Tiada persediaan khusus bagi kanak-kanak sebelum ujian ini.
Banyak jenis ubat yangmungkin mengubah tahap bilirubin dalam darah anda. Pastikan doktor mengetahui jenis ubat-ubatan yang anda ambil.
Sila beritahu doktor jika anda::
- Sedang mengambil sebarang ubat-ubatan.
- Mempunyai alergi terhadap sebarang jenis ubat.
- Mempunyai masalah melibatkan pendarahan atau mengambil pencair darah, seperti aspirin, clopidogrel (Plavix), atau warfarin (Coumadin).
- Anda sedang mengandung atau mengesyaki diri mengandung.
Punca
Apa yang berlaku ketika Ujian Bilirubin?
Sejumlah kecil darah anda diperlukan untuk melakukan ujian ini.
Sampel darah akan diambil melalui venipuncture, dimana jarum dimasukkan kedalam urat melalui kulit di bahagian lengan atau tangan, dan sejumlah kecil darah akan keluar melalui jarum memasuki tiub dandisimpan di dalam tiub ujian.
Faktor-faktor Risiko
Apa yang berlaku selepas Ujian Bilirubin?
Pembalut akan diletakkan dan ia perlu dibiarkan kebiasaannya sekitar 10 ke 20 minit, dan anda harus mengelakkan menggunakan lengan tersebut bagi melakukan pekerjaan berat sepanjang hari.
Sekiranya terdapt sebarang persoalan mengenai ujian Bilirubin, sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahan bagi anda.
Diagnosis dan Rawatan
Bagaimana mentafsir keputusan ujian?
Pada kanak-kanak yang sedikit besar atau orang dewasa, nilai normal Bilirubin terus (konjugat) adalah antara 0 ke 0.3 miligram per deciliter (mg/dL). Nilai normal bagi jumlah total Bilirubin (terus dan tidak terus) adalah di antara 0.3 ke 1.9 mg/dL.
Pada bayi baru lahir, nilai Bilirubin yang tinggi adalah normal disebabkan stress ketika kelahiran. Nilai normal Bilirubing bagi bayi bar lahir ialah dibawah 5 mg/dL, tetapi sehingga 60% bayi baru lahir mempunyai Jaundice dan tahap Bilirubin melebihi 5 mg/dL.
Nilai-nilai ini berkemugkinan sedikit berbeza bergantung kepada makmal yang berbeza dan biasa untuk lelaki dewasa.
Nilai normal bagi wanita dan kanak-kanak juga mungkin sedikit berbeza, bergantung kepada jenis makanan yang diambil, ubat-batan atau senaman berat.
Pastikan anda memberitahu doktor tentang sebarang makanan atau ubat-ubatan yang anda ambil atau tahap aktiviti anda bagi doktor menganalisa keputusan ujian dengan lebih tepat.
Nilai tinggi Bilirubin dalam darah pula mungkin berpunca daripada:
- Sedikit jangkitan, seperti pundi hempedu yang dijangkiti atau cholecystitis.
- Penyait keturunan seperti sindrom Gilbert, keadaan yang menyebabkan gangguan pada hati sewaktu memproses bilirubin. Walaupun jaundis mungkin berlaku bagi sesetengah individu dengan sindrom gilbert, keadaan ini adalah tidak berbahaya.
- Penyakit yang menyebabkan kerosakan hati, seperti hepatitis, cirrhosis atau mononucleosis.
- Penyakit yang menyebabkan salur hempedu tersumbat, seperti batu karang atau kanser pancreas.
- Kemusnahan sel darah merah yang pantas, seperti dari penyakit sel sabit atau tindak balas alergi daripada darah yang diterima ketika pemindahan darah (digelar reaksi transfusi)
- Ubat-ubatan yang mungkin meningkatkan tahap bilirubin. Ini termasuklah pelbagai jenis antibiotik, beberapa jenis pil perancang, diazepam (Valium), flurazepam, indomethacin (indocin), dan phenytoin (Dilantin).
Kesimpulan

Kami berharap, anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut apa itu bilirubin dan ujian bilirubin setelah membaca artikel ini.
Jika anda mempunyai persoalan mengenai ujian yang anda lakukan, pastikan anda bertanya doktor untuk meleraikan kerunsingan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen