Pernahkah anda lihat bayi yang baru lahir? Kulit mereka diselubungi dengan rambut yang dikenali sebagai lanugo.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda lihat bayi yang baru lahir? Kulit mereka diselubungi dengan rambut yang dikenali sebagai lanugo.
Jika anda tidak tahu akan lanugo, pasti anda tertanya-tanya, bahayakah rambut tersebut?
Lanugo adalah rambut halus yang boleh tumbuh di merata badan terutamanya pada bahagian belakang, bahu, lengan dan dahi bayi.
Ia mempunyai fungsi khas bagi melindungi bayi ketika di dalam kandungan.
Kawasan badan yang tidak mempunyai folikel rambut seperti bibir, tapak tangan dan kaki tidak mengalami pertumbuhan lanugo.
Kebanyakan bayi yang mempunyai lanugo adalah mereka yang mengalami kelahiran pramatang.
Pun begitu, bayi yang lahir matang juga boleh dilahirkan dengan lanugo.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau. Ia bukanlah satu petanda masalah kesihatan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Banyak kajian telah dijalankan bagi memahami fungsi lanugo dan bagaimana ia berupaya untuk melindungi janin di dalam kandungan.
Antaranya adalah:
Pembentukan lanugo kebiasaannya berlaku pada sekitar minggu ke 16 hingga 20.
Jumlah rambut halus tersebut berada pada tahap yang paling tinggi apabila bayi mencecah usia 28 minggu.
Setelah ibu hamil memasuki trimester ketiga, lanugo akan gugur perlahan-lahan.
Semakin dekat dengan tarikh matang kehamilan, semakin kuranglah lanugo pada permukaan kulit bayi.
Tatkala bayi dilahirkan, jumlah lanugo tinggal sedikit dan lama-kelamaan, semuanya gugur.
Oleh sebab itulah, jika anda lihat bayi yang lahir lewat (lebih daripada 42 minggu), kulit mereka lebih berkedut.
Ia berikutan pendedahan secara langsung kulit kepada air ketuban. Tanpa lanugo, cecair vernix tidak boleh melindungi kulit bayi.
Rambut tersebut akan digantikan dengan rambut yang lebih halus kelak. Ia dikenali sebagai rambut vellus.
Baca juga:
Bukan semua bayi lahir dengan lanugo.
Walaupun normal bagi bayi lahir dengannya, ia tidak bermakna bayi yang tidak mempunyai lanugo itu tidak normal.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat dan ia mempengaruhi rupa bayi yang baru lahir.
Secara amnya, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor usia kandungan ketika bayi dilahirkan dan warna kulit (genetik).
Anda mungkin tertanya-tanya, ke mana perginya lanugo setelah ia gugur daripada badan bayi.
Oleh sebab ia mula gugur seawal minggu ke 28, kebanyakan lanugo yang gugur berada di dalam air ketuban ibu.
Air ketuban itu akan diminum oleh bayi maka lanugo akan memasuki sistem pencernaan bayi.
Jadi, secara teknikalnya, kita boleh anggap, bayi akan makan lanugo tersebut.
Ia akan menjadi sebahagian daripada mekonium (najis pertama bayi) apabila ia dilahirkan kelak.
Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa rambut lanugo yang tumbuh selepas sebulan bayi dilahirkan boleh menjadi tanda kepada penyakit berbahaya.
Antaranya adalah:
Jangan terkejut jika bayi baru lahir tidak ‘sebersih’ berbanding dengan apa yang sering ditonjolkan di kaca televisyen.
Lanugo merupakan struktur anatomi penting buat bayi di dalam kandungan.
Namun, jika pertumbuhan lanugo berlaku selepas bayi berusia 1 bulan, ia mungkin petanda masalah kesihatan serius.
Justeru, jangan abaikan temujanji anda dengan doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen