Kelahiran pramatang berisiko menjejaskan tahap kesihatan si manja. Ini masalah kesihatan yang terdedah kepada bayi pramatang 6 bulan patut ibu hamil ketahui.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Memahami istilah cukup bulan atau lahir awal
Dahulu, tempoh kehamilan 37-minggu dianggap sebagai jangka masa penuh untuk bayi di dalam kandungan.
Ini bermakna doktor berasakan bahawa mereka cukup berkembang dan selamat untuk dilahirkan.
Pun begitu, doktor mula menyedari sesuatu setelah terlalu banyak induksi mengakibatkan komplikasi.
Ternyata minggu ke-37 bukanlah tempoh terbaik bagi bayi untuk dilahirkan.
Atas sebab itu, American College of Obstetricians and Gynecologists telah mengubah garis panduan rasmi berkaitan proses kelahiran.
Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-37 hingga ke-38 dan 6 hari dianggap sebagai kelahiran pramatang.
Apakah wujud risiko bahaya jika kelahiran itu melibatkan bayi pramatang 6 bulan?
Tarikh jangkaan bersalin: Ini yang perlu ibu hamil fahami
Sebelum persoalan risiko bayi pramatang 24 minggu itu dijawab, mari kita fahami terlebih dahulu mengenai tarikh jangkaan bersalin atau estimate due date (EDD).
Sebenarnya apa sahaja tarikh jangkaan yang diberikan doktor mungkin terawal seminggu.
Ini bermakna jika anda menganggap diri hamil 37 minggu, mungkin tempoh kehamilan sebenar adalah dalam minggu ke-36.
Melainkan jika anda mengandung melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dan mempunyai bukti saintifik bila kehamilan berlaku. Sekiranya tidak, tarikh jangkaan mungkin sedikit berbeza.
Walaupun bagi wanita dengan kitaran haid teratur, tepat 28 hari, masa persenyawaan dan implantasi yang tepat mungkin berbeza.
Malah ketika anda melakukan hubungan seks, mengalami ovulasi dan sewaktu implantasi berlaku, segalanya melibatkan pelbagai faktor.
Disebabkan itu, sukar untuk menentukan tarikh bersalin yang tepat.
Maka sebaiknya, apabila kehamilan anda tidak melibatkan masalah kesihatan, biarkan proses kelahiran bayi berlaku secara semula jadi.
Jadi sudah bersedia untuk mengetahui kesannya jika ibu hamil melahirkan bayi pramatang 6 bulan?
Risiko kelahiran bayi pramatang 6 bulan
Seperti yang dinyatakan tadi, adalah baik jika membiarkan kelahiran berlaku secara sendiri. Walau bagaimanapun dalam kes tertentu, bayi mungkin dilahirkan sebelum waktunya.
Biasanya keadaan ini melibatkan masalah kesihatan seperti preeklampsia dan kelahiran awal adalah pilihan paling selamat.
Namun masih ada risiko kepada bayi yang dilahirkan pramatang.
Dalam usia 36 minggu, bayi dianggap sebagai pramatang lewat.
Menurut jurnal Obstetrics and Gynecology, bayi pramatang yang lahir antara minggu ke- 34 dan 36 menyumbang hampir 3 per 4 daripada semua kelahiran pramatang.
Kadar kelahiran bayi pada peringkat ini telah meningkat 25% sejak tahun 1990.
Walaupun risiko komplikasi kesihatan bagi bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 menurun dengan ketara berbanding bayi 35 minggu, namun masih wujud risiko seperti:
- Sindrom gangguan pernafasan (RDS)
- Sepsis
- Patent ductus arteriosus (PDA)
- Penyakit kuning
- Berat lahir rendah
- Kesukaran mengawal suhu badan
- Proses tumbesaran lewat
- Kematian
Akibat komplikasi, bayi tidak cukup bulan ini mungkin perlu dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal (NICU) atau bahkan dimasukkan ke hospital,
Masalah RDS merupakan risiko komplikasi paling besar untuk bayi yang lahir pada minggu ke-36.
Umumnya, bayi lelaki pramatang lewat dilihat mempunyai lebih banyak masalah berbanding bayi perempuan.
Walaupun dianggarkan hanya 5% bayi yang dilahirkan pada usia 36 minggu dimasukkan ke NICU, tetapi hampir 30% mengalami gangguan pernafasan.
Manakala jumlah kematian untuk bayi pada usia ini adalah 0.8% selepas mengambil kira si kecil yang mempunyai masalah kelainan jantung.
Baca juga: