backup og meta

Betul Ke Susu Ibu Punca Baby Kuning? Ayuh Ketahui Sebab Jaundis Pada Si Kecil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/04/2023

    Betul Ke Susu Ibu Punca Baby Kuning? Ayuh Ketahui Sebab Jaundis Pada Si Kecil

    Ada yang percaya bahawa susu ibu boleh jadi punca baby kuning atau jaundis. Adakah ia fakta atau mitos semata-mata? Sila ikuti artikel untuk tahu punca baby demam kuning dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Susu ibu jadi punca baby kuning?

    Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir.

    Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 50% bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.

    Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.

    Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami demam kuning disebabkan susu ibu sendiri.

    Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara jaundis yang dialami bayi dengan susu ibu?

    Susu ibu & punca baby kuning

    punca baby kuning

    Terdapat dua jenis demam kuning yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) dan demam kuning penyusuan susu ibu (breastfeeding demam kuning).

    Dalam kebanyakan hal, punca baby kuning mungkin disebabkan penyusuan susu ibu, iaitu kerana tidak menyusu dengan mencukupi.

    Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.

    Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut untuk bayi jaundis:

    • Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
    • Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
    • Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.

    punca baby kuning

    • Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
    • Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
    • Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
    • Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
    • Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
    • Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
    • Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.

    Demam kuning susu ibu (breast milk demam kuning) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran.

    Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3% bayi.

    Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.

    Punca baby kuning disebabkan susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu badan yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin.

    Keadaan ini juga boleh diwarisi dalam keluarga.

    Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu.

    Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami demam kuning susu melainkan atas arahan doktor. 

    Baca juga:

    Simptom bahaya jaundis

    punca baby kuning

    Walaupun penyakit jaundis merupakan satu masalah biasa yang sering dialami oleh kebanyakan bayi, tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

    Selain mengetahui punca baby kuning, ibu juga perlu mengenal pasti simptom jaundis seperti:

    • Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.
    • Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari)
    • Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring
    • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)
    • Bayi yang mendapat jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

    Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri.

    Ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mendapat bantuan nasihat doktor dan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Segera dapatkan rawatan jika keadaan jaundis bayi berlarutan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan