sebelum dilenyekkan dengan garpu hingga mencapai konsistensi diingini.

Epal & kayu manis

Bahan-bahan:

  • 1 sudu mentega tanpa garam atau minyak kelapa
  • 2 cawan epal – hiris dan dicincang
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
buah untuk bayi 6 bulan
Buah epal yang dipanaskan dengan mentega di dalam kuali.

Cara penyediaan:

  • Panaskan mentega atau minyak dalam kuali non stick dengan api sederhana.
  • Kemudian masukkan epal dan kacau sehingga ia lembut dan sebati.
  • Taburkan serbuk kayu manis dan gaul rata. 

Pisang karamel

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang masak saiz sederhana – dipotong bulat dengan ketebalan kira-kira ½ inci.
  • 1 sudu teh mentega tanpa garam atau minyak kelapa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan mentega atau minyak dalam kuali non stick di atas api sederhana. 
  2. Masukkan pisang dan pastikan ia rata. Masak selama 1-2 minit atau hingga keperangan.
  3. Balikkan dan masak untuk tempoh yang sama. 

#Puri beri biru

Bahan-bahan:

Cara penyediaan puri buah untuk bayi 6 bulan:

  1. Kisar buah beri bersama ¼ cawan air. Tambahkan air untuk mendapat konsistensi yang diingini.
  2. Hidangkan atau boleh disimpan dalam bekas bertutup untuk 3-5 hari dalam peti sejuk atau sehingga tiga bulan dalam peti sejuk beku.

Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Starting Solid Foods. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Starting-Solid-Foods.aspx, Accessed on Oct 28, 2022
  2. Comerford, K. B., Ayoob, K. T., Murray, R. D., & Atkinson, S. A. (2016). The Role of Avocados in Complementary and Transitional Feeding. Nutrients, 8(5), 316. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27213450/, Accessed on Oct 28, 2022
  3. Mark L. Dreher (2018). Whole Fruits and Fruit Fiber Emerging Health Effects. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6315720/?report=classic, Accessed on Oct 28, 2022 
  4. Valentina De Cosmi, Silvia Scaglioni, and Carlo Agostoni (2017). Early Taste Experiences and Later Food Choices. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5331538/, Accessed on Oct 28, 2022
  5. Vegetables and fruit. https://www.inspq.qc.ca/en/tiny-tot/feeding-your-child/foods/vegetables-and-fruit, Accessed on Oct 28, 2022
  6. 10 Best Foods for Babies. https://www.fnri.dost.gov.ph/index.php/publications/writers-pool-corner/59-babies-and-children/97-10-best-foods-for-babies, Accessed on Oct 28, 2022
  7. Sample Menu for a 1-Year-Old Child. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Sample-One-Day-Menu-for-a-One-Year-Old.aspx, Accessed on Oct 28, 2022

Versi Terbaru

30/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini 3 Cara Perkenalkan Makanan Tekstur Pada Bayi 7-9 Bulan, Penting Untuk Perkembangan Baby!

6 Jenis Makanan Solid Ini Sesuai Buat Bayi 7 Bulan (Ekstra: 4 Resipi Mudah Untuk Ibu Cuba!)


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan