backup og meta

Tanda Bahaya Jika Bayi Jaundis Mencapai Tahap Bacaan Ini, Ibu Jangan Terleka!

Tanda Bahaya Jika Bayi Jaundis Mencapai Tahap Bacaan Ini, Ibu Jangan Terleka!

Masalah baby kuning adalah isu yang sering dialami bayi baru lahir. Namun apabila bacaan kuning baby mencapai tahap tertentu, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada kesihatan si manja.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Memahami keadaan baby kuning

Masalah jaundis atau demam kuning adalah keadaan yang boleh dialami bayi selepas 2-3 hari dilahirkan. 

Apabila baby jaundis, ia akan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan.

Umumnya, ia berlaku disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan. 

Masalah demam kuning bayi lebih mudah dikesan dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dikenal pasti pada si manja yang berkulit gelap.

Punca kuning bayi lambat turun

Semua bayi yang baru dilahirkan boleh mengalami demam kuning ini. 

Namun dalam beberapa keadaan, terdapat bayi yang lebih berisiko tinggi untuk terkena jaundis, antaranya:

  • Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37-minggu kehamilan
  • Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula mencukupi. Ia sama ada kerana kesukaran untuk menyusu atau ketiadaan susu ibu
  • Bayi yang jenis darahnya tidak sesuai dengan jenis darah ibunya

Bagi bayi jenis darah tidak sesuai dengan ibu mereka boleh mengembangkan penghasilan antibodi yang memusnahkan sel darah merah.

Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan kenaikan kadar bilirubin secara tiba-tiba.

Punca lain baby kuning adalah:

  • Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain
  • Masalah hati
  • Jangkitan
  • Kekurangan enzim (G6PD)
  • Kelainan pada sel darah merah bayi
Punca bayi demam kuning
Punca bayi demam kuning.

Simptom baby kuning

Sebelum mengetahui bacaan kuning baby berisiko mendatangkan bahaya, ayuh kenali terlebih dahulu apakah gejala yang boleh dialami sekiranya si manja terkena jaundis.

Wajah merupakan bahagian pertama yang akan diserang jaundis sebelum ia merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki. 

Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran.

Tahap bilirubin ini biasanya akan memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas dilahirkan. 

Bagaimana nak tahu kulit bayi menguning atau tidak?

Mudah sahaja caranya.

Anda perlu menekan jari secara perlahan pada kulit si manja. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis.

Ada kalanya dalam kes baby jaundis yang teruk, si kecil akan kelihatan sangat mengantuk dan sukar untuk menyusu.

Tahap bacaan kuning baby

Sekiranya jaundis dibiarkan tanpa rawatan dan tahap bacaan kuning melebihi 25 mg, wujud risiko untuk berlakunya serebral palsi, pekak atau sebarang bentuk kerosakan otak tertentu.

Bagi kesan sampingan ringan pula, baby kuning mungkin akan lebih berasa mengantuk

Ia sekali gus mengakibatkan bayi kurang menyusu dan akhirnya memburukkan lagi masalah jaundis.

Jaundis yang berlaku bukanlah keadaan berbahaya. 

Tetapi itu tidak bermakna ibu boleh memandang remeh masalah demam kuning yang dialami si manja.

Ini kerana terdapat kemungkinan jaundis disebabkan oleh isu kesihatan yang lain.

Tahap bilirubin yang memerlukan rawatan segera!

Berikut adalah tahap bilirubin bayi yang dilahirkan cukup bulan dan mengalami kuning:

Tahap bilirubin & usia bayi

Lebih 10 mg  – Kurang dari 24 jam

Lebih 15 mg – 24 hingga 48 jam

Lebih 18 mg  – 49 hingga 72 jam

Lebih 20 mg  – Lebih dari 72 jam

Rawatan untuk baby kuning

Bagi bayi cukup bulan dan sihat, masalah jaundis akan hilang dengan sendirinya.

Ini kerana kebiasaannya selepas tempoh 1 atau 2 minggu, badan bayi dapat menyingkirkan bilirubin tambahan dengan sendiri.

Walau bagaimanapun, sebagai petua hilangkan kuning bayi yang dialami bayi baru lahir lebih cepat, ibu disarankan melakukan penyusuan eksklusif dengan kerap.

Sekiranya bekalan susu ibu tidak mencukupi, doktor mungkin akan mencadangkan pemberian susu formula sebagai tambahan.

Pun begitu, bergantung kepada usia dan tahap bacaan kuning baby, pendekatan rawatan lebih agresif mungkin diperlukan.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Antara rawatannya adalah:

  • Penambahan cecair. Kehilangan cecair (dehidrasi) akan menyebabkan kadar bilirubin meningkat
  • Fototerapi. Bayi akan dibaringkan di bawah lampu biru dan kulitnya dibiarkan terdedah. Cahaya akan mengubah bilirubin menjadi bentuk yang mudah dikeluarkan daripada badan. Selimut terapi cahaya juga boleh digunakan
  • Pemindahan darah. Ia merupakan prosedur kecemasan yang akan dilakukan jika tahap bilirubin sangat tinggi dan tidak berkurangan dengan rawatan fototerapi. Darah bayi akan diganti dengan darah daripada penderma untuk menurunkan kadar bilirubin pada kadar lebih cepat
  • Imunoglobulin intravena (IVIg). Rawatan IVIG akan diberikan jika bayi berdepan masalah ketidaksesuaian darah. IVIg menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan pemindahan darah

Petua hilangkan kuning bayi

Untuk mencegah baby kuning adalah dengan penyusuan yang mencukupi. 

Bayi yang menyusu badan perlu disusukan antara 8 hingga 12 kali sehari dalam beberapa hari pertama kehidupan.

Manakala bayi diberikan susu formula pula harus mendapat antara 30 hingga 60 ml setiap 2-3 jam bagi minggu pertama.

Perhatian!


Sekiranya anda menyedari bahawa bayi mempunyai simptom jaundis, lakukan rawatan doktor segera!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Newborn Jaundice. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/first-year-of-life/newborn-jaundice-71028/. Accessed June 5, 2021. 

Jaundice in Newborns. https://kidshealth.org/en/parents/jaundice.html. Accessed June 5, 2021.

Management of Neonatal Jaundice. https://jknns.moh.gov.my/phocadownloadpap/Garis_Panduan/QR%20MANAGEMENT%20OF%20NEONATAL%20JAUNDICE%202ND%20EDITION.pdf. Accessed June 5, 2021.

Jaundiced Newborn. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/jaundiced-newborn/. Accessed June 5, 2021.

Neonatal Jaundice. https://www.slhd.nsw.gov.au/rpa/neonatal/html/newprot/jaund2.html. Accessed June 5, 2021.

Hyperbilirubinemia in the Term Newborn. https://www.aafp.org/afp/2002/0215/p599.html#. Accessed June 5, 2021.

Infant jaundice. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infant-jaundice/symptoms-causes/syc-20373865. Accessed June 5, 2021.

Jaundice in neonates. https://www.bettersafercare.vic.gov.au/clinical-guidance/neonatal/jaundice-in-neonates. Accessed June 5, 2021.

Versi Terbaru

22/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Olivia Ajong


Artikel Berkaitan

Pantang Larang Bayi Hidap G6PD, Si Kecil Tak Boleh Makan Ini, Mak Ayah Kena Alert!

Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan