backup og meta

Selain Saiz Kecil, Ini 5 Perbezaan Fizikal Bayi Pramatang Perlu Difahami

Selain Saiz Kecil, Ini 5 Perbezaan Fizikal Bayi Pramatang Perlu Difahami

Bayi pramatang secara amnya akan kelihatan berbeza berbanding bayi cukup bulan, dalam pelbagai aspek. Selain saiz bayi kecil, ada beberapa perbezaan utama perlu kalian ketahui.

Paling utama, setiap keadaan yang dialami terjadi kerana bayi tidak sempat melalui proses perkembangan seperti sepatutnya kerana lahir lebih awal.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keadaan bayi kecil anda

Bayi pramatang kecil berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan. 

Bukan setakat itu sahaja, jika dibuat perbandingan antara anak yang tidak cukup bulan lain, mereka turut akan tampak berbeza. 

Keadaan ini umumnya banyak bergantung kepada seberapa awal si manja dilahirkan.

Bagi anak yang dilahirkan pada usia kehamilan 36 hingga 37 minggu, mereka mungkin akan kelihatan seperti bayi cukup bulan bersaiz kecil.

Namun bagi si manja sangat pramatang, misalannya dilahirkan pada minggu ke-24 kehamilan, saiz mereka mungkin hanyalah sebesar 2 tapak tangan individu dewasa yang dirapatkan.

Jadi apakah keadaan lain bayi kecil yang perlu ibu ayah ketahui sebagai persediaan?

bayi kecil

5 keadaan bayi pramatang kecil

Sememangnya setiap bayi yang dilahirkan akan berbeza, malah daripada aspek tingkah laku dan perkembangan juga akan terdapat kelainan.

Pun begitu, keadaan bayi pramatang akan jelas kelihatan perbezaannya saat mereka dilahirkan. 

Berikut antara perubahan pada bayi kecil yang boleh anda jangkakan berbanding anak yang dilahirkan cukup bulan:

Keadaan kulit

Adakalanya, kulit bayi pramatang kecil – biasanya bagi bayi yang dilahirkan sekitar 26 minggu – belum berkembang sepenuhnya.

Keadaan kulit si manja mungkin akan tampak licin dan berkilat atau lut sinar dan sangat sensitif. Malahan ia masih tidak dapat berfungsi sebagai penghalang yang cekap.

Ini bermakna, sekiranya terdapat sebarang benda pada kulit bayi – seperti losyen atau krim – folikel rambut dan kelenjar mungkin membiarkannya untuk meresap masuk ke dalam kulit.

Pada usia antara 30 hingga 32 minggu, kulit bayi kecil ini akan kelihatan berkedut dan mengelebeh. 

Ia disebabkan kerana permukaan kulit semakin berkembang, namun si manja tidak mempunyai lemak yang mencukupi di bawah kulit. 

Oleh kerana bayi pramatang hanya mempunyai lemak badan yang sedikit, selalunya mereka sukar untuk mengekalkan kestabilan suhu tubuh.

Maka di situ inkubator bayi akan memainkan peranan memberikan kehangatan dan mungkin kelembapan sehingga kulit mereka semakin kuat, biasanya antara tempoh 2-3 minggu selepas dilahirkan.

Keadaan normal lain bagi kulit bayi pramatang adalah ia juga akan cenderung berdepan masalah kekeringan dan mengelupas. 

Baca juga: 

Mata bayi kecil 

Sekiranya bayi anda dilahirkan sangat awal pada usia kehamilan 24 minggu, kelopak mata mereka mungkin nipis dan bercantum.

Pada minggu ke 26, si kecil kadang-kala boleh membuka mata, namun mereka tidak dapat fokus. 

Sebarang rangsangan visual atau cahaya mungkin boleh memberikan tekanan pada sistem tubuhnya.

bayi kecil

Sekitar 28 minggu, bayi akan mula berkedip. Keadaan mata bayi pramatang kecil ini akan mula tumbuh bulu mata dan kening. 

Menjelang minggu ke 30, bayi akan menutup kelopak matanya dengan rapat jika berdepan pencahayaan yang cerah tetapi masih tidak dapat melakukan banyak pergerakan mata.

Perkembangan tidak matang

Berbeza dengan si manja cukup bulan, sistem saraf (otak) anak tidak cukup bulan ini tidak begitu matang. 

Keadaan itu sekali gus mempengaruhi perkembangan si kecil dalam beberapa aspek.

Si manja mungkin tidak dapat mengawal suhu badan, pernafasan atau degupan jantungnya, mereka mungkin mudah tersentak (twitch), kaku atau sukar untuk kekal berjaga.

Rambut bayi kecil 

Bagaimana pula dengan rambut mereka adakah selebat bayi cukup bulan?

Bayi pramatang biasanya mungkin mempunyai sedikit rambut pada bahagian kepalanya dan mengalami pertumbuhan rambut halus pada tubuh yang dikenali sebagai lanugo.

Kebanyakan fetus akan mengembangkan lanugo pada bulan ke-4 atau 5 kehamilan.

Biasanya rambut halus ini tidak akan kelihatan pada saat bayi dilahirkan kerana ia akan gugur sekitar bulan ketujuh atau kelapan kehamilan.

Tetapi ada juga bayi yang akan lahir dengan lanugo pada tubuh mereka dan gugur setelah beberapa minggu kelahiran.

Pun begitu, lanugo yang muncul bersama semasa dilahirkan lebih kerap terjadi pada bayi tidak cukup bulan.

Tetapi lanugo ini mempunyai fungsi tertentu atau ia satu keadaan yang berbahaya?

Umumnya, ia tidak berbahaya dan berperanan seperti:

  • Pelindung kulit – Bertindak sebagai ‘bahan pelekat’ bagi cecair vernix caseosa – cecair putih pekat – yang berfungsi untuk melindungi kulit bayi daripada cecair ketuban
  • Mengawal suhu badan bayi – Berfungsi sebagai pengawal suhu sebelum lapisan lemak terbentuk 

bayi kecil

Bahagian kemaluan

Kedua-dua bayi kecil lahir tidak cukup bulan sama ada lelaki atau perempuan akan mempunyai alat kelamin yang belum matang dan berbeza dengan bayi cukup bulan. 

Bagi bayi perempuan pramatang, mereka mungkin mempunyai bahagian klitoris yang lebih menonjol pada usia kehamilan 24 minggu.

Keadaan ini akan berterusan sehingga labia berkembang pada minggu ke 34.

Manakala untuk bayi lelaki pramatang pula, testis akan muncul pada skrotum pada usia kehamilan 28 minggu.

Setiap parents perlu memahami bahawa perkembangan setiap bayi adalah berbeza dan terdapat pelbagai tahap normaliti.

Elakkan daripada membandingkan si manja anda dengan adik-beradiknya atau bayi pramatang lain.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, berbincanglah dengan doktor untuk lebih kepastian.   

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on April 28, 2021 from

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/premature-baby

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Caring-For-A-Premature-Baby.aspx

https://www.infantcentre.ie/research/research-studies/what-to-expect-in-the-nicu/premature-babies/what-preterm-babies-look-like

https://www.jstor.org/stable/1125561?seq=1

https://mercyhealthsystem.org/parents-guide-nicu/parenting/understanding-parenting-premature-baby/understanding-preemie-development/ 

https://raisingchildren.net.au/newborns/premature-babies/development/premature-baby-26-36-weeks

https://raisingchildren.net.au/newborns/premature-babies/development/premature-appearance

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

No 3 & 5 KESALAHAN Sering Dibuat Time Dukung Baby!

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan