
Malah ketika anda melakukan hubungan seks, mengalami ovulasi dan sewaktu implantasi berlaku, segalanya melibatkan pelbagai faktor.
Disebabkan itu, sukar untuk menentukan tarikh bersalin yang tepat.
Maka sebaiknya, apabila kehamilan anda tidak melibatkan masalah kesihatan, biarkan proses kelahiran bayi berlaku secara semula jadi.
Jadi sudah bersedia untuk mengetahui kesannya jika ibu hamil melahirkan bayi pramatang 6 bulan?
Risiko kelahiran bayi pramatang 6 bulan
Seperti yang dinyatakan tadi, adalah baik jika membiarkan kelahiran berlaku secara sendiri. Walau bagaimanapun dalam kes tertentu, bayi mungkin dilahirkan sebelum waktunya.
Biasanya keadaan ini melibatkan masalah kesihatan seperti preeklampsia dan kelahiran awal adalah pilihan paling selamat.
Namun masih ada risiko kepada bayi yang dilahirkan pramatang.
Dalam usia 36 minggu, bayi dianggap sebagai pramatang lewat.
Menurut jurnal Obstetrics and Gynecology, bayi pramatang yang lahir antara minggu ke- 34 dan 36 menyumbang hampir 3 per 4 daripada semua kelahiran pramatang.
Kadar kelahiran bayi pada peringkat ini telah meningkat 25% sejak tahun 1990.
Walaupun risiko komplikasi kesihatan bagi bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 menurun dengan ketara berbanding bayi 35 minggu, namun masih wujud risiko seperti:
- Sindrom gangguan pernafasan (RDS)
- Sepsis
- Patent ductus arteriosus (PDA)
- Penyakit kuning
- Berat lahir rendah
- Kesukaran mengawal suhu badan
- Proses tumbesaran lewat
- Kematian
Akibat komplikasi, bayi pramatang 6 bulan mungkin perlu dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal (NICU) atau bahkan dimasukkan ke hospital,
Masalah RDS merupakan risiko komplikasi paling besar untuk bayi yang lahir pada minggu ke-36.
Umumnya, bayi lelaki pramatang lewat dilihat mempunyai lebih banyak masalah berbanding bayi perempuan.

Walaupun dianggarkan hanya 5% bayi yang dilahirkan pada usia 36 minggu dimasukkan ke NICU, tetapi hampir 30% mengalami gangguan pernafasan.
Manakala jumlah kematian untuk bayi pada usia ini adalah 0.8% selepas mengambil kira si kecil yang mempunyai masalah kelainan jantung.
Bayi pramatang 6 bulan: Kesan terhadap tumbesaran
Bayi dilahirkan pada usia 36 minggu lebih berisiko mengalami masalah perkembangan, baik dari segi fizikal dan mental, jika dibandingkan dengan rakan mereka yang cukup bulan.
Antara masalah perkembangan yang mungkin dialami adalah:
- Cerebral palsy
- Prestasi sekolah yang rendah
- Memerlukan intervensi awal
- Keperluan pendidikan khas
- Masalah tingkah laku dan psikiatri
Menurut penyelidikan yang dimuatkan dalam American Journal of Perinatology, bayi pramatang 6 bulan pada usia prasekolah nanti sukar untuk mengikuti arahan dan melakukan latihan berkaitan ingatan.
Kajian lain turut menunjukkan bahawa bayi pramatang lewat menunjukkan penurunan perkembangan pada usia 9 bulan jika dibandingkan dengan anak yang dilahirkan cukup bulan.

Kesimpulannya
Dalam kebanyakan kes, kelahiran bayi pada usia 36 minggu bukanlah disebabkan pilihan ibu hamil
Sebilangan besar bayi dilahirkan pramatang berlaku kerana proses kelahiran pramatang itu sendiri atau pun air ketuban pecah lebih awal.
Dalam situasi seperti itu, adalah lebih baik untuk mengetahui risiko yang bakal dialami oleh bayi dan bersedia dengan perancangan awal bersama doktor.
Jika boleh, biarkan proses kelahiran berlaku secara semula jadi bagi mengelakkan situasi melahirkan bayi pramatang 6 bulan.